BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta rempuh lori bawa tikar

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

CHEE KANG​

KAMPAR - Seorang lelaki maut selepas kereta dinaikinya merempuh belakang sebuah lori tiga tan muatan tikar getah di Kilometer 310.5 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, dalam kejadian jam 5.50 pagi itu, Ooi Chee Kang, 31, duduk di tempat duduk penumpang hadapan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa dan pemandu kereta berusia 33 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Kuala Lumpur.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, kereta jenis Toyota Altis dinaiki melanggar bahagian belakang lori yang berada di lorong kiri jalan.

"Akibat rempuhan itu, penumpang hadapan kereta cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta tidak cedera.

"Kedua-dua mangsa dipercayai berasal dari Ringlet, Cameron Highlands berdasarkan alamat di MyKad mereka," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kong Soon berkata, pemandu lori berusia 46 tahun tidak cedera dan mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk dibedah siasat

"Setakat ini tiada tangkapan dibuat namun polis telah mengambil keterangan pemandu kereta bagi membantu siasatan kes kemalangan tersebut," katanya.
 
Back
Top
Log in Register