BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ketahui makna sebenar "Selfie"

joee

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,700
Paid Membership
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,700
Reaction score
949
Points
161
Selfie adalah singkatan kepada gabungan perkataan potret diri sendiri (self-potrait). ‘Selfie’ juga merujuk kepada perbuatan suka mengabadikan gambar sendiri yang ditangkap tanpa bantuan orang lain. Perbuatan ini bukanlah dikategorikan sebagai salah, tetapi apabila semakin ramai yang gemar ‘selfie’ walau di tempat tak sepatutnya, ia agak menjengkelkan.

Tabiat suka tangkap gambar sendiri ini ibarat virus kerana sudah merebak kepada semua golongan. Tak kiralah, anak gadis, mak cik, pak cik, ibu bapa atau saudara-mara, gambar ‘selfie’ boleh dikatakan wajib ada dalam akaun laman sosial masing-masing.

Selfie boleh dikategorikan sebagai tabiat yang sukar dimengertikan. Sehingga ke hari ini, bukan saja wanita yang mahu tonjolkan penampilan dan paras rupa seharian, tetapi kaum lelaki juga tidak mahu ketinggalan malah ada di antaranya lebih obses berbanding wanita.

Bergaya dan menangkap gambar di depan cermin adalah budaya baru dan ibarat lokasi wajib untuk ‘selfie’. Paling banyak dilihat adalah ‘selfie’ di depan cermin tandas awam berbanding rumah sendiri. Kenapa perlu tandas awam? Faktor cermin yang besar hingga menampakkan keseluruhan tubuh membuatkan ia jadi pilihan ramai. Jangan menuding jari kepada satu golongan saja, si jejaka juga tak kurang hebatnya.

Antara lokasi lain yang menjadi pilihan termasuklah dalam kereta, di tempat kerja, atas katil sebelum tidur atau di kedai makan.


BERGAMBAR DI DEPAN CERMIN

st_howto_nonshakyportraitd_f.jpg
 
penulis ni pun 1... artikel x berilmiah langsung, pasaipa la samdol sungguh penulis artikel ni hahaha...
 
AWAS..
SELFIe boleh menyebabkan MASALAH MENTAL..

AWAS..
CG Boleh menyebabkan KETAGIHAN..
 
AWAS..
SELFIe boleh menyebabkan MASALAH MENTAL..

AWAS..
CG Boleh menyebabkan KETAGIHAN..

Yg selfie tu aku x setuju sgt..

Tp cg tu betoi.. Ketagih weh..
Kena plk cg ni ringan.. Cepat loading bila online guna hp compare ngn page lain
 
dulu malu2 nak selfie, sekarang dah trend laks
 
Perbuatan amik gamba sendiri depan cermin dah lama wujud.
Perkataan selfie je yg baru wujud.
Tp ramai yg x faham selfie.
Gamba org lain amikkan pun dia ckp selfie. Haha.
 
dulu orang panggil camwhore. sekarang selfie la wefie la pejadah segala.. hehehehe..perbuatan ni da lama berzaman, tukar tukar nama term aje.. hehehe

:))
 
Back
Top
Log in Register