BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ketagih hidu gam boleh maut

adamdaniel81

Super Active Member
Messages
8,208
Joined
Feb 27, 2011
Messages
8,208
Reaction score
166
Points
73
2011/06/27

Gejala semakin berleluasa babitkan remaja seawal umur 14 tahun

KUALA LUMPUR: Kesukaran melakukan tugasan mudah seperti tidak mampu mengikat tali kasut dan memakai sendiri pakaian, gagal dalam pelajaran terutama subjek mengira, seakan-akan mengelamun, percakapan kurang jelas dan keupayaan mendengar terhad adalah antara kesan negatif akibat ketagihan menghidu gam. Lebih parah lagi, ketagihan menghidu gam juga akan mengehadkan pergerakan fizikal, melemahkan daya pemikiran, membantutkan kebolehan berkomunikasi, menjejaskan pembelajaran serta boleh membawa maut kepada penagihnya. Sehubungan itu, Pengarah Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi, Hadijah Baba, berkata ketagihan menghidu gam perlu dibendung kerana ia memberi pelbagai kesan amat buruk kepada remaja.

“Amalan menagih gam ini juga menyebabkan kebanyakan penagihnya terjebak dalam gejala sosial lebih serius antaranya menghisap dadah, melakukan seks bebas dan membuat jenayah,” katanya pada sidang media Rawatan dan Pemulihan Penagihan Ubat Sedut (Inhalen) di Klinik Cure & Care, di sini.

Beliau berkata, antara punca menyebabkan gejala itu berleluasa dan berada pada tahap membimbangkan di kalangan remaja seawal usia 14 tahun di negara ini kerana ia mudah diperoleh, harga murah dan mampu memberi kesan khayal dalam tempoh kurang 15 saat disamping tiada akta khas.

Katanya, ini terbukti apabila 54 kes remaja ketagihan menghidu gam didaftarkan di pusat pemulihan itu dalam tempoh hanya empat bulan bermula Februari lalu.
Hadijah berkata, dalam usaha menangani tabiat menghidu gam, semua pihak seperti ibu bapa, sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), badan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu bekerjasama.

Beliau turut menasihatkan individu terbabit gejala menghidu gam datang secara sukarela ke cawangan Cure & Care 1Malaysia bagi merawat dan memulihkan tabiat buruk itu.

Mereka boleh menghubungi Cure & Care 1Malaysia berdekatan sama ada di Sungai Besi, Kuala Lumpur melalui talian 03-90562997, Johor Bahru, Johor (07-2361711), Kota Bharu, Kelantan (09-7717350), Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (04-5394835), Papar, Sabah (088-912893) dan Kuching, Sarawak (082-612785).


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ketagihhidugambolehmaut/Article
 
ramai da tahu hidu gam nie leh rosakkan sistem otak.. degil, nak nikmat je...
 
klo benda buruk mudah sgt nak ikut...benda baik xnak plak ikut..
 
hidu tin cat aerosol pun best....
 
Orang kampung aku ada sorang memang terkenal dengan kaki hisap gam..
hidup dia sentiasa separuh sedar...
 
Takde faedah duk isap Gam neh...Makin merosakkan diri sendiri sahaja... Buatlah kerja yang berfaedah hindari benda mcm neh.. #:-S
 
takde paedahnya hidu gam..baik hidu benda lain kan ada baiknya..
 
ape kate deme cicah ajer gam tuh makan..suker sgt buat benda2 ngarut nih..tanam ubi lagi bagus
 
Apa yang saya pernah dibagi tau. Bila gam dihidu, baunya terus pergi kesistem otak dan terasa saraf2 di otak seperti ditarik2. Masa tu penghidu seperti berada di awangan yang penuh nikmat dan juga waktu tu kalau jari dipotong tidak merasa kesakitan. Dan penghidu boleh mengelami ketagihan dengan hanya 5-6 kali sedutan sahaja.

Bila ketagih mata terasa berat untuk dibuka dan hidung mengeluarkan air.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register