BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keringnya Tasik Galilee = Turunnya Nabi Isa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera pada sidang hadirin sekalian.

Salam keberkatan pada bulan yang mulia bulan Ramadhan.
Selepas penelitian dari forum ini selepas saya tinggalkan 12 jam,
iaitu saya ada tugasan penting di siang hari,
tanpa saya sedari di waktu siang tadi sehinggalah selesai isyak,
sekali lagi forum ini melalui fasa ke-2 nya,
dengan ledakan balasan yang 2 kali ganda dari hari semalam.

Untuk pengetahuan anda semua,
semalam merupakan genap 1 hari thread ini dibuka,
dan jumlah pemerhati pada hari pertama ialah 4 ribu orang ++,
dan pada hari ini jumlah pemerhati yang direkodkan bertambah kepada 2 kali ganda lebih,
dan menjadikannya total 11 ribu pemerhati,
hanya selepas hari ke-2 sahaja...

Alter terahsia ini adalah salah 1 cabang dari ASBAB peristiwa besar itu:
Tahukah wahai saudara2 serumpun ku...
Ini merupakan 1 tenaga rahsia yang dimiliki oleh anak Melayu sahaja.
Kamu sendiri tak sedar betapa dalam diri kamu ini mempunyai 1 tenaga yang tak dapat dikalahkan pun oleh mana2 tenaga lain di luar sana,
yang lazimnya sedang melakukan kerosakan di muka bumi ini,
inilah yang saya namakan alter sulit anak Melayu,
yang baru sahaja anda ledakkan,
dan ini hanyalah 1 per 1000 yang anda pancarkan,
yang mana tenaga ini ada dalam semua darah2 DNA melayu sahaja.
Sekali lagi saya katakan,
sedang asyik kamu semua bersemangat berkobar2...
pancaran inilah yang pasti menjadi ASBAB kejadian besar di kemudian hari.



Pendedahan yang mengkagumkan
tahukah anda,
anda semua amat bertenaga sekali ketika membahaskan tentang dasar utama tajuk forum saya ini,
dan bayangkan,
kalau alter ini saya salurkan pada perjuangan yang akan timbul tak lama aje lagi iaitu ketika 1 hari sebelum hadirnya "peristiwa besar",
cuba layangkan sedikit minda anda ke hadapan.....
letakkan diri anda di atas kuda,
berselendang kuning bertengkolok laksamana, berbaju melayu,
dan bayangkan ketika anda mara ke medan perjuangan,
meninggalkan perkampungan muslim menuju ke utara,
dan anda merupakan salah1 batalion di belakang 1 orang lagi anak Melayu yang yang amat disanjung,
di depan anda seorang pemuda ditakdirkan memegang kalimah putih disalut hitam,
kencang deras meluru kehadapan........
maka apa sahaja kuasa yang ada di hadapannya takkan dapat dikalahkan pun,
dan anak Melayu pasti sentiasa menang,
hanya kalau 1 per 1000 tenaga anda digunakan dari sini,
disalurkan ke medan itu...

Ini baru sahaja di meja tulis maya,
anda sudah pun memancarkan alter misteri ini,
bayangkan kalau saya berjaya membuka tenaga2 anda ke saluran betul,
dengan pendedahan yang bakal menyebabkan kamu semua bertambah yakin dengan semua ilmu dan tanda2 untuk dikenali,
maka percayalah,
salah seorang dari anda pasti tergolong dalam kumpulan2 yang diperlukan itu........

==============================================

bersambung.....


Semalam saya ada sediakan 1 tugasan untuk semua hadirin,
1 perkembangan yang baik di mana tiada lagi kiriman karut dan merapu,
alhamdulillah berkat nasihat dari saya,
banyak pula hadis2 Sahih yang tampil dikirimkan untuk pendedahan umum,
secara peribadi saya ucapkan tahniah kepada saudara "tomie",
kerana beliau banyak mengirimkan tentang hadis2 riwayat Muslim berkenaan tanda2 untuk mengenal dajjal,
walaupun pada hari pertama itu,
beliaulah orangnya yang mengirimkan pos artikel tentang seorang anak melayu yang dah terpesong,
yang di dalam blognya mengaku pula sabagai imam Mahdi...

Berbalik2 kepada topik asal forum ini,
saya ada selitkan 2 tugasan semalam,
dan salah 1 tugasan itu akan saya jawap dalam bentuk video kan ?
namun lagi 1 tugasan tak saya boleh jawap lagi kerana anda semua belum lagi menjawap apa yang disuruh...
jangan risau,
pasti ada manusia yang berjumpa dengan hadis itu nanti...

Penerangan:
di akhir zaman nanti (sedangkan zaman ini merupakan pintunya),
akan wujud 1 saat di mana,
1 golongan besar dari barat,
akan memasuki kota suci umat Islam di utara,
tanpa perlu pun mengangkat senjata apakan lagi berperang,
dan saya akan huraikan hadis ini dalam bentuk video sahaja,
dan video ini pun bukanlah ciptaan saya,
tapi cukuplah sebagai syarat untuk menunjukkan bahawasanya,
sempadan2 untuk lengkapnya tanda2 kecil itu,
akan berlaku bila2 masa sahaja dari hari ini....

saya akan bersambung kejap lagi,

untuk masukkan video itu,
video tu pun sebenarnya secara anda tak perasan anda pernah pun melihatnya,
dan anda pun dah lupa......
sebab apa lupa ???
sebab barang yang senang dapat maka senanglah hilang,
kerana itulah saya sediakan tugasan,
supaya apa yang nak saya sampaikan dalam forum ini,
nak saya paterikan dalam otak kamu masing2,
supaya sentiasa beringat dan sentiasa sayang pada keluarga kamu...

bersambung lagi beberapa minit.....

 
Sila lihat senarai tugasan anda yang belum siap di alamat di bawah:

iaitu di kiriman ke-5 di mukasurat pertama,
atau anda boleh terus ke sini iaitu di,
SENARAI TUGASAN FORUM.

Sementara menunggu saya mengirimkan tanda2 tugasan itu dengan video tugasan ini,
teruskan perbincangan anda,
teruskan asalkan berilmiah.
 


Apa kaitannya dengan SAINS & ALQURAN & HADIS ?
Pada hari ini,
saintis merekodkan yang tasik ini pasti kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja,
ini adalah ramalan sains (((mengikut hukum FITRAH))),
dan tiada 1 pun pembuktian sains malainkan sekiranya ianya berjalan atas fitrah Allah,
maka sains biasanya pasti terbukti 100%.

Saintis menyatakan yang tasik ini pasti kering,
dan mereka sendiri telah membuat perkiraan matematik mengatakan bahawa,
sekiranya termasuk faktor2 cuaca, angin, manusia dan musim,
maka tasik ini diTEORIkan pasti kering dalam masa 50 tahun sahaja,
dan tasik ini sudah pun kering sejak tahun 2000 lagi,
malah lebih awal dari itu....

MAKA APA KAITANNYA SAINS DENGAN HADIS ?
- Hadis cakap bila tasik ni kering maka akan hadir peristiwa besar
- Petanda pasti turunnya Nabi Isa untuk menjalankan misinya membantu MAHDI pasti datang tanpa ragu.

kebanyakan teori akan berakhir dengan kebenaran,
lazimnya akan end-up dengan BENAR & HAK,
ianya merupakan 1 persiapan untuk seluruh dunia islam,
beruntunglah saudara2 semua artikel ini sudah meledakkan minda2 anda semua,
dan tanggungjawap saya menyampaikan hadis ini selesai.

Akhir sekali,
maafkan saya ya kalau saya terkasar bahasa tapi inilah naluri saya,
saya YAKIN saya akan berhadapan dengan masa itu,
atau mati sahaja yang memisahkan saya dengan peristiwa2 akan datang ini...

bersambung...



Tahukah anda,
sekarang ini saya nak kaitkan HADIS (kata Nabi Muhammad),
dengan fakta sains yang ada pada hari ini,
dan sedang pun berlaku tanpa anda sedari,
saya yakin anda pernah mendengarnya di berita2 atau dokumentari,
tapi oleh kerana tiada 1 pun dari anda dapat menjawabnya,
maka saya beranggapan sebilangan besar dari anda telah dilupakan tentang fakta benar ini,
tahukah anda bahawasanya fakta ini secara otomatiknya,
bakal membenarkan hadis sahih ???
dan....
sebahagian dari ASBAB berlakunya tanda2 besar,
sedang pun berlaku di barat...
dan,
sebahagian dari ASBAB berlakunya tanda2 besar,
sedang pun berlaku dari timur,
dan saya mendedahkannya pada anda sekarang.

Ada 1 hadis merekodkan dan selepas saya membacanya,
meremang bulu roma saya,
naik tenaga dalaman saya...dan...
Hadis itu mengatakan bahawasanya,
1 kumpulan besar umat islam dari kalangan barat,
akan menuju ke kota suci di utara,
menawan kota suci itu bersama kumpulan lain,
menawan kota suci ini tanpa mengangkat senjata ataupun perang,
cukup sekadar zikir, takbir, dan pelbagai lagi kalimah suci.
Hadis ini adalah Hadis SAHIH.
oleh kerana saya yang menjawab tugasan ini,
maka bahagian hadisnya saya serahkan pada anda untuk mencarinya,
dan ini merupakan:
tugasan 4) --------> TUGASAN KEEMPAT

Bersambung kembali,
tahukah anda,
populasi keislaman penduduk dunia meningkat mendadak sejak ritual pembunuhan 11.9.2001 ???
Tahukah anda bahawa,
peningkatan umat islam yang mendadak melalui saudara2 baru kita di barat,
sedang menjadi ASBAB besar kepada pasti berlakunya tanda2 besar tak lama aje lagi?
Tahukah anda,
sains itu adalah teori,
tiada 1 pun teori di alam semesta sekiranya teori itu (((mengikut hukum FITRAH))),
sekali lagi,
tiada 1 pun pembuktian sains malainkan sekiranya ianya berjalan atas fitrah Allah,
maka sains biasanya pasti terbukti 100%.

Saksikan teori video di bawah,
dengan hadis Rasulullah yang sepatutnya anda berusaha mencarinya sekarang,
dengan fakta teori ini,
gunakanlah akal anda,
dan saya menjamin,
anda pasti dapat membezakannya,
apakah semakin benar kata2 pendedahn saya,
atau terbukti terus HADIS2 SAHIH ini.....

Anda boleh mendownloadnya di sini:
SAUDARA ISLAM KITA DI BARAT

atau boleh menontonnya sekarang:

SAUDARA ISLAM KITA DI BARAT
http://www.youtube.com/watch?v=_kKkY5EpVpY

Salam Ramadhan Salam Sepadan
Umat Melayu Waris Beriman.

Yang Iklas,
Megat Panji Alam,
Teknik Keris.

Wassalam.



 
dan ingatlah wahai saudara serumpun ku....

apakah pendedahan saya ini dari hari ke hari akan menaikkan iman anda pada tuhan yang 1 ?
dan adakah pendedahan ini,
dan pendedahan video ini,

bakal membenarkan kajian saya iaitu:

KERINGNYA TASIK GALILEE
amat berkait rapat dengan....
baki tahun yang tinggal beberapa tahun sahaja lagi (saya teorikan 41 tahun) plus minus,
dan kaitannya,
dengan teori video di atas ???

SEDARKAH ANDA BAHAWASANYA ANDA HIDUP BEGITU AMAT HAMPIR DENGAN TANDA2 BESAR ???​
 
mkn menarik , truskan bro.............
 
Koleksi hadis sahih mengenai dajal wpun msh blm menjwb soalan TT.

Semua hadis dibwh diriwayatkan oleh Imam Muslim


Hadis Abu Hurairah r.a :
”Nabi s.a.w bersabda: Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah dibangkitkan para Dajal pendusta yang hampir bilangan mereka tiga puluh orang. Setiap mereka mendakwa dirinya adalah Rasul (utusan) Allah.”

--------------------------------------------------------.

Hadis Al-Mughirah bin Syubah r.a. katanya
“Tiada seorang pun yang bertanya kepada Nabi s.a.w tentang Dajal lebih banyak daripada apa yang aku tanya. Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah yang menyusahkan kamu. Dia tidak boleh memberi sebarang kemudaratan kepada kamu. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Mereka berkata, dia (Dajal) mempunyai makanan dan sungai. Nabi bersabda lagi: Dia merupakan makhluk yang paling hina kerana boleh menipu para mukmin dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya”

--------------------------------------------------------.

Hadis Anas bin Malik r.a. katanya:
”Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiada seorang Nabi pun yang diutuskan melainkan dia memberi peringatan (yang menakutkan) kepada umatnya tentang penipu yang buta sebelah matanya. Ketahuilah bahawa Dajal itu buta sebelah matanya dan Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya dan ditulis di antara dua matanya (Dajal) Kaf Fa dan Ra (Kafir)”

--------------------------------------------------------.

Hadis Abdullah bin Umar r.a berkata:
Bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Pada suatu malam aku bermimpi berhampiran Kaabah aku melihat seorang lelaki berkulit sawa matang, sebagaimana engkau pernah melihat seorang lelaki tampan berkulit sawa matang, dia berambut ikal sebagaimana engkau pernah melihat seorang lelaki tampan berambut ikal. Dia menyikat rambutnya yang masih basah. Dia bersandar kepada dua orang atau kepada bahu dua orang sambil melakukan Tawaf di Baitullah. Lalu aku bertanya: Siapakah lelaki ini? Ada yang menjawab: Dia adalah Al-Masih bin Mariam. Kemudian aku melihat pula seorang lelaki berambut kerinting, mata kanannya buta seperti buah anggur yang masak ranum iaitu matanya terkeluar. Lalu aku bertanya: Siapa pula lelaki ini? Ada yang menjawab: Dia adalah Al-Masih Dajal”

--------------------------------------------------------.


Hadis Huzaifah r.a. katanya:
”Rasulullah s.a.w telah bersabda: Dajal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka”

--------------------------------------------------------.

Hadis Abu Hurairah r.a. katanya:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda: Perhatian! Aku akan menceritakan kepada kamu tentang Dajal apa yang belum diceritakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sesungguhnya Dajal itu buta sebelah matanya. Dia akan datang membawa bersamanya seperti Syurga dan Neraka. Syurga yang didakwa oleh Dajal itu sebenarnya adalah Neraka. Aku memperingatkan kamu (dalam masalah Dajal) sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kaumnya”

--------------------------------------------------------.


Hadis Anas bin Malik r.a. katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada negara (dalam dunia) melainkan akan dipijak (dilanda) oleh Dajal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijaga oleh barisan Malaikat. Oleh itu Dajal akan turun (berhenti) di satu kawasan bernama Shibkhah (tanah kering lagi masin) maka Madinah bergegar sebanyak tiga kali, kemudian semua para Kuffar (orang kafir) dan para Munafik keluar dari Madinah menemui Dajal

--------------------------------------------------------.

Hadis Abu Said Al-Khudry r.a. katanya:
Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami pada satu hari, cerita yang panjang tentang Dajal. Antara perkara yang baginda ceritakan kepada kami ialah sabdanya: Dajal akan datang sedangkan dia tidak dapat memasuki jalan-jalan dan lereng-lereng bukit di Madinah maka dia berhenti di kawasan tanah yang masin dan gersang (tiada tumbuhan) yang terletak selepas Madinah. Maka keluar pada hari itu seorang lelaki yang paling baik atau (keraguan rawi) antara manusia yang baik lalu lelaki itu berkata kepada Dajal: Aku bersaksi sesungguhnya engkau ini adalah Dajal sebagaimana yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w dalam Hadisnya. Dajal pun bertanya: Apa pendapat kamu sekiranya aku mematikan yang ini kemudian aku menghidupkannya semula. Adakah kamu ragu-ragu tentang masalah itu. Lelaki itu menjawab: tidak. Maka Dajal telah membunuhnya kemudian menghidupkannya semula. Lalu lelaki itu berkata sebaik sahaja Dajal menghidupkannya: Demi Allah. Aku lebih mengetahui tentang dirimu sekarang ini dari apa yang aku tahu kelmarin. Abu Said menyambung lagi: Dajal ingin membunuh lelaki itu tetapi tidak berjaya

--------------------------------------------------------.
 
Back
Top
Log in Register