BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kesilapan Dalam Ijab Kabul

adamdaniel81

Super Active Member
Messages
8,208
Joined
Feb 27, 2011
Messages
8,208
Reaction score
166
Points
73

SOALAN:

SAYA ada masalah mengenai akad nikah (ijab dan kabul). Saya baru berkahwin pada 13 Mac lalu. Alhamdulillah, saya berjaya dinikahkan dengan sekali akad sahaja (saksi ada yang setuju, ada yang diam, tetapi semua turunkan tandatangan).

Semuanya berjalan lancar, sehinggalah kira-kira empat hari kemudian, saya dengar saudara-mara saya berkata, Kadi (wali hakim) tersilap menyebut mas kahwin.


Kebetulan adik saya ada merekodkan video ketika majlis berkenaan. Saya melihat semula rakaman itu berulang kali. Memang benar kadi tersilap mas kahwin.

Lebih mengejutkan, nama bapa pengantin juga tersilap. Bunyinya seperti ini:


Kadi: “Aku nikahkan engkau dengan berwalikan aku Nora binti Jamaluddin dengan mas kahwin RM20.50 tunai. Saya jawab, “Aku terima nikah Nora binti Jamaluddin dengan mas kahwin RM22.50 tunai.



Nama pengantin lelaki: Azizul bin Mohammad
Nama pengantin �Perempuan: Nora Binti Jamiluddin
Mas Kahwin: RM22.50

Sah atau tidak ijab dan kabul serta perkahwinan saya itu? Jika tidak sah, apakah yang perlu saya lakukan?

IS,
Terengganu

JAWAPAN:

SEMEMANGNYA dalam ijab dan kabul ketika akad pernikahan disyaratkan bersepadu antara tempat akad dan kadar mas kahwin. Jika ada sedikit perbezaan yang tidak menimbulkan kekeliruan dan kesalahan yang jelas, akad ijab dan kabul tetap sah seperti dalam kes perkahwinan anda itu.

Ini kerana ia hanya membabitkan nama bapa pengantin perempuan (isteri anda) dan bukannya nama isteri dengan menyebut nama yang lain seperti Maryam dan sebagainya.

Keduanya, kadar mas kahwin yang anda sebut lebih banyak daripada yang disebut dalam ijab. Ia boleh diterima dan sah kerana ia lebih baik kerana jumlahnya lebih berbanding dengan lafaz ijab (al-Zuhayli 1985 7: 51).

Kesalahan seumpama itu dikira sebagai kesalahan biasa manusia kerana salah sebutan atau tersasul. Selain itu, saksi juga tidak membantah perkara itu dan mereka memperakui kelangsungan akad berkenaan.
 
Last edited:
sumber mana bro...tepek la kat sini
senang la member lain nak wat rujukan
 
krn itu perlu ada saksi.. kalau saksi kata sah jd sah lah.. dr segi syarak..

mcm org cakap.. video, tkleh dijadikan bukti.. hehe..
 
mengikut qaedah fiqh, ibarat pada aqad utk maksud dan makna, bukan lafaz dan struktur ayat..

so betullah ni, aqad ni diterima la sebab tujuan yg penting, tersalah sebut xapa..


sumber: kitab syarh qawaid fiqhiyah..

banyak lagi penerangan pasal munakahat ni kat kitab2 fiqh..
yg setakat aku belajar memang diterima aqad ni sebab kesalahan lafaz sahaja...
 
krn itu perlu ada saksi.. kalau saksi kata sah jd sah lah.. dr segi syarak..

mcm org cakap.. video, tkleh dijadikan bukti.. hehe..

Maaflah, saya x faham maksud t'sirat kata2 bro..
Cuma nk jelaskn video yg x blh dijadikan bukti tu kes lain bro. Stgh kes blh diterima sbg qarinah dibwh undang2 takzir. Hrp x salah faham mengenai hukum Islam supaya tdk t'golong dikalangan org2 yg m'hina hukum Islam.
 
Back
Top
Log in Register