ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Che Omar mendukung Che Yah untuk dibawa ke keluar rumah sambil diperhatikan Minah.
SIMPANG EMPAT - Seorang warga emas di Kampung Sungai Baru Tengah, di sini mengalami gangguan mental disebabkan kesan trauma akibat ribut yang berlaku 40 tahun lalu.
Adik kepada mangsa, Che Omar Chin, 50, berkata, dia tidak menyangka tragedi berkenaan memberi kesan kakaknya, Che Yah Chin, 65.
Menurutnya, ketika kejadian, kakak yang berpantang selepas melahirkan anak kedua tinggal sendirian di rumah bersama anak manakala suaminya ketika itu keluar bekerja di sawah.
"Dulu tak ada kemudahan elektrik, jadi kakak saya hanya bertemankan lampu minyak tanah, tiba-tiba pokok mangga berhampiran rumah tumbang dan menimpa bumbung rumah kakak saya.
"Selepas kejadian itu sikap kakak saya bertukar menjadi pendiam dan dia murung sehingga gagal menguruskan diri," katanya.
Che Omar berkata, selepas kejadian itu Che Yah dijaga ibunya, Minah Awang, 90, dan apabila ibunya semakin uzur, Che Omar pula mengambil alih tugas menjaga mereka.
Jelasnya, keadaan itu menyebabkan Che Omar tidak boleh keluar bekerja kerana kedua-dua mereka memerlukan penjagaan yang rapi.
"Kakak saya sekarang buta, saya risau jika dibiarkan dia akan berjalan keluar dari rumah kerana kediaman kami berhampiran sungai manakala mak pula mengalami masalah pendengaran dan penglihatan.
"Setiap hari saya perlu menguruskan mereka sebelum keluar bekerja. mujur isteri membantu menjenguk mereka di rumah dan saya berharap pihak bertanggungjawab dapat memberi bantuan sewajarnya kepada mereka," katanya.
Nasib dua beranak itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob.
Nurulhisham berkata, beliau akan membuat permohonan di Baitulmal bagi mendapatkan bantuan bulanan selain bantuan baik pulih kediaman keluarga berkenaan.
"Saya telah pun berjumpa seorang pegawai Baitulmal mengenai keadaan dua beranak ini dan pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi membantu mereka," katanya.