BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Selangor Haramkan BTN

Sukakulah

Fun Poster
Messages
180
Joined
Nov 6, 2007
Messages
180
Reaction score
0
Points
10
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini memutuskan bahawa semua pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri, kakitangan jabatan Kerajaan Negeri dan pegawai dari anak-anak syarikat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri tidak dibenarkan mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)di sini pada Rabu.

Dr Halimah berkata perkara tersebut dibuat kerana kajian yang telah dijalankan mendapati kursus BTN yang dijalankan mengandungi ‘indoktrinisasi’ Kerajaan Barisan Nasional yang agak rasis dan seolah-olah memecahkan penduduk-penduduk pelbagai bangsa dan agama di negara ini.

Antara IPT yang terlibat adalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Inpens.
 
Bagus tu...aku 2X dah kena BTN nie..memang racist..kakitangan kerajaan sepatutnya diberikan khusus Motivasi kerja dan pasal agama fokus kpd Bahaya dan Dosa rasuah...baru best...hehehe
 
aku xpnah pegi lagi BTN..
xpenah tersenarai..
akak aku plak smpai 3kali kene pegi..
 
BTN...huhu..byk kenangan aku ni...kalu kena denda penat nak mampus....:))
 
memang dah agak dah. pakatan rakyat mesti pancung punye
 
aku sampai 3 kali pegi kursus BTN.
tak berhasil pun brainwash dorg :p
 
aku g btn semata2 nak lulus je. time bab politik aku x amek port. haha
 
Back
Top
Log in Register