BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keselamatan Kanak-kanak Dalam Permainan Dalam Talian Diteliti Secara Menyeluruh - Teo

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
9dd80d630363105bf9486a542c05690b6937c1c1737e0

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching bercakap pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.

Kerajaan sedang meneliti isu keselamatan kanak-kanak yang menggunakan permainan dalam talian secara menyeluruh dan akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan bagi mendapatkan pandangan serta input yang komprehensif.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata pendekatan itu bertujuan memastikan kerajaan memperoleh gambaran holistik mengenai kaedah kawal selia yang relevan dan berkesan untuk menangani risiko keselamatan kanak-kanak dalam ekosistem permainan dalam talian.

“Walaupun kandungan dalam platform permainan dalam talian bukan kategori perkhidmatan yang dilesenkan buat masa ini, tindakan penguatkuasaan tetap boleh dilaksanakan sekiranya kandungan tersebut didapati menyalahi undang-undang, seperti peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], atau apabila aduan dibuat oleh mana-mana individu atau pihak berkuasa.

“Tindakan tersebut merangkumi permohonan penurunan kandungan, siasatan lanjut, atau permohonan sekatan terhadap laman sesawang berkaitan, tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Meskipun begitu, ibu bapa perlu memantau penggunaan internet oleh anak-anak bagi mengelakkan pendedahan kepada elemen keganasan, jenayah, perjudian, dan ganjaran maya yang menggalakkan tingkah laku agresif. Perlu ditekankan bahawa peranti bukan pengasuh, peranti bukan pengganti ibu bapa,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Norhasmimi Abdul Ghani mengenai langkah diambil dalam memantau aktiviti pedofilia di ruang digital, termasuk media sosial dan platform permainan dalam talian yang sering digunakan oleh pelaku untuk mendekati mangsa bawah umur.

Teo berkata penguatkuasaan terhadap aktiviti pedofilia, sama ada dalam talian atau luar talian, adalah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dilaksanakan mengikut undang-undang seperti Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] dan Kanun Keseksaan [Akta 574].

Katanya, Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memantau kandungan memudaratkan dalam talian, termasuk eksploitasi seksual kanak-kanak.

“Tindakan akan diambil jika kandungan tersebut menyalahi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], seperti penerbitan bahan lucah atau jelik melibatkan kanak-kanak.

 
Back
Top
Log in Register