BTC USD 82,932.5 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerugian dikurangkan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

ABU BAKAR MOHAMAD DIAH (dua dari kiri) mendengar taklimat mengenai modul sistem timbang berat kenderaan semasa melawat tapak pameran selepas merasmikan Hari Meteorologi Sedunia 2015 di Sepang, kelmarin. UTUSAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN​

SEPANG 21 Mei - Para petani dinasihati menggunakan sistem pengukuran kelembapan padi dan beras bagi mengurangkan kerugian ditanggung semasa proses penetapan kadar potongan harga hasil padi dan beras yang lembap.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, sistem yang dibangunkan Makmal Metrologi Kebangsaan, SIRIM Berhad (NML-SIRIM) itu menggunakan satu kaedah standard untuk mengukur kelembapan beras dan padi.

Menurutnya, menerusi kaedah itu, urus niaga akan menjadi lebih adil dan menjamin kualiti beras yang diterima oleh pengguna serta dapat menangani masalah pertikaian harga antara petani dan pemborong.

“Selama ini para petani dan pemborong berdepan masalah untuk tentukan kelembapan padi dan beras. Ada pemborong yang membuat potongan 20 hingga 30 peratus ekoran kelembapan pada beras dan padi itu, walhal kalau mengikut sistem standard yang SIRIM keluarkan, tidak sampai 20 peratus.

“Saya yakin semua pihak yang terlibat dalam industri ini akan lebih berpuas hati dengan penggunaan sistem pengukuran khas yang telus dan adil ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Meteorologi Sedunia di sini semalam.

Abu Bakar berkata, kementerian mencadangkan sistem pengukuran tersebut diperluaskan kepada Beras Nasional Berhad (Bernas), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Universiti Putra Malaysia (UPM), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), pengilang beras, pemborong beras dan persatuan-persatuan petani.

Beliau berkata, tanpa penggunaan kaedah pengukuran kelembapan beras dan padi yang tepat, para petani akan mengalami kerugian yang besar, begitu juga bagi beras yang diimport dari negara jiran.

“Kandungan kelembapan yang tidak diukur dengan tepat akan menyebabkan kerugian yang besar kepada negara apabila perlu membayar lebih terhadap berat air dan bukannya beras,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abu Bakar memberitahu, masyarakat tidak perlu lagi meragui tahap keupayaan Sistem Pengkuatkuasaan Automatik (AES) kerana sistem tersebut dibangunkan oleh SIRIM dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurutnya, AES setanding dengan sistem yang dibangunkan oleh negara-negara maju bagi menjamin ketelusan dan mematuhi keperluan pengukuran berdasarkan Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007.

Sementara itu, Ketua Eksekutif SIRIM, Datuk Dr. Zainal Abidin Mohd. Yusof berkata, NML-SIRIM akan terus menggalakkan kaedah parameter pengukuran dan teknologi di negara ini termasuk menyediakan perkhidmatan menentu ukuran, perkhidmatan perundingan dan menyediakan latihan teknik pengukuran.

“Di bawah perancangan baharu, NML-SIRIM telah ditugaskan dengan pelbagai projek menerusi pembiayaan penyelidikan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutama bagi teknik dan standard pengukuran yang tinggi,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register