combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Rang Undang-Undang (RUU) Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah khidmat masyarakat bagi kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata perkara itu antara pindaan dalam RUU menerusi pewujudan Subseksyen 77(B)(1), yang memberi kuasa kepada mahkamah sebagai tambahan kepada hukuman denda bagi kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat.
“Saya perhatikan semua ahli Yang Berhormat minta kerajaan mengambil tindakan yang tegas dalam melaksanakan pindaan undang-undang ini.
“Maka saya nak minta kerjasama semua apabila KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) mengambil tindakan tegas terhadap ulat sampah, jangan ada Ahli Yang Berhormat pula menjadi jaguh untuk mempertahankan mereka yang membuang sampah merata tempat.
“Bila mahkamah menjatuhkan hukuman maka biarlah kita tegakkan keadilan sosial supaya tidak dipolitikkan atau dijadikan isu polemik,” katanya ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 14 Ahli Parlimen.
Bagaimanapun, Nga berkata di bawah pindaan RUU itu juga mahkamah perlu mempertimbangkan keadaan fizikal dan mental individu yang disabitkan kesalahan terlebih dahulu, sebelum menjatuhkan sebarang tempoh perintah khidmat masyarakat.
“Di bawah RUU ini, kerajaan tidak tetapkan tempoh minimum yang diperuntukkan (kerana) kita hormat doktrin pengasingan kuasa (tetapi) mahkamah mempunyai bidang kuasa dan budi bicara dalam menetapkan tempoh pelaksanaan khidmat masyarakat setelah mempertimbangkan faktor fizikal dan juga mental.
“Seperti yang dibangkitkan oleh (Ahli Parlimen) Rasah (Cha Kee Chin), (kes melibatkan) kanak-kanak autistik juga mahkamah mempunyai budi bicara, kita akan menilai keadaan kesihatan mental mereka, sama ada sesuai ataupun tidak, kita pulangkan kepada budi bicara mahkamah untuk menghalusi isu tersebut,” katanya.
Kesalahan Buang Sampah Kecil Boleh Dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat
Dewan Rakyat, RUU, sisa pepejal, khidmat masyaraka