BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta remuk teruk, banyak tow truck muncul! Ini 5 perkara penting perlu tahu lepas kemalangan, jangan sembarangan ‘sign’ dokumen

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266

Kereta remuk teruk, banyak tow truck muncul! Ini 5 perkara penting anda perlu tahu lepas kemalangan, jangan sembarangan ‘sign’ dokumen​

Rabu, 18 September 2024 10:30 AM

553.jpg

Mana-mana kereta mengalami total loss perlu mendapatkan khidmat tow truck untuk dibawa ke bengkel. -Gambar hiasan

KEMALANGAN jalan raya boleh menjadi pengalaman yang sangat mengejutkan dan dahsyat, terutamanya apabila kereta anda mengalami kerosakan teruk atau total loss.

Ketika berdepan situasi seperti ini, bersikap tenang dan cuba berfikiran waras dapat memudahkan proses pengurusan kemalangan dan memastikan hak anda terpelihara.

Begitulah pengalaman dikongsikan Syahrul Anuar apabila terpaksa menguruskan kereta jenama Honda dipandu isterinya yang terbabit dalam kemalangan.

Berikut adalah lima langkah penting yang perlu diambil untuk memastikan hak anda dilindungi dan proses tuntutan insurans berjalan lancar.

1. Jangan tergesa-gesa tandatangan dokumen daripada tow truck (penunda kenderaan)
Selepas kemalangan, jangan tergesa-gesa untuk menandatangani sebarang dokumen daripada pemandu penunda kenderaan yang datang ke tempat kejadian.

Ini mungkin kelihatan seperti prosedur biasa, tetapi ada risiko bahawa kereta tidak akan dibawa ke bengkel yang sah atau yang disyorkan oleh pengeluar kereta anda.
Dalam kes Syahrul, isterinya menandatangani dokumen dalam keadaan panik bagi menunda kereta yang baru dibeli kurang satu tahun.


2914960.jpeg

Persetujuan bersama penting sebelum menandatangani sebarang dokumen.

2. Guna program towing oleh pengeluar kereta
Jika mempunyai pilihan, hubungi pusat khidmat pengeluar kereta anda untuk menggunakan perkhidmatan towing yang mereka sediakan.
Dalam kes Syahrul, mereka cuba menghubungi pusat khidmat Honda, tetapi panggilannya tidak dijawab.

Oleh itu, mereka terpaksa berunding dengan pemandu penunda untuk memastikan kereta dibawa ke bengkel yang sah di bawah program Honda.
Penting untuk menegaskan bahawa kereta harus dibawa ke bengkel pilihan anda dan jangan teragak-agak untuk merakam janji yang dibuat oleh pemandu penunda.

3. Elakkan pembayaran pembatalan yang tidak perlu
Jika anda terpaksa membatalkan servis penunda kenderaan yang telah dipersetujui, periksa kos pembatalan.
Dalam situasi Syahrul, bayaran pembatalan adalah RM500, sedangkan kos sebenar dalam invois hanya sekitar RM250.

Jika anda terpaksa membayar, pastikan jumlahnya berpatutan dan merupakan satu keperluan.
Berbeza dengan kes Syahrul apabila kos sebenar untuk menunda kenderaan ke bengkel lain adalah lebih rendah daripada bayaran pembatalan yang dikenakan.


2914982.jpeg

Khidmat tow truck diperlukan sekiranya berlaku sebarang kemalangan.

4. Pertimbangkan kualiti dan kesesuaian bengkel
Tidak semua bengkel menyediakan servis sama, terutama jika anda mempunyai polisi takaful yang meliputi kos pembaikan dengan syarat tertentu.
Untuk kereta baharu atau masih dalam jaminan (warranty), penting untuk memastikan bahawa pembaikan dilakukan dengan alat ganti original dan dilakukan oleh bengkel yang disyorkan.

Ini mungkin mempengaruhi bayaran tuntutan takaful anda dan kualiti pembaikan yang dilakukan.

5. Tuntutan takaful dan proses adjuster
Setelah kemalangan, pastikan anda mengetahui hak dalam proses tuntutan takaful.
Dalam pengalaman Syahrul, walaupun kereta mengalami kerosakan menyeluruh tetapi masih perlu berurusan dengan adjuster takaful untuk mendapatkan cash back (balik tunai).

Jelas Syahrul, penting untuk tidak panik dan mengikuti langkah-langkah yang betul bagi melindungi hak anda selepas kemalangan.
Perkongsian dibuat ini ada bertujuan sebagai menceritakan pengalaman sendiri dan bukanlah memburukkan mana-mana pihak.


sumber - https://www.mstar.com.my/xpose/i-su...as-kemalangan-jangan-sembarangan-sign-dokumen
 
Adjuster ada kaki dengan balai n kedai.
Claim barang bunian pun boleh jalan.
 

Penghuni pernah sertai Al-Arqam - penduduk​

Nor Fazlina Abdul Rahim
[email protected]

Polis Kelantan membuat serbuan di perumahan yang menjadi penempatan keluarga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH) di Kampung Panji, di sini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Polis Kelantan membuat serbuan di perumahan yang menjadi penempatan keluarga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH) di Kampung Panji, di sini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Penduduk di Kampung Panji di sini, maklum tiga kediaman yang diserbu pihak berkuasa hari ini didiami pekerja dan pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang kurang bergaul dengan masyarakat setempat.

"Penduduk tahu tiga rumah itu didiami pekerja dan pengikut GISBH, namun perbuatan mereka tidak pelik sebaliknya hanya kurang bergaul dengan penduduk yang lain," kata penduduk yang enggan dikenali.

Penduduk berusia 50-an turut memaklumkan isteri kedua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH yang turut dibawa polis pagi tadi adalah kakaknya.

"Kakak saya anak keenam daripada 10 adik beradik. Walaupun kami adik beradik namun kami tidak serapat seperti orang lain kerana masing-masing berbeza fahaman.

"Kali terakhir saya berjumpa dengannya dua bulan lalu di Kuala Lumpur. Kami tidak bergaduh namun jarang berjumpa selain dia juga jarang berada di Kelantan.

"Ibu saya juga dijaga olehnya di rumah berkenaan dan ada ketika saya pergi menghantar makanan ibu di rumah berkenaan.

"Kami keluarga memang mengetahui kakak bekerja di syarikat GISBH sejak berkahwin dan sebelum ini menyertai Al-Arqam," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun mereka sudah lama tinggal di kampung terbabit, namun ramai yang tidak mengenali memandangkan mereka kurang bergaul dengan penduduk kampung.

"Ada ketikanya mereka hadir majlis kenduri di kampung, maka ketika itu sajalah kami berjumpa dengan mereka.
"Jadi selain kakak dan ibu, saya tidak tahu siapa lagi yang tinggal di kediaman terbabit," katanya.

Terdahulu, polis Kelantan melakukan serbuan di kediaman keluarga CEO GISBH menerusi Op Global di Kampung Panji, di sini, hari ini.

Operasi bermula jam 6.30 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi itu membabitkan lebih 30 individu termasuk warga emas, kanak-kanak dan bayi diperiksa sebelum dibawa menaiki van polis untuk dihantar ke pusat saringan.
Turut dibawa menaiki van polis untuk saringan adalah isteri kedua kepada CEO Holdings.

Operasi berkenaan turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK).

Serbuan turut merampas pelbagai jenis buku termasuk yang ditanam di tepi sungai berdekatan kediaman terbabit bagi mengelak dirampas atau dikesan pihak berkuasa.

Disiarkan pada: September 21, 2024 @ 1:52pm

GISBH: Rumah jagaan kanak-kanak di Nibong Tebal diserbu​

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]

KENDERAAN pihak berkuasa dilihat keluar dari sebuah rumah jagaan di Nibong Tebal, hari ini. FOTO Zuhainy Zulkiffli.
KENDERAAN pihak berkuasa dilihat keluar dari sebuah rumah jagaan di Nibong Tebal, hari ini. FOTO Zuhainy Zulkiffli.

Seberang Perai: Sebuah rumah jagaan kanak-kanak dipercayai mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) di Bagan Buaya Changkat Nibong Tebal, di sini diserbu pihak berkuasa, pagi tadi.

Tinjauan wartawan di lokasi mendapati perkarangan rumah berkenaan dikawal pihak berkuasa termasuk Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Turut dilihat beberapa individu ditahan dan dibawa masuk ke dalam kenderaan polis manakala beberapa kanak-kanak dan bayi turut dibawa keluar menaiki van.

Kira-kira jam 12.30 tengahari, dua buah jentera MBSP memasuki perkarangan rumah itu dan ia disita sepenuhnya tidak lama kemudian.

Sementara itu penduduk yang mahu dikenali sebagai Din, 60-an berkata, rumah berkenaan menjadi lokasi penduduk kampung belajar silat dan ilmu agama sebelum dipercayai dijadikan 'markas' gerakan Al-Arqam pada 1990-an.

"Selepas Al-Arqam 'tumbang', kami hanya tahu bahawa rumah berkenaan dijadikan rumah kebajikan untuk kanak-kanak," katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, syarikat itu tidak begitu aktif di Pulau Pinang, namun ia sentiasa dalam pemantauan.

Disiarkan pada: September 21, 2024 @ 2:07pm


rilek dulu bro .. nanti operator2 tow truck marah dikait dengan GISB 🤭
 
masa eksiden kat Klang dulu (agak tahun 2006 camgitu).. ada towing datang awal2 pagi tanya nak hantar bengkel, terus kata saya taknak sbb dah call pacik .. pacik saya hantar towing dari Puchong, duit pacik dah kawtim sebab kenalan rapat .. tapi dokumen saya sain dari syarikat insuran ori bukan yang bengkel towing punya ..

kalo sapa2 yang bawak kete selalu pastikan ada nombor towing yang betul2 kenal boleh bincang harga ngan jujusr hantar bengkel yang kita suruh .. kang dia hantar bengkel kenalan dia plak, kete tak bagi keluar ..
 
kalau ambik dengan callman..report hari sama boleh dapat keputusan..kalau urus sendiri 14hari baru dapat keputusan kes..ko rasa macam mana..hahaha
 
den klu keto rosak tgh jln, call takaful ajo, takaful sediakan towing free dtg angkut keto & hantar ke bengkel trusted yg den slalu guno servis keto.
 
Back
Top
Log in Register