BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ketokohan Nik Amar TMB Kelantan

miehensem

Legendary Member
gem
Messages
16,345
Joined
Dec 22, 2007
Messages
16,345
Reaction score
1,867
Points
201
66a42516a780a45465cb77de698202c6.jpeg=s480


Pembangunan Sengaja Dilambatkan

Kerajaan Kelantan mengakui pembangunan negeri itu agak terkebelakang berbanding negeri lain dan ia sesuatu yang disengajakan.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri mempunyai pendekatan tersendiri dalam menggerakkan pembangunan berbeza daripada negeri lain.

"Memang kita akui pembangunan fizikal negeri kita lambat. Kita sengaja melambatkan supaya kita nak pastikan pembangunan ini dapat dinikmati rakyat.

"Kalau kita cepatkan pembangunan, ambil dasar yang bebas kita boleh setanding dengan negeri seperti Selangor, tapi bahayanya kita risau rakyat akan ketinggalan.

“Orang kampung tak mampu turut dengan pembangunan," katanya dalam ceramah isu-isu semasa PAS Kawasan Pengkalan Chepa, di Kota Bharu, malam tadi.

Mohd Amar yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor berkata, dengan konsep pentadbiran Membangun Bersama Islam yang diamalkan sejak 27 tahun sudah banyak perubahan besar yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri mengambil pendekatan melakukan pembangunan yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat setempat.

"Kita mahu rakyat tempat dapat menikmati pembangunan, berbanding tempat lain yang membangun pesat tetapi rakyatnya terpaksa pindah dan lari," katanya yang mengambil contoh kemajuan di Langkawi, Kedah.

'Di Langkawi minum arak macam air sejuk'

Tambah Mohd Amar, Langkawi dibangunkan dengan pesat sebagai pusat pelancongan ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Namun, katanya masyarakat setempat di Langkawi hari ini duduk entah di mana.

"Selain itu kita tengok kesan sosial, kalau kita tak kawal pembangunan kita dapat lihat kesan sosial.

"Di Langkawi orang minum arak macam minum air sejuk. Orang boleh beli arak secara terbuka.

"Akhirnya sebahagian besar anak-anak muda di Langkawi rosak daripada aspek sosial," ujarnya.

Sementara itu, naib presiden PAS itu menegaskan apa yang dilakukan kerajaan Kelantan selama pemerintah parti itu adalah bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan di samping menjaga pemilikan tanah negeri.

"Di Kelantan tanah milik rizab Melayu adalah 90 peratus dan sebahagian saja berstatus tanah terbuka

"Jadi kalau kita terlalu cepat membangun, akan berlaku kehilangan milik tanah rizab Melayu. Kita akan hilang tanah dalam negeri kita sendiri.
 
Mahfuz sudah jadi anak jantan, bukan 'pondan Siam'

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, menyifatkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, akhirnya bertindak sebagai anak jantan dan bukannya 'pondan Siam'.

Malah, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Mahfuz kerana akhirnya berbuat demikian (keluar daripada PAS).

Mohd Amar memberi kiasan itu sebagai mengulas mengenai keputusan Mahfuz mengumumkan keluar daripada PAS berkuat kuasa 11.59 malam ini.

Secara peribadi saya berasa gembira dengan pengisytiharan Mahfuz kerana duri sudah tercabut dari daging PAS.

"Saya percaya PAS Pokok Sena secara khusus akan menjadi lebih kukuh dan lebih fokus dalam mempertahankan kemenangan pada PRU14," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar juga yakin Mahfuz dan rakan yang sepertinya akan hanya tinggal sejarah dalam politik tanah air.

Mahfuz menerusi sidang media hari ini mengumumkan keluar daripada PAS berkuat kuasa 11.59 malam ini.

Bekas Naib Presiden PAS itu memberi alasan kegagalannya menjadi 'penghubung' antara gabungan pembangkang dan PAS sebagai punca beliau mengambil keputusan itu.

Beliau berkata, surat pemberhentian keahlian akan dihantar kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, melalui emel petang ini.

Selain Mahfuz, turut mengambil tindakan sama ialah isteri beliau, Datin Ruswati Jaafar, 58 dan anak mereka, Siti Nur Syahidah, 30. Seorang lagi anak beliau, Muhammad Mujaheed, 35, sudah keluar parti setahun lalu.

Sumber
 
image.jpg



Pas Boleh Jadi Perdana Menteri

KOTA BHARU - Disebalik tanggapan mengatakan Pas bakal kehilangan banyak kerusi dalam PRU 14 nanti, pimpinannya menyuarakan keyakinan keajaiban politik boleh berlaku.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pada zahirnya pendekatan yang dibawa Pas mengundur bagi mata pandangan orang ramai, tetapi beliau yakin agenda Islam yang dibawa mampu memenangkan parti ini.

Malah, beliau menjelaskan, sekiranya dikehendaki ALLAH SWT, pimpinan Pas mampu diangkat sebagai Perdana Menteri dengan kaedah yang tidak dijangka oleh fikiran manusia.

Mengambil contoh situasi politik di Kelantan, Timbalan Menteri Besar itu berkata, Pas berjaya mengalahkan Umno dengan jumlah 30-0 pada 1990, walaupun hanya mampu mendapat dua kerusi pada 1978.

"Pada tahun 1978 orang yang menjatuhkan Pas adalah Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi beliau juga yang menjatuhkan Umno pada 1990, siapa boleh fikir, banyak benda pelik berlaku dalam Pas dan diluar pemikiran manusia"

Sama juga di Johor, pada 2004, Pas mendapat satu kerusi di negeri itu apabila wakil Umno salah isi borang, tiada siapa yang mejangka, tetapi sekiranya ALLAH SWT mahu ia berlaku,

"Pilihan raya akan datang, Pas mungkin tak (menang) banyak, tetapi tidak mustahil kalau Perdana Menteri adalah Pas, jangan rasa pelik, yang penting ahli kena yakin kepada pimpinan parti," katanya dalam ceramahnya di Pengkalan Kubor malam kelmarin.

Beliau berkata, apa yang penting, ahli Pas perlu istiqamah dalam perjuangan dan tidak sesekali terpengaruh dengan hasutan yang mahu merosakkan parti itu, termasuk dari bekas serpihannya, Amanah.

"Yang penting dalam perjuangan jangan berhenti, jangan rasa lelah dan kecewa, boleh jadi hari ini tidak menang, tetapi lusa menang, tak menang lagi mungkin zaman anak cucu, tetapi keyakinan Islam itu akan menangkan parti," katanya.

Beliau dalam masa yang sama berkata, ketika ini hanya Pas berada dalam keadaan 'sihat' setelah Pakatan Harapan dan BN mempunyai masalah dalaman sendiri.

Beliau berkata, Pakatan Harapan dibelenggu dengan masalah kepimpinan, termasuk isu Tun Dr Mahathir Mohammed yang jelas mempunyai rekod yang tidak baik dalam kepimpinan negara.

Bagi BN pula dakwanya, masalah dalaman parti itu meruncing dan menunggu masa untuk meletup sehingga Perdana Menteri terpaksa menangguhkan pengumuman pilihan raya umum.

"Hanya Pas sahaja berada dalam keadaan terbaik setelah ahli yang bermasalah telah dibersihkan, dengan cara itu kita sudah kembali sihat, "katanya.

Sumber
 
Tetiba teringat Ahmad Maslan..
Kat mana la dia skrg..
 
statement dia potong tgn hbis kena tieuw ngn dr smpi titm kena buat backup statement..
kaki sembg tggi juga nih..
apa pn jgn pelik nik amar jd pm..:">
 
statement dia potong tgn hbis kena tieuw ngn dr smpi titm kena buat backup statement..
kaki sembg tggi juga nih..
apa pn jgn pelik nik amar jd pm..:">

Haha kena cari statement dia.. lawak pun ada..

Takyah cari ahmad maslan dah.. nik amar pun dah cukup.
 
Haha kena cari statement dia.. lawak pun ada..

Takyah cari ahmad maslan dah.. nik amar pun dah cukup.

Ada thread dia kat sini tuhari...
Dia mintak perkhidmatan doktor yg tolong potong tgn...
 
Mohd Amar: Hudud Kelantan berdasarkan Qatar

Faizal Ghazali
2 Jan 2018, 2:12 tengahari (Dikemaskini 2 Jan 2018, 2:23 tengahari)

05689b4961ffd8e4ec211b0e2bfdded4.jpeg=s480



Kerajaan Kelantan membayangkan hudud di negeri itu mungkin akan mencontohi kaedah yang dilaksanakan Qatar.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehinya, Qatar merupakan model terbaik dalam pelaksanaan hukuman itu.

"Baru-baru ini menteri besar minta kita pergi ke Qatar dan Arab Saudi untuk melihat bagaimana hukuman ini dilaksanakan.

Pilihan Editor
image: https://i.malaysiakini.com/1015/fd8d776b9a5ccfce9b6ea20e4ad6218a.jpg


Memang elok diundang tapi jangan dikekang
"Saya mendapat maklumat, Qatar adalah yang terbaik dalam pelaksanaan undang-undang hudud," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Amanat Khas Tahun 2018 dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta setahun bagi persediaan melaksanakan undang-undang itu, termasuk untuk mengadakan mesyuarat, kajian dan lawatan sambil belajar.

"Jadi kita buat seminar, bengkel, panggil pakar-pakar. Jangan salah faham, duit itu digunakan bukan untuk baiki mahkamah," katanya lagi.

Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam atau hudud sememangnya menjadi hasrat PAS sejak sekian lama.


Pada 19 Mac lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (pindaan 1993).

Namun, enakmen itu gagal dilaksanakan ekoran had hukuman syariah yang ditetapkan dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Justeru PAS menerusi presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), RUU355, bagi meningkatkan had hukuman tersebut, dan sehingga kini ia masih lagi menjadi isu utama berkenaan PAS.

Qatar lebih moden


Mohd Amar berkata pelaksanaan hudud di Qatar lebih moden berbanding Arab Saudi, misalnya perbicaraan di sana memiliki dokumentasi yang baik.

"Di Arab Saudi tak ada dokumentasi, dalam kepala hakim saja. Sebab hakim ini alim, semua benda dalam kepada dia," katanya yang juga naib presiden PAS.

Beliau sekali lagi menegaskan, jika undang-undang itu berjaya dilaksanakan, kerajaan akan menggunakan khidmat pakar bedah bagi melaksanakan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri.

"Mengikut pandangan ulama' zaman sekarang, khidmat pakar bedah dibenarkan dan tidak perlu menggunakan 'algojo' bagi mengelakkan kerosakan anggota lain," katanya.

Namun pada 2014, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata penggunaan pakar bedah untuk tujuan itu melanggar etika perubatan.

Sumber
 
PAS berundur selepas doktor kecam cadangan potong tangan

tuan-ibrahim-3.jpg



PETALING JAYA: PAS berkata, tiada keperluan membincangkan cadangan menggunakan khidmat pakar bedah untuk menjalankan hukuman punitif potong tangan di bawah hudud, selepas saranan kerajaan Kelantan dikecam komuniti perubatan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu FMT, perbincangan itu tidak relevan kerana tiada undang-undang sedemikian di Malaysia ketika ini.

“Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang belum lulus pun tiada peruntukan bagi melaksanakannya,” katanya merujuk RUU 355 yang dibawakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Dewan Rakyat sejak Mei 2016.

“Apa yang penting sebelum bincang siapa yang akan laksana, kena pastikan peruntukan undang-undangnya wujud dahulu.”

Baru-baru ini, beberapa doktor terkemuka ketika mengecam cadangan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggunakan khidmat pakar bedah memotong tangan pencuri, berkata tugas doktor ialah menyelamatkan nyawa, bukan sebaliknya.


“Dia patut tahu kerjaya perubatan kerjaya paling mulia di dunia dan salah dari segi moral untuk mencadangkan tindakan kejam seperti itu terhadap manusia atas nama agama,” kata Datuk Dr Ahmad Farouk Musa, seorang pakar bedah kardiotorasik dan kini mengajar di Universiti Monash Malaysia.

Dr Farouk yang turut mengetuai Islamic Renaissance Front berkata, kerajaan Kelantan sepatutnya memfokuskan masalah lain di negeri itu daripada bercakap mengenai rancangan yang belum dapat direalisasikan seperti hudud.

Padar bedah Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan pengulas politik, Dr M Bakri Musa turut menolak cadangan Nik Amar dengan menyifatkannya “*****”.

“Mereka berada dalam kedudukan memerintah dan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat, tetapi mereka sibuk dengan perkara seperti memotong tangan.”

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut bersetuju Kementerian Kesihatan tidak akan membenarkan doktor menjalankan hukuman punitif potong tangan.

“Pendirian kita pada 2015 kekal hari ini. Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia sangat jelas dalam perkara itu,” katanya kepada FMT Ahad lalu

Sumber
 
Back
Top
Log in Register