BTC USD 83,089.9 Gold USD 4,164.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta api terbakar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_gal3


KUALA LUMPUR: Seorang pemandu kereta api barang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang membawa muatan simen sempat menyelamatkan diri apabila menyedari enjin lokomotif itu terbakar ketika melalui kawasan Bangsar menuju KL Sentral, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, pemandu terbabit yang terkejut selepas melihat percikan api di bahagian enjin kereta api terbabit bertindak menghentikannya sebelum keluar dan menghubungi bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian terbabit pada jam 10.32 malam dan terus mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dan Hang Tuah ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pihaknya berjaya mengawal api di bahagian enjin kereta api terbabit pada jam 10.54 malam dan berjaya memadam api secara keseluruhannya 19 minit kemudian.

“Hasil pemeriksaan kita mendapati punca kebakaran disebabkan berlaku kerosakan di bahagian enjin sehingga menyebabkan ia terbakar.


“Sebanyak dua jentera bomba terbabit dalam operasi ini dibantu dua Unit Motosikal Gerak Cepat (RIM) dan sebuah 'water tanker' membabitkan 22 anggota pelbagai pangkat,” katanya.

Azizan berkata, unit siasatan forensik juga telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian terbabit.




sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Keretaapiterbakar//Article
 
Alhamdulillah tiada berlaku kemalangan jiwa.....keretapi nih dah lama sgt pun........
 
takpe boleh claim insurans nanti
kira syukur la takde kemalangan jiwa
 
kepala keretapi ni ntah dari zaman bila agaknye
 
Alhamdulillah tiada berlaku kemalangan jiwa.....keretapi nih dah lama sgt pun........
Lokomotif ini dibeli oleh Kerajaan Malaysia daripada syarikat Dalian yang berpangkalan di China dengan tukaran minyak sawit PAda tahun 2005. Pada beberapa tahun permulaannya, lokomotif ini sering menghadapi pelbagai masalah, sehinggakan hanya lima daripada 20 lokomotif berfungsi. Walau bagaimanapun, setelah proses overhaul dilakukan, akhirnya lokomotif Dalian Class 29 ini kembali berfungsi. Berkeupayaan membawa beban melebihi 2000 tan, lokomotif ini kini selalunya digunakan untuk mengangkut keretapi barang ataupun penumpang tren shuttle ke Ipoh / KL sentral.

CGX1059030195.jpg


baru beli dah kena overhaul...? ish...ish..ish....
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register