jimie lee
Permanently Banned - Multiple ID

- Messages
- 5,244
- Joined
- Jul 1, 2011
- Messages
- 5,244
- Reaction score
- 839
- Points
- 111
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Jill Ireland bagi memanggil bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung rampasan cakera padat (CD) tiga tahun lalu mengenai ajaran Kristian yang mengandungi kalimah "Allah".
Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan di kamarnya dan membenarkan bantahan awal oleh Syed Hamid dan kerajaan dengan alasan permohonan itu ketingalan masa.
Pada Ogos tahun lalu, Jill Ireland Lawrence Bill memfailkan permohonan untuk memeriksa balas Syed Hamid mengenai afidavit bersumpah yang difailkan ketika beliau menjadi menteri luar bagi tujuan pendengaran permohonan semakan semula kehakiman.
Hakim Rohana berkata peluang menyoal balas saksi lazimnya diberikan dalam kes tertentu.
"Namun, kes ini tidak jatuh di bawah kategori berkenaan,” katanya.
Beliau juga memutuskan afidavit Syed Hamid adalah mencukupi untuk digunakan semasa perbicaraan kerana ia menyatakan CD itu dirampas demi menjamin keselamatan nasional dan ketenteraman awam. Ia juga menyatakan bahawa terdapat arahan kabinet pada 1986 yang melarang perkataan itu digunakan oleh orang bukan Islam.
Pada 11 Mei, 2008, kementerian berkenaan merampas CD itu daripada Ireland mengikut Seksyen 9 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.
CD berkenaan, antara lain, mengandungi bahan bertajuk " Cara Menggunakan Kunci Kerajaan Allah", "Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah" dan "Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah" yang dibawa dari Indonesia.