BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan struktur semula pengedaran gula

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
SHAH ALAM: Kerajaan akan melaksanakan penstrukturan semula kawasan pengedaran gula di seluruh negara mengikut zon tertentu dalam masa terdekat ini yang dijangka dapat menyelesaikan masalah bekalan gula di negara ini selain mengelak rakyat panik.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Tan Lian Hoe, bagaimanapun tidak menyatakan tarikh sebenar pelaksanaan langkah berkenaan.

Katanya, menerusi sistem kawasan pengedaran dibuat mengikut zon, bekalan gula dibekalkan mengikut negeri tempat pengeluar dan pembekal gula beroperasi serta negeri berdekatan, dan bukan ke negeri yang lebih jauh.

Pada masa sama, penjualan gula di luar zon masing-masing akan turut diharamkan.

“Penstrukturan semula kawasan pengedaran gula akan dilakukan berikutan ada pengedar yang beroperasi di Kedah menghantar bekalan gula hingga ke Kuala Lumpur dan ada pengedar di Perak menghantar hingga ke Kuala Lumpur dan Kuantan. Situasi itu menyebabkan tempoh masa bekalan gula sampai ke destinasinya menjadi lama selain kos yang meningkat.

"Ini bukan sebab kekurangan gula tetapi disebabkan perjalanan untuk menghantar bekalan gula terlalu jauh. Apabila ia lambat, rakyat panik dan menganggap bahawa gula tiada dalam pasaran.

“Kita buat mengikut zon dan akan menjimatkan kos pengangkutan dan juga dapat menjimatkan tempoh masa untuk menghantar gula,” katanya selepas melawat pemborong gula di sini hari ini.

Tan berkata, peruncit tidak perlu bimbang kerana kementerian akan memastikan walaupun bertukar pemborong, peruncit tetap mendapat bekalan masing-masing.

“Sekarang mereka (peruncit) perlu menukar pembekal gula untuk menyelesaikan masalah. Kementerian akan mendapatkan semua senarai pembekal dan rangkaian peruncit mereka dan selepas itu baru sistem zon akan dibuat,” katanya.

Tan berkata, langkah itu penting kerana apabila rakyat panik, pengguna akan membeli secara panik dan walaupun banyak bekalan gula dibawa masuk ke dalam pasaran, ia tetap tidak mencukupi.

berita harian online news.
 
haha hari tu kedai tu cakap tak payah cari la, tak jumpa gula.. ada kat paper je huhu..

pastu aku gi kedai sebelah dpat lak sebungkus
 
nak tengok berkesan tak cara ni..............
 
Macam ayat raya tahun lepas jee..
lepas tu bagi up harga gula.. ~X(
 
hmm...naya la supplierr kueh aku...
 
tipu...............

gula memang tak der janganlah nak nyedapkan hati rakyat yang kata gula ada

gula memang takder takder aku ulangi takder

yang ada cuma menteri yang makan gaji buta sampai rakyat tak bergula pun tak tau
 
Back
Top
Log in Register