BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta salah parkir ditunda

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Tindakan tunda dilakukan ke atas kenderaan yang mengakibatkan halangan trafik dalam Ops Halang secara bersepadu di ibu negara.​

KUALA LUMPUR - Walaupun hanya untuk tempoh singkat, seorang lelaki yang meletakkan kenderaan di bahu jalan, tidak mampu menghalang tindakan penguatkuasaan dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Ops Halang secara bersepadu di Jalan Tun H S Lee, menyebabkan keretanya ditunda Rabu lalu.

Lelaki berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Krishnan, 40-an, berkata, dia baru sahaja meninggalkan kenderaannya itu untuk ke kedai membeli kad tambah nilai telefon.

"Saya singgah sekejap untuk ke kedai telefon beli tambah nilai, tak sangka ada penguatkuasa dan operasi di sini.

"Bukannya sengaja mahu letak tepi jalan, tapi kerana di sini susah nak cari tempat letak kereta," katanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, selain kenderaan milik lelaki berkenaan, turut ditunda sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Kancil atas kesalahan menyebabkan halangan kepada kenderaan lain.

Ketua Inspektor Jabatan Penguatkuasaan DBKL, R Parameswaran berkata, operasi dilakukan di beberapa kawasan tumpuan di Jalan Tun H S Lee, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Lebuh Pasar Besar dan KLCC, kerana pihaknya banyak menerima aduan halangan kenderaan.

Katanya, selain DBKL, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan mengeluarkan 10 notis saman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) (18) dan satu saman oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) ke atas bas henti-henti kerana gagal ujian asap.

"Polis turut mengambil tindakan saman ke mahkamah terhadap empat pemilik kenderaan, iaitu sebuah kereta dan masing-masing tiga motosikal atas kesalahan tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu, tiada cermin sisi dan menyebabkan halangan.

"Berdasarkan operasi yang dilakukan, masih ramai dalam kalangan pemilik kenderaan yang tidak mempunyai kesedaran sivik dengan meletakkan kenderaan sesuka hati hingga mengganggu aliran trafik," katanya.

Untuk rekod, setakat April lalu sebanyak 1,594 notis kompaun dan saman dikeluarkan menerusi operasi bersepadu yang dilakukan DBKL bersama agensi berkaitan, manakala 2,888 notis sepanjang tahun lalu.
 
Back
Top
Log in Register