BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta pemain import kena pecah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Keadaan kereta Gustavo yang dipecahkan cermin sebelum pencuri bertindak melarikan beg berisi wang tunai RM40,000 ketika di singgah membeli belah di sebuah pasar raya di Gong Badak, semalam. Gambar kecil : Gustavo
< 1 / 1 >
KUALA TERENGGANU – Hasrat pemain import skuad Penyu, Gustavo Lopez untuk membantu keluarganya di Argentina tidak kesampaian apabila wang yang bakal dikirimkan ke negara kelahirannya itu lesap dilarikan pencuri, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 1.30 petang itu, pemain tengah pasukan Terengganu tersebut alami kerugian lebih RM40,000 apabila beg berisi wang tunai hilang dilarikan pencuri setelah pintu kereta miliknya dipecahkan di tempat letak kereta di sebuah pasar raya di Gong Badak, dekat sini.

Menceritakan insiden yang berlaku itu, Gustavo Lopez berkata, dia bersama isterinya, Valeria Soave, 32, dan anak, Bautista berusia 2 tahun singgah di pasar raya itu untuk membeli keperluan rumah dan meletakkan beg di bawah tempat duduk pemandu kenderaannya itu.

Menurutnya, selesai membeli belah di pasar raya itu pada jam 3 petang, dia sekeluarga menuju ke kenderaannya dan mendapati cermin depan sebelah penumpang kereta milik Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pecah.

“Saya lebih terkejut apabila beg yang didalamnya ada RM40,000 itu turut hilang. Saya keluarkan wang ini untuk hantar kepada keluarga di Argentina.

“Selain wang, saya juga hilang jam tangan jenama Armani dan pasport yang berada dalam beg terbabit turut dilarikan pencuri,” katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, pemain berusia 32 berkata, selesai mengeluarkan wang dari sebuah bank di bandar raya ini, dia bersama isteri dan anak singgah ke pasar raya tersebut sebelum pulang ke kediamannya di Tok Jembal Golf Resort, Kuala Nerus.

Katanya, dia percaya mereka yang tidak bertanggungjawab itu (pencuri) sudah mengekorinya dari bank dan mengakui sedih dengan kejadian tersebut.

“Ini insiden pertama yang kami alami, sebelum ini kami hanya tahu kes sebegini di televisyen dan surat khabar, tetapi hari ini (semalam) ia berlaku kepada kami.

“Malah ketika kami tinggal selama empat tahun di Indonesia, perkara seumpama ini tidak pernah berlaku,” katanya.

Sementara itu, bekas pemain tengah Arema Crounos yang beraksi dalam Liga Indonesia berkata, selepas kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Gong Badak pada jam 3.34 petang.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/kereta-pemain-import-kena-pecah-1.399483
 
mcm perli je....4tahun tingl kt indo x penah jadi..duk mesia skjp dah kene rompak...hahha...malaysia masih aman kata aigp
 
“Malah ketika kami tinggal selama empat tahun di Indonesia, perkara seumpama ini tidak pernah berlaku,” katanya.

x pasal2 dia dh bandingkan dgn negara jiran
buat malu malaysia saja la pencuri ni
 
“Malah ketika kami tinggal selama empat tahun di Indonesia, perkara seumpama ini tidak pernah berlaku,” katanya.

x pasal2 dia dh bandingkan dgn negara jiran
buat malu malaysia saja la pencuri ni

kalo tak suka duk kat malaysia, sila keluar dari malaysia

kata seorang menteri sambil makang kepok lekkor
 
dia ikot ckp pak menteri ni...apa2 hal..bandingkan dgn negara jiran
 
Back
Top
Log in Register