BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta api lingkaran luar K. Lumpu

Sony_Boy

Super Active Member
Messages
7,288
Joined
Jun 20, 2007
Messages
7,288
Reaction score
173
Points
73
Oleh NIZAM YATIM - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 17 April – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina landasan kereta api di pinggir bandar yang mengelilingi Kuala Lumpur bagi mengelak kesesakan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat berkata, projek ‘khidmat rel lingkaran luar’ sejauh antara 60 dan 70 kilometer itu akan dibangunkan mengikut konsep yang terdapat di Jepun dan United Kingdom (UK).

“Khidmat rel komuter secara bertingkat ini adalah bagi membolehkan mereka yang menetap di pinggir bandar seperti Rawang di sebelah utara tidak perlu lagi masuk ke pusat bandar untuk ke Seremban di selatan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat KTMB di sini hari ini.

Khidmat rel dengan landasan bertingkat mengelilingi bandar di Jepun melibatkan laluan Yamanote melalui kawasan perniagaan seperti Shinjuku, Tokyo dan Akihabara manakala di UK adalah di bawah tanah sejauh 408 kilometer mengelilingi bandar London.

Tee Keat berkata, cadangan itu melibatkan laluan Sentul-Kepong atau Sungai Buloh-Kelana Jaya - Batu Tiga - Sri Petaling - Bandar Tasik Selatan - Cheras - Ampang - Terminal Putra di Gombak - Sentul Timur - Batu Caves - Sentul.

“Landasan ini akan bersambung dengan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Putra di Stesen Kelana Jaya dan Terminal Putra, LRT Star di Stesen Sri Petaling dan Ampang dan perkhidmatan KTMB di Stesen Batu Tiga, Bandar Tasik Selatan dan Sentul.

‘‘Kos dan tempoh siap belum dapat diputuskan lagi kerana cadangan ini masih di peringkat penelitian oleh kementerian kerana ia baru diserah semula beberapa hari sebelum barisan Kabinet diumumkan,’’ jelasnya.

Cadangan itu pernah dikemukakan KTMB pada tahun 2004 tetapi tiada sebarang keputusan dibuat oleh kerajaan.

Beliau berkata, cadangan projek itu juga perlu dibawa kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perkhidmatan Awam untuk kelulusan.

Mengenai perkhidmatan kereta api komuter dari KL Sentral ke Ipoh, beliau berkata, ia hanya akan beroperasi pada tahun 2010 kerana KTMB masih menunggu koc baru disiapkan oleh syarikat pengeluar.

“Berikutan landasan berkembar telah siap, maka KTMB telah menambah kekerapan tren antara bandar, Ekspres Rakyat dari Kuala Lumpur ke stesen-stesen di utara tanah air,” katanya.

skang punyer servis pung macam *****, nak buat projek baru.. nak ikut style luar negara konon..
 
yamanote tu aku selalu naik masa study dulu..mmg bagus sbb nak gi mana2 senang...sampai stesen lain leh tukar ke ketapi lain plak ikut destinasi kita nak pergi..

bagi aku lrt skang ni oklah..not bad service dia..cuma kalau peak hour tu peak la..patut leh tambah lagi bilangan gerabak per train tu.. takde la teruk sgt..yerlah kat sini nak main himpit2 kang lain mcm ..kalau kat jepang tu.. siap ade org keje utk tolak manusia masuk dlm train..bukan aper..biler dah penuh susah nak tutup pintu..diorang ni la tolong penyekkan org ..keke
 
ada duit ka nak buat semua tu.. habis la tanah org kg..
 
ada duit ka nak buat semua tu.. habis la tanah org kg..

ha ni la bisnes beb..commission tinggi. beli tanah murah, jual mahal kat gomen plak..org tgh gak untung..:)) pastu ade la kisah nye nak import TECHNOLOGY jepun la..itu la..ini la..duit lagi..commission....
 
Back
Top
Log in Register