BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta berapi di stesen minyak

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Miri: Sepasang kekasih berdepan detik cemas yang hampir meragut nyawa mereka apabila kereta mereka naiki tiba-tiba terbakar ketika berhenti mengisi minyak di Pujut 7, di sini, malam kelmarin.

Mangsa, Merbin Angko, 28, dari Tudan di sini, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama teman wanitanya berhenti di sebuah stesen minyak untuk mengisi petrol sebelum dikejutkan dengan kepulan asap yang keluar dari bahagian depan kereta Proton Persona miliknya pada jam 10 malam.


Katanya, dia dalam perjalanan dari pusat bandar raya menuju Senadin untuk menghantar teman wanitanya pulang ke rumah selepas makan malam sebelum singgah di stesen minyak terbabit.


“Ketika memandu saya terhidu bau petrol namun tidak menyangka ia masalah besar kerana kereta ini baru dibeli dua tahun lalu dan tidak pernah rosak.


“Sebaik tiba di stesen minyak, saya terkejut apabila melihat kepulan asap keluar daripada bahagian enjin dan mengarahkan teman wanita keluar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Katanya, beberapa pekerja stesen minyak yang ternampak kepulan asap serta api keluar dari bahagian bawah enjin menjerit memintanya beredar kerana bimbang berlaku letupan.

Angko mendakwa, dia tidak melakukan pengubahsuaian terhadap enjin kereta itu.


Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng berkata, sebuah jentera bersama sepasukan anggota dikerahkan ke tempat kejadian, namun mendapati api berjaya dipadam awal oleh pekerja stesen minyak berkenaan.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Keretaberapidistesenminyak/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register