BTC USD 81,982.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keretapi Paling Laju : 500KM/J!!!

zack2terer

Legendary Member
gem
Messages
13,627
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
Keretapi Paling Laju : 500KM/J!!!


lu_04.1.jpg

Kereta api laju generasi baru China ini mampu mencapai kelajuan 500 kilometer sejam. – REUTERS

KERETA api laju generasi baru siri CRH buatan China yang mampu mencapai kelajuan 500 kilometer sejam menjalani ujian pertamanya di Qingdao, wilayah Shandong pada hujung minggu lalu.

Ia bakal menjadi kereta api paling laju di dunia.

Kereta api buatan syarikat CSR Corp. Ltd. itu mempunyai bentuk kepala menyerupai pedang purba China dan gerabaknya diperbuat daripada bahan plastik yang diperkuatkan dengan fiber karbon.

Ia mempunyai kuasa tarikan maksimum 22,800 kilowatt berbanding model CRH380 yang mempunyai kuasa tarikan 9,600 kilowatt. Pada masa ini kereta api berkelajuan tinggi CRH380 yang digunakan untuk laluan Beijing-Shanghai memegang rekod sebagai kereta paling laju di dunia dengan kelajuan 300 kilometer sejam.

Sumber
 
wow .. dah nak terbang ni
 
pergh juling mata tgk luar
 
lajju sangat risau aku.keke tapi kalo dok perlis ke k.l tk sampai sejam.kekeke
 
depa negara besar...mmg perlu keretapi laju cmni..
dulu ms gi shanghai,slalu nmpk keretapi depa ni..
mmg laju btul..rail ketapi sebelah dgn highway je..
 
dah sama laju ngan flight ni...
 
park ferari, naik ketapi.
 
Back
Top
Log in Register