hj_maikel
CG Top Poster Club

- Messages
- 29,952
- Joined
- May 19, 2010
- Messages
- 29,952
- Reaction score
- 2,471
- Points
- 251
nah bincangkan... 
------------------------------------
antara punca thread dibuat..
mung jange lupo abe.... kawe doh buko threak ni...
salah satu klu yg baik...
--------------------------------------------------------------
antara purpose thread
------------------------------------------------------------
Jawapan salah seorang forumer
------------------------------------------------------------------
ATAS PAGAR
bg org atas pagar dan penyokong nya nmpak dgn jelas dan sedar...
dan satu lagi biar mereka berasa tanggungjawab terhadap apa yg berlaku peristiwa dibulan ramadhan ini bukan dengan memintak org lain yg bertanggungjawab bg mereka..
dia yg pilih dia yang sokong bila jadi hal ttg agama suruh org lain protes bangun... al mangkuk hayun jenis apa ini...
-------------------------------------------------------------------
Soalan yg belum terjawab
------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------
sembang-sembang
------------------------------------
antara punca thread dibuat..
mcm ini lah.. aku malas nk debat pnjang2 tapi aku cuma nk tnya nkau satu soalan shj...
kerajaan yg ko pilih yg diangkat jd champion of the world tu beragama apa..?
aikkk ni bleh panjang ni encik. Bukak thread lain jer dalam section politik boleh kupas2
P/S: Kurang 2 jam lagi dah nak berbuka![]()
mung jange lupo abe.... kawe doh buko threak ni...
A government is the system by which a state or community is governed.
Dalam bidang sains sosial, istilah kerajaan atau pemerintahan merujuk kepada para penggubal undang-undang, pentadbir, dan penimbang tara dalam birokrasi pentadbiran yang menguasai sesebuah negara pada sesuatu waktu yang tertentu, serta juga kepada sistem pemerintahan yang digunakan untuk mengendalikannya.
salah satu klu yg baik...
--------------------------------------------------------------
antara purpose thread
kenapa aku bangkitkan thread ni...?
sbb aku sedih dlm bulan ramadhan ni mcm2 isu tentang agama kluar..
1) kes penentuan agama anak kpd muaalaf riduan tee.
2) kes alvin dan vivian
3) kes ratu cantik
4) kes mufti perak dgn syiah
ni nak bg tau, sila bertanggungjwb pada yg memilih kerajaan tersebut sbb bknnya korang tak tau kerjaan kita ni mcm mana pendiriannya terhadap agama..
------------------------------------------------------------
Jawapan salah seorang forumer
dah sah-sah kerajaan sekular nak tanya agama apa lagi?
Sekular tu maksudnya takde agamalah
Bagi saya, dalam Perlambagaan termaktub agama rasmi dalam Malaysia ialah AGAMA ISLAM. Maka tampuk Kerajaan malaysia berlandaskan undang2 dan syariat Islam dalam mentadbir negara.*
Atau kita ni didalam Kerajaan Islam Sekular....
nk tau negara itu islam atau tidak lihat pada perkara tunjang utamanya.. iaitu undang2 dan sistem pemerintahannya..
malaysia ada 2 jenis undang2 iaitu civil dan juga shariah.. undang2 negara kita bercampur2 maka sesuailah dgn sistem sekular nya.. dan lagi malanngnya undang shariah hnya terpakai pada kes2 tertentu shj spt sistem kekeluargaan islam.. jika melibatkan jenayah atau kes2 yg berat maka perkara akan dirujuk kpd undang2 civil..
pada sistem pentadbiran pulak memang secara terang copy paste dari sistem bukan islam dimana nama islam diguna pada luarnya shj ttpi dlmnya pula tidak menampakkan islamnya..
Salam...
Aku mulakan dengan..
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
(Q.S. Ali Imran [3]: 26)
“Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
(Q.S. Al-Mulk [67]: 1)
Maka pada ayat di atas, Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengajarkan kepada manusia dengan ungkapan penuh ta’dzim tentang kekuasaan. Dilihat dari segi kata-kata, ayat di atas bernuansakan doa; dari segi makna merupakan pengharapan; dari segi isi merupakan sentuhan halus pada perasaan manusia agar tidak berambisi kepada kekuasaan; dari segi ‘kauniyah’ menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah dalam mengatur alam raya ini dan manusia hanya bagian kecil dari bagian alam raya yang Mahaluas ini.
Jika menurut Kamus DBP/Wikipedia..
TAKRIFAN PEMIMPIN
Pemimpin akan menentukan hala tuju dan jatuh bangun masyarakat itu. Dia bukan sahaja bertanggungjawab untuk memastikan setiap anggota masyarakat mendapat gambaran yang jelas terhadap setiap polisi, arahan dan tugas tetapi juga memastikan setiap arahan dan tugas berkenaan dipatuhi dan dituruti oleh anak buahnya.
Pemimpin juga memegang satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan ditegah supaya dapat mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu, adil dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap kebajikan kelompok di bawah kepemimpinan mereka. Ilmu dan kefahaman perlu ada pada seorang pemimpin. Ilmu dan kefahaman ini akan memeliharanya dari pada membuat keputusan yang bercanggah dengan syariah.
TAKRIFAN KEPEMIMPINAN
Kepemimpinan telah menjadi objek kajian sejak permulaan abad ini. Pada hari ini, terdapat berbagai definisi untuk kepemimpinan efektif hasil daripada penyelidikan empirikal. Berikut adalah beberapa definisi kepemimpinan:
a) Kepemimpinan ialah mempengaruh, membimbing pengikut ke satu arah, haluan, tindakan dan pendapat.
b) Kepemimpinan ialah proses untuk mempengaruhi aktiviti satu kumpulan ke arah mencapai satu matlamat.
c) Kepemimpinan ialah interaksi dua hala antara seorang pemimpin dengan setiap subordinatnya.
d) Kepemimpinan ialah menambah pengaruh ke atas suibordinat supaya mereka mematuhi peraturan dan arahan organisasi.
e) Kepemimpinan ialah pengaruh yang efektif.
f) Kepemimpinan ialah mengguna kuasa yang tidak dapat dielakkan untuk mempengaruhi fikiran dan tindakan orang lain.
Menurut Islam...
Dalam Islam pemimpin disebut dengan Khalifah. Khalifah (Ar.: Khaliifah adalah wakil, pengganti atau duta). Sedangkan secara istilah Khaliifah adalah orang yang bertugas menegakkan syariat Allah SWT, memimpin kaum muslimin untuk menyempurnakan penyebaran syariat Islam dan memberlakukan kepada seluruh kaum muslimin secara wajib, sebagai pengganti kepemimpinan Rasulullah SAW .
Dari pengertian diatas jelas bahwa pemimpin menurut pandangan Islam tidak hanya menjalankan roda pemerintahan begitu saja namun seorang pemimpin harus mewajibkan kepada rakyatnya untuk melaksanakan apa saja yang terdapat dalam syariat Islam walaupun bukan beragama Islam. Serta mempengaruhi rakyatnya untuk selalu mengikuti apa yang menjadi arahan dari seorang pemempin.
- Seorang pemimpin harus memiliki sifat STAF, yaitu :
- Shidiq (selalu berkata dan berikap jujur dan benar)
- Tabligh (accountable dan auditable)
- Amanah (credible dan capable)
- Fathanah (smart dan visioner)
Kita Masuk lebih dalam...
Benarkah Malaysia Negara Islam...
Rujuk SINI..Apa yang kita semua faham dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Malaysia, mengandungi 181 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Perlembagaan Malaysia telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Commision Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. Adakah Perlembagaan Malaysia boleh dipinda. Jawapannya, YA, boleh! Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti 2/3 bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di Parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, Perlembagaan Malaysia telah dipinda 42 kali selama 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan indidvidu adalah pada sekitar 650. Apabila ditanya sekiranya "semangat dokumen sebenar telah dicairkan", beliau menjawab "memang tidak syak lagi." Perlembagaan Malaysia dibahagikan kepada 13 bahagian yang mana setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.
Walaubagaimanapun, secara langsung hanya ada beberapa peruntukan sahaja yang menyentuh tentang Islam dan umat Islam, terutamanya Perkara 3(1), 11,12(2), 121(1A) dan juga Jadual Kesembilan. Peruntukan-peruntukan lain yang perlu diambilkira termasuklah Perkara 10(4), Perkara 150(6A) dan 159(5).
Perkara 3(1) mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama persekutuan. Ini menarik kerana ia seolah-olah memberi isyarat bahawa Persekutuan Malaysia mempunyai agama dan dengan demikian negara mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan Islam. Turut menarik untuk disebutkan ialah sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong - yang meskipun tidak diberikan kedudukan sebagai ketua agama persekutuan - yang diberi tanggung jawab melaksanakan Islam.
Peruntukan mengenai kebebasan beragama di bawah Perkara 11 jelas sempit dan meletakkan Islam sebagai faktor penting. Ini jelas jika kita lihat fasal (4) yang membataskan ruang lingkup kebebasan agama-agama lain. Batasan ini jelas tidak dikenakan kepada Islam. Perkara 12(2) memberi kebenaran kepada penggunaan wang awam di dalam pelaksanaan Islam. Sementara itu Perkara 121(1A) melindungi kedudukan dan bidangkuasa mahkamah syariah dari mahkamah sivil. Jadual Kesembilan umumnya menyediakan asas bagi pelaksanaan sebahagian daripada tuntutan Islam; sama ada yang disebut dengan jelas atau pun di bawah prinsip siasah syari 'iyyah.
Tiga peruntukan yang dinyatakan di atas -10(4), 150(6A) dan 159(5) - memberi perlindungan kepada Islam kerana melalui peruntukan-peruntukan ini Islam tidak boleh digantung atau dimansuhkan, baik melalui pindaan biasa atau pun melalui darurat. Islam juga tidak boleh dibincangkan secara sewenang-wenang atas nama kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun secara umumnya setiap peruntukan perlembagaan berdiri sendiri ruang lingkup dan kesannya perlu diteliti dengan melihatnya secara keseluruhan; ia tidak boleh dilihat secara serpihan. Ini kerana perlembagaan adalah sebuah dokumen yang perlu dilihat secara total. Dengan demikian meskipun setiap peruntukan secara umumnya berdiri sendiri ia tidak boleh dibaca secara bersendirian.
Untuk Perlembagaan Persekutuan
Dari Sisi Sejarah Perlembagaan Reid
Perlembagaan Persekutuan yang kita miliki sekarang digubal oleh satu Suruhanjaya yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid dari United Kingdom dengan ahli-ahli lain terdiri dari Sir Iver Jeannings dari United Kingdom, Justice Abdul Hamid dari Pakistan, Sir William McKell dari Australia dan B Malik dari India.
Pada asalnya, peruntukan Islam sebagai agama negara tidak terdapat dalam draf awal Perlembagaan. Hanya Justice Abdul Hamid dari Pakistan membangkitkan persoalan itu dalam lampiran laporan Suruhanjaya itu. Selepas itu, Parti Perikatan mencadangkan supaya satu peruntukan mengenai agama Islam sebagai agama Persekutuan dimasukkan dalam Perlembagaan tanpa sedikit pun menyisihkan hak bukan Islam dalam menganut, mengamal dan menyebar agama mereka.
Memang benar Suruhanjaya ini ada menyatakan bahawa peruntukan ini tidak sama sekali mengetepikan status Malaysia sebagai sebuah negara sekular tetapi ia sama sekali tidak wujud dalam draf akhir Perlembagaan itu sendiri. Pihak Raja-raja pada awalnya agak keberatan menerima peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, bimbang baki kuasa yang ada dalam tangan mereka iaitu agama Islam dan adat Melayu akan diserahkan kepada Kerajaan Pusat. Akhirnya, setelah Perikatan meyakinkan kedudukan sebenar, Raja-raja Melayu bersetuju menerima kemasukan peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman ada menjelaskan dalam satu sesi Parlimen bahawa negara ini bukanlah sebuah negara Islam dan peruntukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan hanyalah untuk tujuan rasmi negara,
Mungkin ada sesetengah peguam dan pengamal undang-undang yang mengatakan bahawa kes Che Omar Che Soh lawan Pendakwa Raya [1988] 2 MLJ 55 mengiakan bahawa Malaysia bukan negara Islam dan ini mengesahkan bahawa negara ini adalah negara sekular. Ini kerana Hakim Tuan Salleh Abbas (ketika itu) berpendapat bahawa agama Islam bukanlah hanya peribadatan khusus tetapi meliputi satu cara hidup yang merangkumi pelbagai aktiviti kehidupan sama ada dalam bentuk individu mahupun kemasyarakatan seperti undang-undang, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral dan kehakiman, namun peruntukan Perkara 3(1) hanyalah bersifat peribadatan dan upacara rasmi sahaja.
Tetapi menurut Prof. Dr.Aziz Bari, keputusan kes ini sebenarnya tidak mencerminkan kedudukan sebenar Islam seperti mana yang dibuat dalam Laporan Suruhanjaya Reid dan Kertas Putih. Keputusan Che Omar tidak boleh sama sekali mempertikaikan perihal kesahihan undang-undang. Ia hanyalah mengehadkan amalan agama Islam seperti mana yang termaktub
Muzakarah:
Malaysia negara Islam walaupun tidak penuhi semua kriteria
Sah Malaysia sebuah negara Islam
Ya..
Dalam Perlembagaan yang dicipta oleh Commission Reid ini..
PERKARA 3. U
AGAMA BAGI PERSEKUTUAN.
(1) Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Tetapi yang Menghadkannya adalah..
PERKARA 4. UNDANG-UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN.
(1) Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.
Setiap apa jua Undang Undang yang syariah yg dilaksanakan bertentangan dengan undang undang sivil sedia ada adalah terbatal.. Maka dengan ini Amalan dan Hukum Syariah terhad dalam untuk perlaksanaan..
Ini jelas menunjukan Islam Bukanlah Yang Tertinggi Dalam Malaysia..
Para Pemimpin Di Malaysia..
Saya Bagi definisi.. Anda Nilaikan..
Pemimpin Islam Liberal
Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri,merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam.
Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai “1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas. 2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).”
Pertama adalah mereka yang merasa putus asa secara keseluruhan dan duduk diam menerimanya sebagai satu ketentuan yang sememangnya merendah dan memundurkan mereka.
Kedua adalah mereka berpendapat agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Justeru untuk menjadi umat yang berkuasa dan maju, Islam perlu dipisahkan daripada kehidupan harian. Formula pemisahan ini yang digelar sekularisme terbukti berkesan mengingatkan bahawa semua negara Barat yang berkuasa lagi maju mempraktikkannya.
Ketiga adalah mereka yang juga berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Namun untuk menyelesaikan faktor penghalang ini, mereka berpendapat caranya ialah membuka dan membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya yang sekian lama telah menjadi pegangan umat. Kelemahan dan kemunduran umat Islam dianggap berpunca daripada belenggu kejumudan umat dalam menafsir dan mempraktikkan agama Islam. Kumpulan ketiga inilah yang digelar sebagai aliran Islam Liberal.
Kelompok terakhir adalah mereka yang mengakui akan hakikat kelemahan dan kemunduran yang dialami umat. Namun hakikat ini tidak mereka persalahkan kepada agama atau selainnya kecuali terhadap diri mereka sendiri dan umat Islam seluruhnya yang telah leka daripada berpegang dan mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu untuk kembali kuat dan maju, umat Islam perlu mempelajari, memahami dan mempraktikkan semula secara sepenuhnya ajaran Islam yang asli lagi tulen. Formula ‘Islam Sekular’ atau ‘Islam Liberal’ tidak menjadi pilihan kelompok keempat ini kerana ia bukan cara untuk mencapai kekuatan dan kejayaan yang sebenarnya. Kekuatan dan kejayaan yang sebenar hendaklah diukur dengan necara wahyu Illahi yakni Islam yang berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan neraca peradaban Barat yang berteraskan materialisme dan hawa nafsu. Golongan keempat inilah yang benar. Insya-Allah dengan kesungguhan mereka, kekuatan dan kejayaan akan kembali ke tangan umat Islam.
Pemimpin Islam Sekular
Seorang Muslim sekular selalunya lebih cenderung kepada demokrasi sekular moden dan memisahkan agama dan negara, dan ini bertentangan dengan fahaman Islam sebagai gerakan politik. Seorang Muslim sekular biasanya masih mengamalkan Islam secara peribadi tetapi tidak bersetuju penguatkuasaan undang-udang Syariah dalam masyarakat. Terdapat banyak bangsa dan negara yang sekular walaupun tinggal di sebuah negara Islam, atau sebaliknya (negara sekular dengan penduduk Muslim yang alim).
Sekularisme berasaskan pemisahan agama dari semua hal-hal duniawi. Sekularisme menolak peraturan syariah dan lebih suka peraturan selain dari syariah. Penyokong sekularisme mendakwa bahawa undang-undang Tuhan sesuai sewaktu ia diwahyukan dan tidak sesuai lagi pada masa kini.
Sekularisme adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama.
Dalam satu segi, sekularisme dapat memberikan hak untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari pengenaan agama kerajaan terhadap rakyat dalam sebuah negara yang berkecuali pada hal ehwal agama.
Dari segi lain, ia merujukkan pada pandangan bahawa aktiviti manusia dan keputusan, khususnya yang berpolitik, harus berasaskan pada bukti dan fakta yang tidak berat sebelah dengan pengaruh keagamaan.
Tidak semua negara sekular secara legal adalah keseluruhannya sekular dalam amalan. Di Perancis, contohnya, banyak hari suci Kristian adalah cuti rasmi untuk pentadbiran awam, dan guru-guru di sekolah Katolik digajikan oleh negara.[3] Di India, kerajaan memberikan subsidy pada airfare untuk umat Islam yang mengamal haji.
Sementara Scotland adalah sebahagian dari United Kingdom Parlimen Scotland mendakwakan Scotland sebuah negara sekular tetapi mengekalkan raja beragama.
Analisis lah..
Kajilah...
Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.
Surah Ibrahim Ayat 3
Kerna Sesungguhnya..
“Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)?”
– Surah Al-Qiyaamah : Ayat 36
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”
– Surah Al-Tin: Ayat 4
------------------------------------------------------------------
ATAS PAGAR
Orang atas pagar ni tak boleh pakai. Dia ikut yang menguntungkan diri sendiri je.
org atas pagar ni lah yg paling tak guna sekali... mereka ni ibarat lalang... boleh lari sana boleh lari sini... bila ada masalaah atau kesilapan tuding terus bertanya dgn lantang...
"mana sipolan2 dulu kata beriya2"
tapi sikit pun tak tnya apa usaha dia... cheh..!!
dah kalau bukan atas pagar nak sokong benda? sokong pas ke sokong meno?
berani dan yakin buat keputusan pilihan antara a atau b tiada antara atau pilih kedua2nya sekali.. itu bukti anda kuat...
dlm hal ni apa yg perlu dibuat adalah sokongan... kalau sokongan pun bolak balik mcm mana matlamat nk tercapai..?
bg org atas pagar dan penyokong nya nmpak dgn jelas dan sedar...
dan satu lagi biar mereka berasa tanggungjawab terhadap apa yg berlaku peristiwa dibulan ramadhan ini bukan dengan memintak org lain yg bertanggungjawab bg mereka..
dia yg pilih dia yang sokong bila jadi hal ttg agama suruh org lain protes bangun... al mangkuk hayun jenis apa ini...
-------------------------------------------------------------------
Soalan yg belum terjawab
soalan:
apakah sekecil2 perkara atau seringan perkara yg mampu kita usahakan selain berdoa utk merealisasikan perkara ini..?![]()
------------------------------------------------------------------
UMNO tu cuma parti politk sahaja...
pemimpin dalam UMNO tu sahaja yang islam..
PAS tu islam ke? PKR tu islam ke? DAP tu islam ke?
ketiga2 parti tu tolak penubuhan negara islam.... hang nak kata apa?
kalau nkau sendiri tidak berani utk berubah utk sekecil2 perkara dgn seringan2 usaha mcm mana ko nk berubah pada perkara yg lagi besar dan seberat2 tugas..???
nk tunggu siapa datang..?
---------------------------------------------------------------------------------
sembang-sembang
bro ahli UMNO...dah mula tindakan?:-?
dah ler bro... seringan2 dan semudah2 tindakan aku menolak pemerintahan skrg atas alasan aku nk mencari yg lagi baik... aku nk cari yg boleh menjaga agama dan pentadbiran yg boleh mentadbir negara bercirikan islamik...
walaupun aku tau pas tidak akan menjalankan hudud serta merta tetapi biar ada usaha.. kalau kelaut juga sama mcm skang aku akan terus usaha aku.. for time being pr is only option yg ada...
fyi, kalau betul2 nak tegakkan islam jln utk berperang atau suffer itu amat tinggi tetapi harapnya kita takdelah smpai ketahap mcm itu tetapi tak mustahil... nak tak nk kena hadapi juga walaupun tak suka...
kalau semua masyarakat muslim boleh bersatu tumbangkan umno why not kita tak boleh tumbang pas kalau pas pun kelaut... yang penting kuasa yg ada diguna secukupnya utk mengajar org yg memimpin supaya jgn leka atau sambil lewa..
sejarah harus dibuat dimana semua rakyat kena berani berubah/berhijrah disitulah baru dapat persepaduan...
ttapi andaikata pihak pemimpin hari ini berpusing 180 dan ada suara utk memimpin berlandaskan alquran dan sunnah maka peluang harus diberikan semula dan perlaksanaan mesti dilakukan...
perkara paling basic adalah umno kena memanggil semua ulamak utk dijadikan rujukan dan nasihat.. itulah sekecil2 usaha utk permulaan..
islam adalah agama yg menjaga semua kaum tanpa mengira bangsa secara tak lansung semua pihak akan terbela... jika ada penentangan wajib diberi penjelasan dan jika masih menentang barulah boleh dijatuh hukum sama ada dia seorang harbi atau munafik atau fasik...
pada waktu ini mcmmana kita nk jatuh hukum kalau islam itu tudak disebar dan didakwahkan pada org ramai..
kita semua ada keluarga, mana yg muslim tak sanggup melihat keluarganya hidup dalam didunia yg gelap dan alpa.. yup kita boleh didik mereka tetapi jika tan bantuan dan sokongan dari pemerintah maka bukan suatu perkara yg mudah sbb semua org boleh mengaku dirinya islam tetapi islam yg macam mana... islam tetapi buat maksiat..? islam tapi tinggal solat..? islam tapi bukak aurat..?? takkan nk ckp mereka tu org bukan islam sedang bila sebut melayu automatik dia islam...
bukan nk kata kita ni baik sgt tetapi kita taknk keturuan teraba2 dlm gelap atau membuat fahama melaui tafsiranya sendiri tanpa berdasarkan ilmu..
so harap bro paham kenapa aku menentang...![]()
macam nie je lah pas dengan umno sekarang dah takde beza .. ape usaha pas sekarang ? pas sekarang bukan macam zaman ustaz fadhil nor . banyak bezanya. presiden sekarang haji hadi tapi tengok timbalan presiden pas. ape yang boleh diharap kan dengan pas. dah jadi sekam dalam padi . pas juga mengikut kata2 dari pihak mendokong sekular mendokong kebebasan beragama. lepaskan pas dari ikatan yg menjerut diri dulu barulah ramai yg percaya kembali dengan pas
punyalah panjang berjela aku menaip rupanya sikit pun tak paham....
bro... islam sekarang ni ibarat tiang yg tumbang... semua org ramai2 tengok tiang tu tapi takder tindakan.. sekadar berbincang bercerita berhujah bertekak memperlekeh tapi buatnya idak.. sentuh tiang tu pun idak.. cubanya tak lagi... cakapnya ajaer banyak..
tak kurang juga ada satu pihak diluar keliling sambil tengok intai2 berkata "bowdoh" org itu.. tiang tu dah tumbang dah tak relevan buat apa nk ditegakkan hanya membuang masa"
skang aku tk nk ckp banyak aku nk korang sentuh tiang tu.. pegang.. mari sama2 angkat.. terangkat atau tidak itu no 2.. yang penting usaha cuba...
belom apa2 lagi dah kluarkan kata2 demoralized... kata nk bersatu moh pegang bersatu pegang tiang itu sama2 pegang dan cuba angkat..
macam mana nak bersatu bro dalam nie pun walaupun dia bukan umno sekalipun bila dia tak memihak pada sebelah pihak terus di cop macai . ada pulak tak iktiraf pun orang umno nie adalah saudara seislam. dikatanya umno nie tak sembahyang puluhan tahun bro ahli2 umno ni dicop kafir. kenapa harapkan kerajaan panggil ulama . kenapa tak ulamak tu sendiru yg datang kepada kerajaan bantu kerajaan nasihat kerajaan bukannye sentiasa pertikaikan ape yg kerajaan buat. bila di ajak bersatu beberapa tahun dulu ada yg ingin meludah pihak tu. bayangkan la betapa hinanya umno nie dimata pihak tu. bila nak bantah benda alah macam filem komunis tu di dalan forum nie pun ada yg memihak pada komunis tu sendiri . macam mana tu ?
bro dah pernah jadi ahli umno ke blom..??
byk bro kena belajar dan tahu... payah saya nk perjelas satu persatu..
bro kena tahu apa istilah maksud munafiq dan fasiq.. (bukan tuduh, tp utk bro punya guidence).
nabi2 sebelum nabi muhammada saw, mereka dah dakwah pada kaum mereka tapi kalau mereka masih ingkar nabi2 tu tinggalkan ajer kaum tu dan biarakn bala menimpa keatas mereka.. berbeza zaman baginda muhammad saw.. baginda tinggalkan juga cuma bala tu tak macam nabi2 sebelumnya... dari mekah ke kita madinah.. bila dah kuat kembali ke mekah balik...
utk kerja mudah senang bro pilih dimana ahli agamanya ramai disitulah bro ikut.. tak yah nk pening2.. ikut shj kemana mereka pergi...
oll_tompock;17905234[COLOR="navy" said:]macam nie lah bro. layak ke kita nie ni nak menilai orang bro. bukan satu tempat aku duduk orang pas ke kedai kopi orang umno jadi imam kat masjid pun ada . orang pas yg sama2 ponteng puasa dengan aku pun ada bro jadi nak cakap mcm mana. modal pas nie cumalah ada nama islam di partinya sahaja. tapi bro sendiri tak dapat nak nilai sape yg benar kat padang mashyar sana kan. nak kata dalam umno takde ahli agama ? ada jugak bro cuma mereka ni tak berserban dan berjubah sahaja..
[/COLOR]
no body perfect... bkn suruh menilai dan menjatuh hukum pada org lain.. suruh berubah utk diri sendiri melakukan perubahan.. tunjukkan kuasa kita sebagai muslim yg mahu islam ditegakkan.. bro nk tunggu smpai bila...?? nk dibiarkan shja... bior lerrr.. lantak lerrr...
tapi bila agama kita dihinjak2 dihina kita bising...
saya rasa mesej saya dah jelas.. selebihnya hak anda.. nabi pun tinggalkan kaumnya... kita pulak terlebih sayang dgn kaumnya mengalahkan nabi...
terfikir cara nabi berdakwah mendekati masyarakatnya, bezanya baginda dakwah kpdorg bukan islam dan mengislamkan mereka dan ditentang oleh org yg jelas kafir...
dlm hal kita pada hari ini pula, agak2 kalau kita cuba bawa islam dlm pemerntahan hari ini adakah kita akan digelar sebagai penentang kerajaan..?
apa pula status org yg bersama kerajaan menentang islam yg cuba ditegakkan especialy yg mengaku islam..?
kalau islam yg cuba ditegakkan ditentang apa pula yg mereka cuba lindungi..??
luaskan akal fikiran mu...![]()
Last edited: