BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerat mayat lepas curi

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
22hmfelow2.jpg_1492816249.jpg


Bangkok: Seorang lelaki warga Sepanyol dihukum mati oleh sebuah mahkamah di sini semalam selepas didapati bersalah membunuh sebelum mengerat dan membuang mayat rakan senegaranya.

Artur Segarra didapati bersalah atas tuduhan merancang pembunuhan David Bernat, 40, dan mencuri wang mangsa.

Sebahagian anggota badan mangsa yang dipotong ditemui di Sungai Chao Phraya di sini pada Februari lalu, manakala kesan darah dan DNA ditemui di apartmen Segarra.

Selain itu, polis turut menemui sebuah peti sejuk beku di kediaman Segarra, 38, yang dipercayai digunakan untuk menyimpan mayat ahli perniagaan berkenaan.

Sebuah buku yang mengandungi arahan cara-cara memotong mayat juga ditemui di kediaman itu.

Segarra tenang sepanjang hakim membacakan keputusan berkenaan yang diterjemahkan kepadanya oleh seorang penterjemah ke dalam bahasa Sepanyol.

Peguam Segarra berkata, anak guamnya itu mengaku tidak bersalah dan akan merayu keputusan berkenaan.

Penyiasat percaya Segarra mengurung Bernat dan menyeksa lelaki itu dan memaksa mangsa memindahkan wang ke dalam akaun bank miliknya.

Dia kemudian membunuh lelaki itu dan memotong mayat mangsa kepada beberapa bahagian untuk menyembunyikan jenayah berkenaan.

Segarra didakwa mencuri wang mangsa hampir 80,000 baht (RM10,233) tetapi polis percaya lebih banyak wang yang dicuri lelaki itu.

Lelaki terbabit melarikan diri tetapi berjaya ditangkap di Kemboja sebelum dihantar semula ke Thailand pada Februari tahun lalu untuk dibicarakan.

Walaupun Thailand mempunyai hukuman mati, ia sangat jarang dilaksanakan di negara itu.

HMTERO


SORI YE KALO ASTROK|
 
dia seksa dan paksa mangsa memindahkan wang ke dalam akaun bank miliknya.
pastu bunuh dan potong pulak sbb nak hilangkan bukti. mmg kejam sungguh ni..
 
hanya kerana nilai wang tu nyawa org bagi dia tiada nilai langsung
 
Sungai ke tapak pelupusan sampah..?
 
Kerana duit pun sanggup bunuh kawan atau rakan kongsi bisnes.

Siap beli buku macam mana nak potong mayat.

Dah lama rancang ni.
 
Back
Top
Log in Register