BTC USD 84,018.1 Gold USD 4,279.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerja kerajaan (PTD M41) vs Executive GLC

the_smith

Active+ Member
Messages
2,663
Joined
Oct 11, 2008
Messages
2,663
Reaction score
23
Points
25
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...:)

Sebelum aku nk post thread pasal ni dah dapat bayangan yang akan ade tak puas ati terutama sekali mereka yang sedang bekerja dalam kerajaan.:">

Sememangnya faktor utama adalah rezeki dari ALLAH tetapi jika tiada kajian tiadalah hasil kajian. Jika tiada pendapat, tiadalah pilihan boleh dibuat.:D

Mungkin agak bias sebab aku sendiri keje dengan GLC sekarang. Aku amik perbandingan jawatan Top dalam kerajaan untuk fresh grad iaitu PTD M41 vs jawatan paling rendah Executive GLC. Adil la kan?hehe:p

Tapi ape2 minta baca dulu pendapat aku berkenaan hal ini.

Aku baru dapat panggilan temuduga PTD. Pelik jugak sekejap sebab aku tak pergi pun exam. Last exam aku pergi 2011. Tapi google punya google rupanya sape yang pernah pass exam PTD sebelum ni akan dipanggil untuk temuduga PTD. So aku agak mesti ramai yang dipanggil. Google2 lagi rupanya PAC dah takde skang..baru tahu sbb dah lama tutup buku pasal PTD ni..hehe..:eek:

Di sini aku nk timbulkan beberapa persoalan dan pendapat. Juga kelebihan dan kekurangan yang aku kenalpasti jika bekerja sebagai PTD M41 ataupun Junior Executive di GLC. Apa yang aku ingin ketengahkan lebih kepada mereka yang ada Ijazah Sarjana Muda/Bachelor Degree.

Mengikut pengalaman aku, PTD M41 ni memang kegilaan hampir semua budak fresh grad. Ramai yang isi jawatan ni dalam pilihan jawatan SPA. Tak semua tapi ramai. Tak ketinggalan juga mereka yang dah lama bekerja masih lagi mencuba untuk jadi seorang PTD. Kali pertama aku pergi exam PTD boleh nampak ramai yang 7 8 thn lebih tua datang exam. Yang tengah preganant pun ade.:D
Punya la nak cakap ramai nak jd PTD. Berpuluh2 ribu calon mencuba nasib tapi hanya yang terbaik sahaja dapat.:)cgrock

Ade yang cuba sekali exam dah lepas. Ade yang 5 6 kali exam tak lepas2. Macam2 ade. hehe..

Jika pemilihan berdasarkan pointer, amat kesian jika mereka yang amik degree yang agak susah seperti Sains Aktuari dan seangkatan yang rata2 below than 3.00 ( kecuali Uitm sbb ak dengar ade ramai above 3.00, mgkin sbb modul lain sikit:D)

Dari mulut seorang rakan sekolah aku, beliau dapat result SPM agak teruk, kemudian amik STPM dimana rakan2 lain termasuk aku masuk Matrikulasi. Then, sambung degree dalam Office Management atau nama lainnya adalah Secretary. Pointer straight SEM dapat dekan. Kemudian sekarang menjadi PTD. Menurut beliau, masa temuduga, penemuduga sering puji pointer beliau yang sgt tggi. Diorg tny ape petua dia study. Macammana dengan atur masa belajar. Member aku cakap die geram nak jawab " Course ak ni senang la datok2 semua!!" hehehe..soalan lain takde sangat. Alhamdulillah sekarang PTD kat MOF.:)cgrock

Persoalan aku...:-?

Jika seorang yang baru abis degree, kemudian dapat keje di syarikat "besar" seperti Petronas, Shell, Sime Darby atau MAHB seperti tempat keje aku sekarang ( Alhamdulillah) yang rata2 gaji permulaan sudah lebih dari RM3k, apakah relevan nak masuk jadi PTD? Tambahan sekarang kena jadi Kadet PTD dlu berELAUNkan RM2000++ sahaja selama setahun.

Sebab ni la paling utama sekali kenapa ramai orang2 pandai taknak masuk kerajaan. Gaji takleh demand dari gaji sekarang, pastu kena kontrak dulu setahun dua. Dan memang pasti kena mula gaji balik start dari gred 41 tu. Tak kira la pengalaman keje 10thn sekalipun. ~X(

Jadi, ape sebab masih ramai nak jadi PTD sedangkan interview bertapis2..??Persaingan melampau2..Gaji x besar mane pun compare dengan GLC. Medical pun kena bayar dulu baru leh claim. Kalau cakap keje relax, PTD penat kot!!:o

Sape nak tinggal keje yang dah gaji lebat semata2 untuk PTD. Unless orang tu memang sangat sayangkan kerajaan dan inginkan transformasi serta nak bagi idea2 bernas untuk kerajaan. Tapi sape nak dengar cakap orang gred 41 ni?heheehe...

Kalau nak bercakap sebab pencen, rasanya ramai dalam ni boleh tolong kirakan mana lagi ok antara EPF vs Pencen. EPF biasa ptong 11% dan majikan biasa contribute 13% ke 15% dari gaji basic. Pencen biasa dapat 50% dari gaji terakhir( maaf kalau silap).

Kalau nak bercakap pasal bonus, pastinya bonus GLC lagi masyuk.:o

Oleh yg demikian, saya menyeru kepada anak2 muda remaja yang dah abis grad, jangan lah teruja dan bersungguh sgt nak keje kerajaan tambah2 lagi jawatan PTD. Persaingan sangat melampau. Lebih baik usaha mendapatkan kerja di GLC atau MNC. lagi banyak kelebihannya.

p/s: maaf jika ada dalam ni beristerikan/bersuamikan/beranakkan/berbapakan/beribukan/berkawankan PTD. Tiada niat lain. Cuma ingin memberi pendapat kepada lepasan Ijazah diluar sana bahawa peluang untuk ke GLC dari senang dari pulun jawatan dalam kerajaan gred 41 terutama PTD:)cgrock

artwork1_pcg6.jpg
 
Last edited:
aku pun dapat itview PTD bulan lepas sebelum raya. tapi tak pergi pun. punca utama :

a) elaun 2k utk PTD kadet (yg mana expenses aku bulan2 pun dah almost 2k setiap bulan)

b) nak kena pergi kursus kadet setahun (aku ada bini dan baby, takkan la nak biar bini aku jaga sorang je)

apapun, kalau govt buat transformation utk skim gaji pekerja baru ikut gaji terakhir pekerja, itu yg terbaik
 
Loan kalau GLC sama sebijik cam gomen...dari segi rate dan syarat..hehe
 
aku pun dapat itview PTD bulan lepas sebelum raya. tapi tak pergi pun. punca utama :

a) elaun 2k utk PTD kadet (yg mana expenses aku bulan2 pun dah almost 2k setiap bulan)

b) nak kena pergi kursus kadet setahun (aku ada bini dan baby, takkan la nak biar bini aku jaga sorang je)

apapun, kalau govt buat transformation utk skim gaji pekerja baru ikut gaji terakhir pekerja, itu yg terbaik

itu yang sepatutnya...tapi orang atas sgt ***** nk wat transformasi sbb dah lama kat atas...:D
 
perbezaannye ialah...
glc boleh bankrap dan boleh dijual dan diswastakan.
glc profit driven.
gov agak susah nak bankrap.
gov service driven.
 
kalau dtang dari borneo lg masyuk keje kat semenanjung dlm bdn berkanun....masyuk gilos...kerani cecah 7k+++...fuhhhhhh............
 
Back
Top
Log in Register