ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Pengerusi Ningxia Salimy, Salimy Huiping Na (kiri) dan Lock Sen bersalaman ketika menyerahkan dokumen perjanjian di Kuala Lumpur, semalam.
SMARTAG Solutions Berhad (Smartag) bakal membangunkan platform perdagangan dalam talian dan kebolehkesanan halal pertama di dunia dengan tiga syarikat dari Ningxia, China.
Ketua Pegawai Eksekutif Smartag, Yow Lock Sen berkata, kerjasama tersebut melibatkan syarikat Ningxia Salimy Muslim Commodity Trading Co. Ltd (Ningxia Salimy), Ningxia Chengfeng Agriculture Technology Co. Ltd. (Ningxia Chengfeng) dan Ningxia Aai Fei Xiang Livestock Import & Export Trading Co. Ltd. (Ningxia Aai Fei Xiang).
“Untuk perjanjian dengan syarikat Ningxia Salimy,kami akan melabur anggaran RM8.32 juta dalam tempoh dua tahun dan ianya bakal bermula tahun ini.
“Kami bukan saja bangunkan sistem perdagangan dan kebolehkesanan halal e-dagang malah termasuk kemudahan pertukaran kewangan yang terikat dengan inisiatif milik kerajaan,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian dengan tiga syarikat itu, di Kuala Lumpur semalam.
Lock Sen berkata,Smartag bertuah dan berharap untuk melihat perolehan daripada perjanjian tersebut.
“Kami boleh membawa hubungan antarabangsa dan juga nilai halal seluruh dunia terutamanya bagi Timur Tengah, Asia Tenggara, Amerika Syarikat dan juga China.
“Selain itu kami juga ditawarkan jadi pemegang saham majoriti untuk ketiga-tiga syarikat itu,” katanya.
Bagi perjanjian kedua melibatkan pengilang terbesar pakaian dan pakaian dalam berasaskan kulit kambing biri-biriiaitu Ningxia Chengfeng bagi penyediaan penyelesaian kebolehkesanan halal untuk tempoh lima tahun.
Manakala perjanjian ketiga adalah perjanjian persefahaman (MOU) Ningxia Aai Fei Xiang dalam membantu membangunkan sistem kebolehkesanan halal bagi haiwan ternakan.