BTC USD 83,585.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Negeri Reman

Raja-Raja Pemerintah Negeri Reman bermula tahun 1810

1. Tuan Tok Nik Tok Leh
2. Tuan Nik Ulu
3. Tuan Jagong
4. Tuan Lebeh Long Raya (Raja Muda) – 1899 - 1902
 
Gerik, Perak dinamakan oleh Raja Reman

Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).

Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.

Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.

Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.

Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.

dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum.

batu sempadan ni boleh di temui dalam hutan banding..tertera tulisan 'reman'...
 
baru ku tahu..ingatkan kwsan tu pattani...inilah akibat tak bersatu..siam senang aje tenyeh...
 
mesti ramai yang kene reman dulu..:p..

apa pun buku sejarah kene ditulis semula..
 
Lagi sejarah negeri Reman:

Keberadaan negeri Reman telah bermula semasa pemerintahan Sultan Muhammad bin Raja Bakar (Raja Patani: 1774 – 1785). Sebelum munculnya nama Reman, wilayah itu berada di dalam negeri Jala (Yala/Jalor) dan Legeh. Hasil utama penduduk di kawasan berkenaan ialah pengeksportan kerbau dan lembu disamping hasil bercucuk tanam. Hasil buminya yang terbesar pula ialah biji timah.

Bagi pengurusan perlombongan bijih timah, Raja Patani telah melantik seorang pembesar bernama Tuan Mansur mengawasi aktiviti melombong yang dijalankan oleh Cina-Hakka bernama Tan-Kannanurak. Memandangkan bumi Reman mengandungi paling banyak bijih timah, maka pihak Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu telah berpakat dengan Tan-Kannurak supaya mempengaruhi Tuan Mansur untuk mengisytiharkan pembebasan Reman dari Patani.

Tuan Mansur telah diyakini oleh Tan-Kannurak bahawa Inggeris akan memberikan sokongan sekiranya Reman mendapat tindakan oleh Raja Patani. Tanpa berlengah, Tuan Mansur telah mengisytiharkan Reman adalah sebuah republik yang bebas daripada pengaruh dan sistem beraja. Tujuan pengisytiharan Republik Reman itu adalah untuk melepaskan Reman dari pengaruh mana-mana kesultanan Melayu terutamanya Patani yang pengaruhnya paling kuat pada waktu itu.

Dengan pengisytiharan Reman sebuah sebuah republik dan bebas dari Patani itu menyebabkan kemurkaan Sultan Muhammad bin Raja Bakar. Akibatnya Reman telah diserang oleh Patani selama beberapa bulan. Namun akibat sokongan dan pertolongan dari Cina Hakka dan Inggeris, Reman dapat bertahan dari serangan Raja Patani.

Kesempatan perang Patani-Reman ini telah diambil oleh Siam dengan menyerang Patani. Akhirnya Sultan Muhammad bin Raja Bakar telah syahid mangkat dalam serangan Siam dalam tahun 1785. Patani telah jatuh ke dalam penjajahan Siam buat pertama kali dalam sejarah yang bermula dari kegemilangan Langkasuka sehinggalah bentengnya terakhir iaitu Patani. Dengan kejatuhan Patani itu mengakibatkan negeri-negeri di bawah naugannya termasuklah Kelantan dan Terengganu terpaksa membayar ufti bunga emas kepada Siam.

Dengan kejatuhan Patani itu dalam tahun 1785, Reman telah bebas dari pengaruh Patani dan Tuan Mansur telah mengisytiharkan dirinya sebagai ketua Kerajaan Reman yang pertama. Reman terus memperluaskan wilayahnya dan memasuki Klian Intan di Hulu Perak dan Kroh bagi melombong bijij timah. Pada tahun 1826, Sultan Perak , Sultan Abdullah Muazzam Shah, telah membuat perjanjian persahabatan dengan Kompeni Inggeris di Pulau Pinang. Tidak lama selepas itu, Sultan Perak telah menghantar pasukan tentera di bawah pimpinan Dato’ Seri Lela menyerang orang Remand an akhirnya Klian Intan dan Kroh berjaya ditawan semula oleh tentera Perak.

Kebebasan Reman sebagai republik tidak bertahan lama, apabila Pemberotakan Patani oleh Datuk Pengkalan pada 1808, menyebabkan Siam merangka strategi untuk melemahkan penentangan orang Melayu. Pada tahun 1816, Siam telah menolak dakwaan bahawa Reman adalah negeri yang tiada kaitan dengan Patani. Ini adalah kerana Reman adalah masih di dalam naungan Patani semasa kejatuhan Patani kepada Siam. Bagaimana pun Tuan Mansur dilantik semula apabila Patani dipecahkan kepada 7 buah negeri. Tuan Mansur telah dilantik sebagai Raja Reman dan kekallah Reman diperintah oleh anak cucu Tuan Mansur sehinggalah berakhir kepada Tuan Jagong pada tahun 1902.

Salasilah Raja Reman

1) Tuan Mansur (1785/1816 – 18xx)
2) Tuan Kundur / Tuan Tok Nik Tok Leh bin Tuan Mansur (18xx- 18xx)
3) Tuan Timun / Tuan Nik Ulu bin Tuan Kundur (18xx – 18xx)
4) Tuan Abdul Kandis / Tuan Jagong bin Tuan Kundur (18xx – 1902)
5) Tuan Lebeh (Raja Muda Reman) bin Tuan Kandis


sumber dari sini: http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=470926
 
Last edited:
org melayu dr dulu sampai skrg sentiasa gaduh sesana sendiri...
xkan ade bersatunye...
phd sgt tinggi...
xfikir panjang...
senang dihasut...
gila kuasa dan harta...
xde beza pn dgn org melayu masa kini...
sejarah membuktikan segalannye...
 
Back
Top
Log in Register