BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta untuk RM3,000

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Kumpulan ceti haram atau along kembali mengganas apabila dikesan menggunakan modal sekeping kertas kosong untuk memperdaya mangsa memindah milik semua harta dimiliki tanpa kebenaran.

Mangsa biasanya diminta menurunkan tandatangan pada helaian kertas kosong terbabit sebagai syarat mendapatkan pinjaman wang sebelum along akan memasukkan maklumat perjanjian hutang di atas helaian kertas kosong berkenaan.

Mereka dikatakan sengaja memasukkan syarat tambahan antaranya mangsa perlu menyerahkan kereta atau rumah sekiranya gagal untuk membayar hutang dalam jangka masa ditetapkan.

Taktik terbaru terbabit menyebabkan mangsa yang tidak tahu menahu berhubung perjanjian palsu itu terpaksa menyerahkan kereta atau rumah selepas ditunjukkan dokumen mengandungi tanda tangan mangsa di atasnya.

Dalam kes terbaru, seorang pereka dalaman wanita menjadi mangsa apabila kereta Proton Perdana miliknya dirampas along yang didakwa dijadikan cagaran hutang oleh adiknya.

Mangsa, Wong Swee Long, 33, berkata, masalah bermula apabila adiknya, S K Wong, 28, membuat pinjaman dengan 15 along membabitkan jumlah lebih RM74,000.

Menurutnya, adiknya yang gemar berjudi sebelum itu diarahkan along agar menurunkan tandatangan ke atas kertas kosong tanpa mengetahui tujuannya.

“Namun kegagalan adik saya membayar hutang terbabit menyebabkan dua along datang ke rumah saya di Kampung Baru Ampang, pada 22 September lalu.

“Mereka kemudian merampas dan melarikan kereta Proton Perdana saya yang didakwa dijadikan cagaran,” katanya.

Menurutnya, tidak cukup dengan kereta terbabit, along berkenaan turut datang sekali lagi untuk merampas telefon bimbit miliknya sambil mengugut akan mengambil tindakan sekiranya semua hutang berkenaan tidak dibayar.

“Along memberi masa adik saya selama tiga hari untuk melunaskan hutang sebanyak RM3,000 berkenaan. Namun, selepas wang sebanyak RM2,500 dibayar kepada mereka, Along masih enggan memulangkan kereta berkenaan.

“Along yang mendakwa jumlah wang terbabit masih belum mencukupi kemudian mengugut mahu merampas kereta Perodua Kancil milik suami saya,” katanya.

Menurutnya, kumpulan along itu cuba menekannya dengan menunjukkan surat serah milik kereta terbabit yang dijadikan cagaran membuat pinjaman hutang.

“Bagaimanapun, adik saya memberitahu dia langsung tidak tahu menahu berhubung cagaran kereta itu berikutan dipaksa menurunkan tandatangan pada kertas kosong.

“Apa yang berlaku ini jelas satu bentuk ugutan dan penipuan terancang sindiket along untuk memaksa kami terjebak sama dalam jerat mereka,” katanya.

Menurutnya, along yang masih tidak berpuas hati cuba pula merampas rumah pangsapuri milik adiknya menggunakan taktik sama pada 10 Oktober lalu.

“Along memaksa penyewa rumah terbabit supaya tidak lagi membayar sewa rumah kepada adik saya sebaliknya menyerahkan wang sewa itu setiap bulan kepada mereka,” katanya.

“Tidak tahan dengan pelbagai taktik kotor along itu, saya dan adik segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang selain membuat aduan sama kepada pegawai khas di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Wan Najmuddin Mohd,” katanya.
 
along mmg camtu....sama cm abg long aku gak pangai..suke tipu aku time die nk mkn aiskrim
 
along mmg camtu....sama cm abg long aku gak pangai..suke tipu aku time die nk mkn aiskrim
pedas beb.. terasa aku sebagai pangkat abang sulong ni kepada adik aku yang lain.... kena buat baik ngan adik-adik pasni.. kang dikatannya aku camtu..
 
dah gatal nak pinjam..pandai ler tanggung
 
Back
Top
Log in Register