BTC USD 76,366.4 Gold USD 4,341.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes pemandu mabuk lawan arus, rider Grab parah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201

14232706475311517-398314.jpg


Padah pandu mabuk lawan arus, pembantu perancang acara didakwa

Klang: Seorang pembantu perancang acara sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada seorang penghantar makanan, minggu lalu.

Tertuduh, Low Kean Peng, 35 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, A Karthiyayini.

Mengikut pertuduhan, Kean Peng sebagai pemandu didakwa memandu kenderaan itu dengan kadar alkohol dalam darah sebanyak 196 miligram (mg) alkohol dalam 100 mililiter (ml) darah, iaitu melebihi had ditetapkan sebanyak 146mg alkohol dalam 100ml darah sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada penunggang motosikal, Zulfiqar Zamir Amirul Nizam, 27.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di Persiaran Kota, Klang kira-kira jam 12.35 tengah malam, Rabu lalu.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak kurang daripada tujuh tahun dan tidak melebihi 10 tahun, serta denda tidak kurang daripada RM30,000 dan tidak melebihi RM50,000. Selain itu, hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nadia Syuhada Rosli memberitahu mahkamah bahawa tiada jaminan ditawarkan berikutan kesalahan yang sangat serius yang menyebabkan kecederaan pada mangsa.

Bagaimanapun katanya, sekiranya mahkamah berpendapat nilai jaminan boleh diberikan, beliau memohon jumlah anggaran RM15,000 diberikan melihat kepada keseriusan kes yang berlaku serta tambahan syarat yang dirasakan sesuai.

Peguam mewakili tertuduh, Ethan Tan memohon jaminan minimum dengan alasan tertuduh adalah penanggung tunggal keluarga dengan pendapatan antara RM1,800 hingga RM2,000 dari kerja sambilan.

Katanya, ibu tertuduh menghidap penyakit kencing manis, manakala bapanya adalah pesakit kanser yang memerlukan rawatan perubatan dari semasa ke semasa dengan keduanya bergantung pada tertuduh.

"Mahkamah boleh mengenakan syarat tambahan kepada tertuduh sebagai jaminan," katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin dengan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan dan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Julai depan.

Turut hadir menyaksikan prosiding pendakwaan hari ini adalah keluarga mangsa termasuk ibu, Hamidah Othman, 54 dan tunang mangsa, Nurul Syafiqah Ridzuan, 25.

Media sebelum ini melaporkan, seorang penunggang motosikal cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki dipercayai mabuk dan melawan arus dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Mangsa dipercayai tercampak akibat rempuhan berkenaan sebelum mengalami kecederaan parah pada anggota badan serta kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, berkata siasatan awal mendapati sebuah Perodua Bezza dipandu lelaki tempatan berusia 30-an itu dari arah Pelabuhan Klang menghala ke Shah Alam sebelum dipercayai dipandu secara melulu dan melawan arus sejauh kira-kira 3.5 kilometer.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal mendapati pemandu kereta terbabit positif alkohol.

Artikel➡️ Harian Metro
 

Pembantu Perancang Acara Didakwa Pandu Bawah Pengaruh Alkohol​

4c3808b8f75603146f9db842b6e8dbaa6a0abf4dac4d3

Pembantu perancang acara sambilan Low Kean Peng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan seorang penghantar p-panggilan cedera parah, 13 Mei lalu.


-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Seorang pembantu perancang acara sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan seorang penghantar p-panggilan cedera parah, minggu lepas.

Low Kean Peng, 35, didakwa memandu sebuah kenderaan dengan kadar alkohol sebanyak 196 miligram (mg) dalam 100 mililiter (ml) darah sehingga menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa, penunggang motosikal Zulfiqar Zamir Amirul Nizam, 27, di Persiaran Kota di sini pada 12.35 tengah malam, 13 Mei.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara tujuh hingga 10 tahun dan denda tidak melebihi RM50,000, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga boleh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh tidak kurang tujuh tahun daripada tarikh sabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Nadia Syuhada Rosli mencadangkan jaminan RM15,000 dengan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan lesen memandu kepada mahkamah sehingga kes selesai, mengambil kira keseriusan kesalahan yang menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa.

Bagaimanapun, peguam Ethan W. H. Tan yang mewakili Low merayu jaminan minimum atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama ibu bapa yang uzur serta menghidap penyakit kencing manis dan kanser.

Majistret A. Karthiyayini membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain memerintahkan lesen memandunya digantung dan perlu melaporkan diri dua kali sebulan di balai polis berdekatan.

Mahkamah menetapkan 30 Julai untuk sebutan semula kes.

Prosiding pendakwaan hari ini turut dihadiri keluarga mangsa termasuk ibu Hamidah Othman, 54, dan tunang mangsa Nurul Syafiqah Ridzuan, 25.

 
402669-402669.jpg


💥 Si mati Bersalah❓💥

Oh peguam yg hebat..
Yg salah dua2 salah..
Dua2 berlumba..
Kenapa adik je org pegang❓
Sebab si abg dh mati...
Kau nk hukum org mati mcm mn❓

Kau tak payah belit cerita lah..
Kami bukan bodoh..
Kau nk letakkan kesalahan kat si abang yg dh mati tu supaya adik terlepas n boleh langgar org lain plak lps ni.. 😂😂
What the fish❓

Nampak tak kita dia cuba bodoh2kan...
😡😡😡😡😡

#info
#viral
#KemalanganMaut
 
14247338168405613-403434.jpg

14247338168405613-403435.jpg


Antara drebar Lori & cina langgar mati.
Drebar Lori tak bersalah.
Cina adik beradik berlumba bersalah langgar org mati.
Tengok apa yg pelik kat sini.
 

Kes Pemandu Mabuk, Keluarga Zulfiqar Mahu Siasatan Seksyen 302 Kanun Keseksaan​

dfade884df134ad5aa0cc744510c165c6a2ab9cdacef8

Gambar fail

Keluarga  mangsa kemalangan, Allahyarham Zulfiqar Zamir Amirul Nizam mahu pemandu yang didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia, disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Adik Allahyarham, Nur Amirah Afra, 25, berkata sebelum ini kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana abangnya masih hidup.

“Kami hanya mahukan keadilan untuk arwah dan tidak akan berhenti hingga tindakan sewajarnya diambil selain berharap kes ini dapat disiasat berdasarkan fakta bahawa arwah meninggal dunia akibat kemalangan tersebut,” katanya kepada pada sidang media di sini hari ini.

Nur Amirah Afra berkata abangnya meninggal dunia 18 hari lepas setelah 13 hari bertarung nyawa di hospital, namun keluarga masih menunggu perkembangan siasatan daripada pihak berkuasa dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai penyiasat.

Wanita itu berkata keluarganya juga berharap kes itu dapat melalui proses perundangan dengan sewajarnya kerana bimbang pemandu yang diikat jamin itu boleh mengulangi kesilapan sama.

“Kematian abang memberi kesan besar kerana Allahyarham merupakan antara penyumbang utama pendapatan keluarga. Kami sangat terkilan kerana kematian abang berpunca daripada kesalahan orang lain," katanya.

Nur Amirah Afra berkata Allahyarham yang merupakan anak sulung daripada empat beradik bekerja sebagai penasihat servis sebuah syarikat automotif selain turut membuat kerja sambilan sebagai persediaan untuk mendirikan rumah tangga pada Disember ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey ketika dihubungi Bernama berkata kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah diserahkan dan pihaknya kini menunggu arahan lanjut serta keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

Pada 18 Mei lepas, seorang pembantu perancang acara sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan parah kepada seorang penghantar p-hailing.

 
 
Back
Top
Log in Register