BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keringnya Tasik Galilee = Turunnya Nabi Isa

Dajal merupakan makhluk yang akan mendatangkan malapetaka yang dahsyat di akhir zaman. Berhubung dengan ini Nabi bersabda, “Antara kejadian Adam dan kejadian hari kiamat, tidak ada kejadian yang lebih dahsyat daripada Dajal.” (Muslim)

Kalimat Dajal berasal dari kalimat dajala yang bermaksud ‘yang menutup’. Mengikut kamus Usanul Arab, kalimat ini digunakan kerana Dajal adalah pendusta yang menutup kebenaran dengan kebatilan. Dia juga menutupi dunia dengan kesesatan bersama-sama dengan pengikutnya. Di samping itu Dajal akan mendatangkan huru-hara dan pancaroba yang dahsyat di muka bumi, Nabi telah menceritakan tentang semua ini melalui hadis-hadis baginda.
 
Slogan Dajjal akan muncul dari segitiga bermuda bertentangan dengan hadis sahih Muslim – “Dajjal akan muncul dari kota Yahudi Isfahan (Khurasan, Iran) mereka memakai al-Tayalisah (jubah Parsi)”. Kebenaran hadis lebih mengatasi teori akal Muhammad Isa Dawud dan sesiapa sahaja mengikuti beliau. Jika diandaikan Dajjal sedang “berada” di satu tempat lain (di laut Yaman atau tenteranya berada di Segitiga Bermuda) dan Dajjal akan muncul dari ara timur (Isfahan atau Khurasan) boleh jadi kenyataan yang lebih hampir kepada kebenaran hadis.

aku rasa lebih baik bro letak link dr mana dpt artikel2 tu.
takut nnt org akan terkeliru.

patut la Nabi kata Dajjal ni fitnah besar,
kat sini pun silap2 bole jd mcm2 fitnah nnt.
pembaca forum ni tak sama tahap intelektual masing2.
pemahaman berbeza-beza
 
belajar ilmu boleh kat mana2 je...dalam internet pn boleh..cuma untuk mendapatkan kepastian atas segala ilmu yg diperoleh di satu sumber yg kurang jelas/pasti(internet contohnya) rujuk la ke ulama2, guru agama,ustaz2,bijak pandai..sekadar pandangan ku...

ya betul!!
tp kat cg nih lebih berforum jek!!bukan blajar!!
terpulanglah pada korang!!
Sy cuma menyuarakan pandangan jek!

Islam itu mudah..kalau kita faham...yg penting adakah kita sume dah tunaikan yg wajib dan jauhi yg Haram?
 
Di dalam sebuah riwayat oleh Fatimah binti Qais, pada suatu hari, selepas melaksanakan solat jemaah, nabi telah menaiki mimbar khutbah dan bersabda,
“Sahabatmu Tamim Ad-Dari yang dahulunya menganut agama Kristian dan sekarang menganut Islam, menceritakan kepadaku tentang Dajal. Beliau bersama-sama dengan tiga puluh orang rakan-rakannya telah belayar di laut. Kapal mereka telah hanyut selama lebih kurang sebulan sebelum terbabas di sebuah pulau. Di pulau itu
mereka menemui makhluk yang amat hodoh, badannya dipenuhi bulu. Mereka bertanya kepada makhluk itu, ‘Siapa kamu?’ Makhluk itu menjawab:
‘Aku adalah pengintip atau spy (ana Jassasah).’ Kemudian makhluk hodoh ini menyuruh mereka pergi bertemu satu makhluk lain yang berbadan besar dan makhluk ini sedang dirantai dengan rantai yang kukuh. Dia mengatakan bahawa dia adalah Dajal…..” (Riwayat Muslim)
 
aku rasa lebih baik bro letak link dr mana dpt artikel2 tu.
takut nnt org akan terkeliru.

patut la Nabi kata Dajjal ni fitnah besar,
kat sini pun silap2 bole jd mcm2 fitnah nnt.
pembaca forum ni tak sama tahap intelektual masing2.
pemahaman berbeza-beza

Normal lah tu,kata pun berbincang.Kalau Dajjal tu fitnah besar,bila kita cuba berbincang tentangnya mesti ada yang anggap kita sedang membuat fitnah,sebab isunya memang Fitnah besar.Huh faham ke ayat aku ni..

Siapa yang nak bincang cara ilmiah teruskanlah,taknak diamkan diri dulu itu adalah yang terbaik
 
Teknologi di Era Dajal

Mengikut hadis-hadis nabi, era Dajal ialah suatu era yang kaya dengan teknologi canggih. Antara teknologi itu berkaitan dengan kemampuan untuk mengubah cuaca, seperti menurunkan hujan. Berhubung dengan ini nabi bersabda, “Dajal akan mengarahkan langit dan langit akan menurunkan hujan dan dia akan mengarahkan bumi dan bumi akan mengeluarkan tumbuh-tumbuhan.” (Riwayat Muslim dan Tarmizi)
 
lepas tu depa tulis balik kat peta mesia ...perkataan DAJJAL....tak ker haru tu... :eek::p:">

adeiii...camne aku nk remove tu? blh ke? #:-S

---

dh try..tp kena register dlu bru leh remove..pastu nk kena tgu 3 hari lak baru approve..adoiya...
tp nk add place tak kena register pn :p
 
Last edited:
sistem pengangkutan di era Dajal,

Nabi bersabda, “(Kelajuan perjalanan Dajal) ialah seperti awan yang dipukul angin..” (Riwayat Muslim dan Tarmizi)


Sistem pengangkutan yang wujud pada hari ini, dengan kapal terbang dan jetnya, menepati sabda Nabi yang terdapat dalam hadis-hadis ini.Kelajuan kapal terbang dan jet adalah ’seperti awan yang dipukul angin.’
 
Back
Top
Log in Register