BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ketua Kumpulan Diva Mati Ditembak

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
PULAU PINANG, 13 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan Diva mati ditembak dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan polis di Gat Lebuh Nordin di sini Jumaat.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditembak selepas dia melepaskan tembakan ke arah polis dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang.

Katanya pasukan polis yang menjalankan intipan sejak sebulan lepas mengesan lelaki itu di Bukit Jambul sebelum mengekorinya hingga ke tempat kejadian.

"Ketika sampai di tempat kejadian, polis telah memintas kereta yang dipandu lelaki itu dan mengarahkannya keluar dari kenderaan yang dipandunya.

"Bagaimanapun dia yang memandu bersendirian enggan mengikut arahan sebaliknya melepaskan tembakan arah polis," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.

Ayub berkata berikutan itu, polis terpaksa melepaskan tembakan yang mengenainya dan dia mati di tempat kejadian.

"Polis menemui sepucuk pistol dan beberapa butir peluru serta alatan menghisap syabu dalam kereta lelaki yang sangat dikehendaki polis itu," katanya.

Ayub berkata polis turut menemui kad pengenalan Singapura yang dipercayai palsu dan digunakan lelaki berkenaan untuk tujuan penyamaran.

Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki itu dipercayai kereta curi kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu, katanya.

"Dipercayai lelaki berkenaan berada di negeri ini untuk melakukan penculikan bersama anggota kumpulannya yang lain," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan anggota kumpulan itu yang aktif dalam kegiatan jenayah menggunakan senjata api.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=455037
 
bagus cari lagi.

tembak je kalau jumpa.
dah bersepah2 dah penjenayah.
dah lama sgt penjenayah rilek sebab polis sibuk jaga menteri
 
geng Deva kot

pasni nanti bising la geng2 lawyer, polis shoot to kill la, padahal memang ramai penjenayah kels
 
bagus...tembak terus,pas tu kambus

klu masuk penjara buat perabis duit kerajaan nk sara hidup drg
 
Back
Top
Log in Register