BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta kebal Syria bedil Hama

malayneums

Active+ Member
Messages
4,853
Joined
Feb 29, 2008
Messages
4,853
Reaction score
4
Points
25

Kereta kebal Syria bedil Hama

2011/08/02
DAMSYIK: Kereta kebal Syria membedil bandar Hama semalam, sehari selepas 100 orang terbunuh ketika Presiden Bashar al-Assad memuji pasukan tenteranya sebelum mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.

Anggota Majlis Keselamatan berkumpul untuk rundingan berikutan desakan kuasa Eropah untuk mengutuk tindakan keras Assad terhadap protes pihak pembangkang.
Tentera Syria kelmarin membunuh kira-kira 140 orang di seluruh negara, termasuk lebih 100 di Hama, medan kebangkitan Islam pada 1982 yang dihancurkan dengan kira-kira 20,000 nyawa terkorban.
“Sepuluh kereta kebal menembak Dawar Bilal secara rambang,” kata seorang aktivis menerusi telefon. - AFP
sumber

ganas betul Bashar al-Assad ni skrg...
kesian rakyat dia...
 
satu pihak akan dianggap pemberontak/pengganas
satu lagi pihak akan dilabel kuku besi/zalim..
 
makin ganas la org skrg ni
 
bila dunia ni nak aman...asik nak berperang je..
 
Bila orang gilakan kuasa ini la jadinya. Tak mustahil malaysia akan jadi macam ni bila rakyat menentang kezaliman kerajaan.

betol betol betol............contoh dah ada malaysia ikut ja hahahaha
 
Bila orang gilakan kuasa ini la jadinya. Tak mustahil malaysia akan jadi macam ni bila rakyat menentang kezaliman kerajaan.

rakyat yg xbersenjata dilayan mcm penjenayah...
takkan tak nmpk lg sape yg zalim...#:-S
 
satu pihak akan dianggap pemberontak/pengganas
satu lagi pihak akan dilabel kuku besi/zalim..

sebenarnya kita sendiri pun tak tahu siapa yg benar dan siapa yg salah.Pemberontak mmg hanya mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan dan mengambil alaih tampok pemerintahan.Jadi tak semestinya kerajaan itu jahat dan salah, dan tak semestinya pemberontak itu adalah baik dan membela rakyat.Isu2 politik nih mmg akan ada pihak menyokong dan menentang,pro dan contranya.Jalan yg terbaik untuk semua negara limitkan had pemerintahan bg setiap parti iaitu 10thn saja, dengan cara ini kita dapat mengelakan berlakunya pemberontakan rakyat terhadap kerajaan.
 
Sebab itu jalan yang terbaik adalah suasana yang demokratik dan masyarakat yang terbuka.
 
Back
Top
Log in Register