BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta jadi rumah, mana LPM?

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
image.jpg


image.jpg


image.jpg

MELAKA - Seorang wanita bersama lima anaknya terpaksa tinggal di dalam kereta sejak empat bulan lalu apabila usahanya memohon rumah kerajaan menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) sehingga kini masih belum menerima sebarang jawapan

Siti Hajar Saadon, 46, berkata, sebelum ini, terpaksa tinggal menumpang di rumah kenalan dan saudara mara di beberapa lokasi di sekitar Tanjung Kling termasuk pernah menduduki rumah yang disediakan kerajaan negeri di bawah program Rumahku Syurgaku (RKSK)

Menurutnya, impiannya untuk mendapat sebuah rumah yang selesa tidak pernah padam, malah beberapa kali berusaha pergi ke agensi perumahan terbabit untuk bertemu dengan pegawai berkaitan tetapi sehingga kini hasrat itu masih samar

“Jadi terpaksalah saya menjadikan kereta ini sebagai rumah. Kereta inilah menjadi tempat simpanan pakaian, makanan, ada dapur serta ubat-ubatan bila saat diperlukan

“Setiap kali bila hendak mandi, buang air atau menyalin pakaian kami terpaksa mencari tandas awam atau menumpang mana-mana surau. Kami tidur di merata tempat,” katanya ketika ditemui di Tanjung Minyak di sini, semalam

Sementara itu, masalah wanita berkenaan dirujuk Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) negeri Melaka, semalam

Pengarahnya, Amir Hamzah Abdul Aziz berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada LPM bagi mengetahui status permohonnya

“Kami sedia memberikan sokongan permohonan wanita terbabit untuk mendapatkan sebuah rumah menerusi LPM

“Bagaimanapun, sekiranya dia inginkan rumah segera, kita sedia mengusahakan bantuan bayaran deposit bagi mendapatkan sebuah rumah sewa untuknya,” katanya
 
Nafi lambat beri maklum balas

image.jpg

MELAKA - Lembaga Perumahan Melaka (LPM) menafikan pihaknya lambat memberi maklum balas berhubung permohonan pembelian rumah kos rendah daripada seorang wanita yang menjadikan kereta sebagai rumah bersama lima orang anaknya

Unit Pemasaran LPM, Abd Majis Mohd Nasir berkata, permohonan individu itu diterima pihaknya pada 25 Februari lalu, sedangkan LPM akan membincangkan mengenai setiap permohonan sama ada pembelian mahupun penyewaan rumah pada akhir setiap bulan

Beliau bagaimanapun berkata, setiap permohonan selepas 24 hari bulan akan dikumpulkan dan dibawa ke bulan seterusnya iaitu Mac ini dan tidak seharusnya timbul isu mengenai LPM tidak memberikan jawapan kepada borang permohonan tersebut

Menurutnya, LPM akan memproses borang itu hujung bulan ini kerana borang itu dihantar selepas 24 hari bulan, bagaimanapun melihat kepada pendapatan suami isteri berkenaan iaitu sebanyak RM700 sebulan, pihaknya bimbang mereka sukar untuk membuat pembayaran setiap bulan kerana rumah kos rendah berharga RM42,000

“Kita mencadangkan mereka memohon kepada Majlis Agama Islam Melaka (Maim) bagi mendapatkan pembelaan sewajarnya kerana Maim juga ada membeli rumah LPM di Peringgit bagi membantu dan menempatkan golongan asnaf

“Saya juga berharap setiap berita berkaitan permohonan seperti ini merujuk dan menghubungi LPM terlebih dahulu sebelum disiarkan untuk mendapatkan penjelasan lebih tepat,” katanya kepada Sinar Harian di pejabat LPM, semalam

Sementara itu, Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Latipah Omar meminta keluarga terbabit segera ke Jabatan Kebajikan Melaka (JKM) Melaka Tengah

Menurutnya, langkah itu bagi membolehkan bantuan yang sewajarnya dapat disalurkan kepada keluarga tersebut lebih-lebih lagi mempunyai bilangan anak yang ramai

"Kita akan bincang bantuan boleh diberikan selain memberikan pelindungan," katanya ketika dihubungi semalam

Semalam, Sinar Harian menyiarkan laporan Siti Hajar Saadon, 46, yang menjadikan kereta sebagai rumah bersama lima orang anaknya sejak empat bulan lalu

Dia mendakwa usahanya untuk memohon rumah kerajaan menerusi LPM sehingga kini masih belum menerima sebarang jawapan

da la 4 org anak makcik nie perempuan...moga d permudah segala urusan, amin
 
da la 4 org anak makcik nie perempuan...moga d permudah segala urusan, amin

syukran kalau duduk di Selangor... mohon zakat mudah, ada member zakat selangor tanggung sewa rumah... sekali lansum 6 bulan sekali..
 
nak bagi bantuan
jabatan ni ke rujuk dulu jabatan sana
lembaga ni ke tunggu laporan lembaga sana

itulah denyut nadi rakyat yg dicanang2kan
 
Back
Top
Log in Register