BTC USD 82,505.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

keraguan menziarahi kubur

-RIZUAN-

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,958
Joined
Mar 5, 2008
Messages
20,958
Reaction score
641
Points
161
Hukum Perempuan Menziarahi Kubur
Bagaimana Dengan Perempuan Yang Haidh ?


Salah satu amalan yang sering dilakukan oleh masyarakat kita pada bulan Ramadhan dan pada Hari Raya Fitrah ialah berziarah kubur, sama ada yang diziarahi itu adalah kubur ibu bapa atau kaum kerabat. Berziarah itu pula diisi dengan membaca al-Qur’an yang pahalanya dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia.

Biasanya surah Yassin dan bertahlil merupakan bacaan pilihan masyarakat kita apabila berziarah kubur.

Berziarah kubur pula tidak hanya di bulan Ramadhan atau ketika Hari Raya sahaja, bahkan terdapat sesetengah keluarga yang menjadikannya rutin yang dilakukan seminggu sekali, sebulan sekali atau pada waktu-waktu yang dipersetujui oleh ahli keluarga yang difikirkan boleh berziarah beramai-ramai ke kubur.

Apa yang biasa dilihat, berbagai lapisan golongan ahli keluarga yang bukan sahaja terdiri daripada golongan lelaki dewasa, malahan kanak-kanak lelaki dan golongan perempuan juga
beramai-ramai turut sama berziarah.

Senario golongan perempuan turut serta pergi berziarah ke kubur menimbulkan reaksi sesetengah pihak yang beranggapan bahawa perempuan tidak dibenarkan berziarah kubur, lebih-lebih lagi perempuan yang dalam haidh. Adakah betul anggapan sedemikian?


mari kita baca perkara2 di bawah

Terdapat perbezaan hukum berziarah kubur bagi lelaki dan perempuan.
]1. Hukum berziarah bagi lelaki
Para ulama sepakat mengatakan bahawa sunat bagi lelaki menziarahi kubur orang-orang Islam berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Buraidah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah
Shallalahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya:
“Dahulu aku melarang kamu menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahlah.”



(Hadits riwayat Muslim)
Menurut Imam asy-Syarwani Rahimahullah, ganti nama " كم " (kum) dalam larangan dan juga " زوروا " pada perintah dalam hadis di atas adalah ditujukan kepada kaum lelaki.

Orang-orang yang sunat diziarahi kuburnya itu pula ialah:


I. Kubur kedua ibu bapa, walaupun kubur keduanya bukan di negeri di tempatnya berada.

II. Kubur kaum keluarga terdekat atau sahabat-handai yang pada ketika hidup mereka sunat untuk diziarahi, begitu juga bila mereka meninggal dunia.

III. Kubur orang lain (yang bukan keluarga atau sahabat handai) dengan tujuan berziarah untuk mengingatkan kematian, memohon rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala untuknya atau sebagainya.

2. Hukum berziarah bagi perempuan
Keadaan perempuan berbeza dengan lelaki dari segi emosi dan perasaan. Perasaan mudah tersentuh dengan apa sahaja yang berlaku sering dikaitkan dengan mereka. Apabila seseorang yang dikenali meninggal dunia, lebih-lebih lagi jika orang tersebut adalah seseorang yang disayangi atau terlalu rapat dengannya selalunya membangkitkan perasaan emosi dan ada sesetengahnyatidak dapat membendung perasaan sehingga meraung-raung di depan mayat atau di tanah perekuburan.

Menurut pendapat jumhur ulama, hukum ziarah kubur bagi perempuan adalah makruh kerana ditakuti boleh mengundang fitnah atau ditakuti mereka menangis dengan mengeluarkan suara yang nyaring meratapi kepergian si mati.

Dalil yang menunjukkan bahawa hukum bagi perempuan menziarahi kubur adalah tidak haram berdasarkan beberapa hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam seperti berikut:

1. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu,
katanya:

Maksudnya:
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan melintasi seorang perempuan yang sedang menangis di kubur anaknya, lalu Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bertaqwalah engkau kepada Allah dan bersabarlah.”
(Hadits muttafaq ‘alaih)

Daripada hadits di atas dapat difahami bahawa menziarahi kubur bagi perempuan tidak dilarang. Ini kerana jika perbuatan tersebut dihukumkan haram, sudah tentunyalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegur ataupun melarang perempuan tersebut daripada menziarahi kubur.

2. Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang doa yang boleh dibacanya apabila berziarah ke perkuburan. Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Katakanlah: “Mudah-mudahan Allah limpahkan keselamatan ke atas ahli kubur daripada orang-orang mukmin dan orang-orang Islam dan semoga Allah merahmati orang-orang terdahulu dari kalangan kami dan orang-orang yang terkemudian, dan sesungguhnya sekiranya kami diizinkan oleh Allah kami akan bertemu dengan kamu.”

(Hadits riwayat Muslim)

Hadits di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa tidak haram bagi perempuan berziarah kubur.

Namun perlu diingat, bahawa hukum berziarah kubur bagi perempuan ini bergantung pada tujuan dan keadaannya ketika berziarah. Hukum asalnya adalah makruh sekalipun tujuannya
untuk mengambil iktibar, untuk mengingatkan kepada kematian, alam barzakh dan alam akhirat. Di samping itu, perempuan tersebut dapat menjaga adab kesopanan ketika berziarah, dapat menahan diri dari kesedihan atau dukacita yang bersangatan dan aman dari segala fitnah.
Manakala apabila berlaku tujuan dan keadaan yang sebaliknya, maka hukum makruh tersebut akan bertukar kepada haram.

Menurut setengah ulama, jika tujuannya adalah untuk menimbulkan semula perasaan dukacita dan untuk meratapi si mati, maka adalah haram baginya menziarahi kubur. Begitu juga jika sekiranya perempuan tersebut tidak menjaga adab kesopanannya semasa berziarah, tidak aman dari segala fitnah atau seumpamanya, maka haram baginya menziarahi kubur.

Berbeza pula hukumnya menziarahi kubur Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Hukumnya adalah sunat bagi perempuan dan lelaki. Begitu juga menurut sebahagian ulama, sunat berziarah ke kubur para nabi, para ulama dan aulia.

Hukum Perempan Haidh Berziarah Kubur

Perempuan yang dalam haidh tidak ada halangan untuk berziarah kubur, kerana untuk berziarah kubur tidak disyaratkan suci daripada hadats kecil mahupun besar. Suci daripada hadats merupakan salah satu adab yang disunatkan sahaja kepada orang-orang yang ingin berziarah ke tanah perkuburan.

Oleh yang demikian, perempuan yang dalam haidh berziarah kubur dengan tujuan yang dibenarkan oleh syara‘ serta dapat menjaga adab kesopanan ketika berziarah dihukumkan makruh sebagaimana dengan hukum perempuan yang suci berziarah kubur.

Namun satu hal yang berbeza di antara perempuan yang suci dengan perempuan sedang haidh ketika di tanah perkuburan ialah dari segi keharusan membaca ayat-ayat al-Qur’an untuk si mati. Perlu diingat, perempuan yang dalam haidh haram membaca al- Qur’an walaupun hanya satu ayat daripada al-Qur’an. Maka memadailah baginya berzikir seperti bertahlil, bertasbih dan
sebagainya atau berdoa untuk si mati seperti memohon keampunan dan rahmat atau yang seumpamanya daripada Allah untuk si mati.

Secara umumnya, adab-adab yang perlu dijaga oleh perempuan yang menziarahi kubur sama ada yang dalam keadaan suci mahupun haidh ialah:

(1) Hendaklah dia ditemani oleh suaminya ataupun mahramnya.

(2) Keluar dalam keadaan menutup aurat sepenuhnya sepertimana yang telah digariskan oleh Islam.

(3) Jangan selalu pergi berziarah ke kubur.

(4) Tidak berbual dengan percakapan kosong sebagaimana yang dilarang ke atas kaum lelaki, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Buraidah Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya:
“(Dahulu) aku telah melarang kamu menziarahi kubur, maka (sekarang), siapa yang ingin menziarahi kubur, berziarahlah, dan janganlah kamu bercakap-cakap dengan perkataan yang tidak baik.”
(Hadis riwayat an-Nasa’ie)

Perlu diambil perhatian juga, hukum yang membenarkan perempuan berziarah kubur ini adalah tertakluk bila adanya keizinan daripada suami atau wali. Sekiranya tiada keizinan daripada suami atau wali, tidaklah perempuan itu dibenarkan untuk berziarah kubur.

Kesimpulannya, perempuan yang dalam haidh tidak dilarang menziarahi kubur kerana secara umumnya hukum berziarah bagi perempuan itu adalah makruh dengan ada syarat-syarat yang perlu dijaganya iaitu dari segi tujuan dan adab berziarah. Di samping itu, jika dia turut sama berziarah ke perkuburan bersama ahli keluarga yang lain, dia hendaklah berhati-hati agar tidak turut sama dengan yang lainnya membaca ayat-ayat al-Qur’an seperti Yassin dan yang seumpamanya kerana haram baginya melakukan yang demikian dengan keadaannya di dalam haidh itu.


Sumber : http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2010/bil18-2010.pdf
 
Kesimpulannya, perempuan yang dalam haidh tidak dilarang menziarahi kubur kerana secara umumnya hukum berziarah bagi perempuan itu adalah makruh dengan ada syarat-syarat yang perlu dijaganya iaitu dari segi tujuan dan adab berziarah. Di samping itu, jika dia turut sama berziarah ke perkuburan bersama ahli keluarga yang lain, dia hendaklah berhati-hati agar tidak turut sama dengan yang lainnya membaca ayat-ayat al-Qur’an seperti Yassin dan yang seumpamanya kerana haram baginya melakukan yang demikian dengan keadaannya di dalam haidh itu.

Sumber : http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2010/bil18-2010.pdf

Membaca ayat suci (Yaasin, Fatihah dan lain2) di kubur adalah bidaah - harap maklum...
Janganlah memakai kasut jika ke kubur, kerana berkaki ayam itu mendekatkan kita pada asal usul kita: TANAH
dan janganlah membina binaan di atas kubur macam yang hampir semua orang lakukan... itu juga bidaah dan meniru kafir

Apabila berjalan di dalam kawasan perkuburan hendaklah seseorang itu membuka selipar atau kasutnya. Ini berdasarkan sebuah riwayat di mana Rasulullah s.a.w. pernah melihat seorang lelaki yang berjalan di antara kubur dengan memakai sepasang kasut, lalu baginda menegurnya: “Wahai pemilik kasut al-Sibtiyyah! Celakalah engkau! Lemparkanlah kasut al-Sibtiyyah engkau itu.” Maka lelaki itu menoleh lalu tatkala mengenali yang menegur itu ialah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dia membuka kedua-dua kasutnya itu dan melemparnya.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud).

Di larang memijak kubur-kubur yang berada di kawasan itu ketika berjalan disekitarnya. Jabir r.a menerangkan: “Nabi s.a.w. melarang dari mengkapur kubur, menulis di atasnya, membuat binaan di atasnya dan memijaknya.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi) Menerusi hadis ini juga terdapat larangan-larangan Rasulullah yang semakin tidak di endahkan oleh umat Islam iaitu tidak membuat binaan disekeliling kubur dan tidak menulis nama, doa-doa atau ayat-ayat al-Qur’an di batu nisan mahupun di binaan sekeliling kubur. Imam al-Syafi’i r.h di dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Saya menyukai agar kuburan tidak dibangunkan dan tidak pula dikapur (disimen) kerana perkara ini menyerupai hiasan dan kebanggaan sedangkan kuburan bukanlah perhiasan atau bangunan yang dibanggakan; dan saya tidak melihat kuburan golongan muhajirin dan ansar (iaitu para sahabat Nabi) yang dikapur.”

Rasulullah s.a.w. turut mencela mereka yang bersandar kepada kubur dan duduk di atasnya. ‘Amr bin Hazm al-Anshari r.a menceritakan: “Rasulullah s.a.w. melihat aku bersandar kepada sebuah kubur lalu baginda berkata: “Jangan menyakiti ahli kubur ini.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Rasulullah s.a.w. turut bersabda: “Sungguh, jika seseorang kalian duduk di atas bara api lalu ia membakar pakaiannya sehingga mengenai kulitnya lebih baik baginya dari dia duduk di atas kubur.” (Hadis riwayat Imam Muslim) Betapa ramai umat Islam pada zaman ini yang tidak mematuhi larangan ini terutamanya semasa upacara pengkebumian jenazah di mana kubur-kubur pihak lain dipijak, disandar dan diduduk di atasnya tanpa rasa bersalah.

Tentang amalan kebanyakan umat Islam membaca al-Qur’an sama ada surah Yasin atau yang lainnya di kuburan maka amalan ini tidak sah bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.” (Hadis riwayat Imam Muslim) Hadis ini menunjukkan bahawa kawasan perkuburan bukanlah tempat untuk membaca al-Qur’an sebagaimana rumah. Menerusi hadis ini juga, dapatlah difahami bahawa dilarang menjadikan rumah seperti kuburan yang tidak dibacakan al-Qur’an. Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah di dalam kitabnya Iqtidhaa’ Shirathal Mustaqim: “Daripada (Imam) al-Syafi’i sendiri tidak terdapat perkataan tentang masalah ini. Ini menunjukkan bahawa (baca al-Qur’an di perkuburan) menurut beliau adalah bid’ah. Imam Malik berkata: “Tidak aku dapati seorangpun daripada para sahabat dan tabi’in yang melakukan hal itu.” Amalan menabur bunga, menyiram air atau menanam pokok di atas kuburan juga bukanlah sebahagian dari sunnah Rasulullah s.a.w.
 
Last edited:
Pernah dengar dlm ceramah agama, hari raya pertama tdk digalakkan pergi ke kubur sebab akan mengundang kesedihan, sedangkan kita patut bergembira di atas kemenangan melawan nafsu.
 
Tumpang tanya kpd TT,

1. "Menerusi hadis ini juga, dapatlah difahami bahawa dilarang menjadikan rumah seperti kuburan yang tidak dibacakan al-Qur’an"
Pada fahaman saya drpd keterangan di atas,rumah yg penghuni tak baca Al-Quran, sama seperti kubur yg tak dibaca Al-Quran. Mcm mana kubur yg dibaca Al-Quran? Betul ke fahaman saya ni?
 
Tumpang tanya kpd TT,

1. "Menerusi hadis ini juga, dapatlah difahami bahawa dilarang menjadikan rumah seperti kuburan yang tidak dibacakan al-Qur’an"
Pada fahaman saya drpd keterangan di atas,rumah yg penghuni tak baca Al-Quran, sama seperti kubur yg tak dibaca Al-Quran. Mcm mana kubur yg dibaca Al-Quran? Betul ke fahaman saya ni?

Bump untuk TT
 
Back
Top
Log in Register