BTC USD 83,591.2 Gold USD 4,179.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerambit dan kapak kecil, senjata Si Bacul?

Adakah menggunakan kerambit / kapak kecil itu perbuatan bacul?


  • Total voters
    0
kerambit.. jgn dibuat main... kene kt perut... terburai tali perut ke luar..

ni kalo kene tahan polis.. jumpa benda ni... mmg kedalam dulu...
 
ada yang lebih bisa dari kerambit.. main elak elak dulu.. cari peluang buh pepper spray.. dah teguling lumur dmata pula lada hitam serbuk..
 
Kerambit adalah senjata dalam seni mempertahankan diri. Kebiasaanya ia digunakan saat-saat kecemasan. Namun demikian, dewasa ini senjata ini digunakan seawal pertarungan telah mengubah persepsi pengamal silat sebagai amalan yang bacul.

Demikian juga kapak kecil yang sering diperdebatkan sebagai pembunuh pesaing seni silat yang kelihatan sudah di ambang kemenangan pertarungan akhirnya tersungkur dek senjata ini.

Bagaimana pendapat anda tentang penggunaan kedua-dua senjata ini dalam prinsip seni silat yang murni.

kerambit adalah asalnya permainan perempuan... kerambit asalnya senjata perempuan.. pendekar dulu apabila dia ingin berlajar, dia akan meninggalkan kerambit pada isterinya.. sambil mengucapkan beberapa patah pantun... aku dah lupa pantun tu.. kerambit akan diselit pada sanggul mereka.

bagi lelaki pula, kerambit dijadikan senjata terakhir untuk mempertahankan diri.

istilah bacul tak boleh dijadikan alasan... sebab adakah perlu seorang pesilat beritahu musuh... "aku nak guna kerambit"..'aku tendang ko' ... 'ha ni sepak layang dari aku'...

tidak!

sebagai seorang pendekar perlu sentiasa bersiap sedia, seluruh panca indera nya mesti hidup.

silat adalah seni bela diri yg penuh muslihat... bukan sahaja kerambit, malah apasaja di sekelilingnya menjadi senjata, termasuk lah air, pasir, ranting..dll...
dan sebagai seorang pendekar mesti bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

semua senjata ada alahnya... dan alah kerambit adalah kain
 
Dalam situasi perang yg sebenar, apa2 senjata pun boleh guna.

Sedang dalam wwe pun boleh guna kerusi, asalkan ref tak nampak.
 
nak bergaduh pun kena pakai undang-undang ke, sekali macam filem labu labi daaa...
 
Back
Top
Log in Register