BTC USD 82,123.0 Gold USD 4,146.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerja Kecil, Jiwa Besar...

rambootan

Active Member
Messages
1,391
Joined
Dec 21, 2010
Messages
1,391
Reaction score
122
Points
38
Assalamualaikum dan Salam Jumaat...


Pada malam nie saya nak paparkan sebuah cerita yang mungkin dapat memberikan manfaat buat diri kita semua. Bacalah kisah ini sehingga habis agar kita dapat mengambil pengajaran. Ini Kerana kisah ini adalah realiti sebenar kehidupan yang sedang kita jalani sekarang...

Pada suatu hari, seorang remaja lelaki diarahkan oleh gurunya untuk ke sebuah masjid untuk mecari seorang lelaki yang dapat memberikannya sedikit ilmu dan pengajaran. Tanpa membuang masa lagi, remaja lelaki tue terus pergi ke masjid yang diarahkan oleh gurunya itu...


Sesampainya remaja tue kat masjid tue, dia ternampak seorang lelaki yang sedang kusyuk membaca Al-Quran. Remaja tue berfikir adakah lelaki ini yang dimaksudkan oleh gurunya itu. Lalu dia duduk di belakang lelaki terbabit dan menunggu lelaki tue habis membaca Al-Quran. Letih remaja tue menunggu lelaki tue, tak juga habis - habis lelaki tue membaca Al-Quran...


Lalu remaja tue terpandang pula ke arah seorang lelaki yang sedang asyik membaca beberapa buah kitab. Remaja tue meghampiri lelaki tersebut dan memberi salam. "Tuan, bolehkah tuan mengajar saya?". Tetapi jawapan yang diberikan lelaki tersebut menghampakan remaja tue. Jawapan lelaki tue lebih kurang begini, "Maafkan saya, saya sedang sibuk nie".


Remaja tue terlalu hampa dan bercadang untuk balik. Sedang dia bersiap sedia untuk balik, remaja tue terpandang seorang lelaki yang sedang membersihkan longkang masjid terbabit. Lalu dia menghampiri lelaki tue.

"Dah berapa lama pakcik kerja cuci longkang nie?"Tanya remaja tue...

"Dah 15 tahun nak.." Jawab lelaki tue dengan lemah lembut...

Apabila remaja tue meneliti hasil kerja lelaki tue, dia tersangatlah kagum kerana celah-celah longkang yang sukar dilihat oleh mata kasar pun turut dibersihkan oleh lelaki itu.

"Bersih sangatlah longkang nie pakcik, sampaikan celah-celah longkang pun pakcik bersihkan juga ya. Tak perlulah nak bersihkan celah longkang nie, bukannya ada orang nampak pun pakcik". Kata remaja tue dengan kehairanan terhadap hasil kerja pakcik tue...

"Walaupun tak ada orang yang nampak, tetapi Allah SWT nampak nak..."Kata lelaki tue sambil tersenyum kepada remaja tue...


Macam mana, korang dapat tak pengajaran dari cerita nie?hehe.. Oklah, sebenarnya pengajaran yang boleh kita perolehi dari cerita nie adalah walau sekecil mana pun kerja yang kita buat, yang mungkin bagi orang lain tak bererti dan bernilai, tetapi jika kita buat dengan hati yang besar pasti kerja kita itu akan mendapat nilaian yang tinggi daripada Allah SWT. Hati yang besar itu pula adalah mengharapkan ganjaran dan keredhaan dari Allah SWT, yang mana ia adalah ganjaran yang lebih bernilai jika dibandingkan dengan nilaian dan ganjaran dari manusia itu sendiri...
 
Back
Top
Log in Register