BTC USD 81,905.1 Gold USD 4,141.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta api berlanggar, 290 cedera

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
lu_01.1.jpg

Pasukan menyelamat memindahkan penumpang-penumpang yang terselamat dari kereta api yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi kereta api laluan bawah tanah di tengah Shanghai, semalam. - AFP

SHANGHAI 27 Sept. - Lebih 270 penumpang cedera dan 20 dilaporkan cedera parah, apabila dua buah kereta api laluan bawah tanah bertembung di tengah Shanghai hari ini.

Agesi berita tempatan melaporkan, kemalangan berlaku pada pukul 2.10 tengah hari waktu Malaysia berpunca daripada kegagalan memberi isyarat.

Tiada kematian dilaporkan.

"Dua buah kereta api bertembung berhampiran stesen Yu Yuan di tengah Shanghai akibat kegagalan memberi isyarat dan operasi perkhidmatan antara stesen Hongqiao dan stesen Tiantonglu ditangguhkan buat sementara waktu,'' jelas kenyataan syarikat kereta api Shanghai Metro menerusi laman webnya.

Pihak keselamatan dikerah menjalankan operasi menyelamat.

Ini merupakan kemalangan kereta api kedua di negara ini selepas insiden pelanggaran kereta api di timur bandar Wenzhou pada Julai lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 40 penumpang yang disifatkan sebagai kemalangan kereta api paling buruk pada tahun ini. - AFP/REUTERS
 
byk plak kes keretapi eksiden kat china ni.. hurmm..
 
baru2 nie yg terpantas nyer pon dah lingkup....
 
takda kot rasanya..


hmm.. tp bukan KTMB order coach baru ke dari china? Adess...

mintak simpang ler ..jangan jadi ape2..jangan kerana nak jimat kos nyer pasal...nyawa melayang..bayonyer sama jugak..silap2 lebih mahal drpd biasa plak..:((:((
 
Back
Top
Log in Register