BTC USD 85,579.0 Gold USD 4,121.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ketegasan Rasulullah Terhadap Arak

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
1. Rasulullah sangat bertegas dalam perkara yang melibatkan arak. Baginda memberikan ancaman bahawa Allah melaknat sepuluh golongan yang mempunyai hubungan dengan arak.



لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ



Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan:



“Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.”

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (1295) dalam Sunan.



2. Sarjana Muslim terdahulu amat memahami perkara ini sehingga sebahagian mereka tidak membenarkan non-Muslim untuk menzahirkan aktiviti arak mereka.



3. al-Imam Ahmad pernah ditanya berhubung perkara ini. Anaknya Abdullah meriwayatkan bahawa dia bertanya kepada ayahnya iaitu al-Imam Ahmad: Bolehkan ahli zimmah (non Muslim) membawa masuk arak mereka dikawasan Muslim? Jawab Ahmad ibn Hanbal:



ليس لهم أن يظهروا بيع الخمر ولا يدخلوه إلا أن يكون في صلحهم



“Tidak seharusnya bagi ahli zimmah (non Muslim) menzahirkan aktiviti penjualan arak mereka dan membawa masuk ke dalam kawasan Muslim. (al-Masail al-Rasail, (Riyad: Dar Taybah, 1412), 2/348)



4. al-Imam Mawardi pula memberikan syarat yang lebih ketat. Kata beliau berhubung syarat ahli zimmah (kafir zimmi/non Muslim) adalah:



والرابع : أن لا يتظاهروا بشرب خمورهم، وخنازيرهم، ولا يسقوا مسلماً خمرا



“dan syarat yang keempat (buat ahli zimmah/non Muslim yang mendiami dibawah naungan Muslim) adalah mereka tidak menzahirkan aktiviti minum arak mereka, begitu juga dengan khinzir mereka, dan tidak boleh non Muslim untuk memberi Muslim arak.” (al-Mawardi, al-Hawi al-Kabir, (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah), Jil 14, m/s 318; )



5. al-Imam Ibnu Qayyim pula menceritakan bahawa Umar Al-Khattab r.a. pernah membakar kedai arak & juga telah membakar sebuah kampung yang terdapat penjualan arak di dalamnya. (Al-Turuq al-Hukmiyyah, m/s 22)



Mudarat arak ini adalah sangat jelas buat manusia. Moga Allah membimbing kita ke arah yang lebih baik.



Dr. Ahmad Sanusi Azmi
 
Yg no 5 tu, ade sape berani buat ke zaman skarang ni? Menteri agama pon mcm tut jer
 
betul tuan..setuju....

setahu diri ku yang masih daif dengan ilmu Allah....

setiap ancaman Allah terang-terang dalam Al Quran adalah perkara yang paling di takuti oleh sahabat di zaman nabi dulu....

namun orang sekarang...apa yang jelas ada dalam Al Quran tu diaorng anggap perkara biasa...tak ada rasa takut dengan ancaman Allah pun untuk menyokong dan membenarkan walau pun ia di lakukan oleh bukan islam...

Al Quran sekali lagi di pandang ringan oleh penganutnya sendiri apabila mereka membenarkan apa yang tidak benar...sehingga boleh menimbulkan persepsi yang baik tentang arak...

wallhuhalam....
 
Yg no 5 tu, ade sape berani buat ke zaman skarang ni? Menteri agama pon mcm tut jer

dia akan bertanggungjawab di atas apa yang di amanahkan....

sebagai rakyat biasa...kita hanya menyatakan bantahan....bahawa kita tidak setuju.....

selebihnya akan di pikul di bahu pemimpin....
 
Jauhi arak terbuka di Malaysia

Kalau nak larang takut yang non muslim mengamuk berjuta orang kat Malaysia

Minum tapi tempat tertutup bukan tempat terbuka
 
Hari hari dlm solat atau luar solat selawat ke atas Rasulullah. Tp bab ad-din takde plak contohi Rasulullah dan Islam.~X(
 
Jauhi arak terbuka di Malaysia

Kalau nak larang takut yang non muslim mengamuk berjuta orang kat Malaysia

Minum tapi tempat tertutup bukan tempat terbuka

Jauhi arak dan maksiat tak kira terbuka atau tertutup, bala Allah tak mengenal bangsa, agama, mahupun di tempat terbuka atau tertutup..
 
Harap anak2 muda muslim...x pyh kerja kat 11/7 lagi.....
 
nak tutup kedai macam mana, kilang 2 bijik tu elok je
 
Back
Top
Log in Register