BTC USD 81,982.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keputusan Pemilihan UMNO

nampaknya bertambah ramai la pemimpin di kalangan umnoi akan melakukan penghijrahan... umno skarang bukan lg mcm dulu .... terbaru bekas pegawai penerangan umno kelantan dan trengganu Abdul Ghani Abdul kadir menyertai PAS slepas melihat parti PAS tetap konsisten sejak ditubuhkan hingga skarang...... marilah smwa sertai PAS... tegakkan Islam

ya! membangun bersama islam!:)cgrock
 
muhyiddin menang timbalan

Zahid Hamidi, Hishamuddin dan Shafie Apdal mungkin menang Naib Presiden
 
Menang: Muhyiddin, Hisham, Zahid & Shafie
Mar 26, 09 11:44am
kemaskini 10.05pm Keputusan rasmi belum diumumkan. Persaingan bagi jawatan timbalan presiden akhirnya dikuasai Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menewaskan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Keputusan tidak rasmi: Muhyiddin mendapat 1575, Muhammad meraih 916.

Manakala bagi jawatan naib presiden pula, tiga calon yang mendapat undi tertinggi difahamkan: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Keputusan tidak rasmi: Zahid memperolehi 1,592 undi, Hishammuddin (1,515) dan Mohd Shafie (1,445).

Pengundian untuk memilih jawatan tertinggi Umno memakan masa kira-kira tiga jam dan berakhir jam 3 petang ini, melibatkan lebih 2,500 perwakilan.
Ia diadakan tidak lama selepas para perwakilan berhenti rehat mulai jam 11.15 pagi setelah mendengar ucapan dasar presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Lapan orang calon bersaing untuk mengisi tiga kerusi naib presiden, termasuk Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Rais Yatim, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Syed Hamid Syed Jaafar Albar dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Manakala 49 orang lain bertanding untuk 25 kerusi ahli Majlis Tertinggi (MT).

Perwakilan dua bahagian yang akan menghadapi pilihanraya kecil antara 29 Mac hingga April ini diberikan keutamaan untuk membuang undi sebelum pulang ke Bukit Gantang dan Merbok.

Keputusan dijangka diumumkan lewat malam ini.

Proses pengundian disiarkan secara langsung di televisyen litar tertutup di PWTC, tempat berlangsung perhimpunan agung parti sehingga Sabtu ini.

Selain jawatan-jawatan penting itu, turut dipertaruhkan adalah jawatan pengerusi tetap dan timbalannya.

Sesi perbahasan usul oleh para perwakilan dimulakan jam 3.30 petang dan tamat tiga jam kemudian.

http://www.malaysiakini.com/news/101020
 
MalaysiaKini ckp Muhyiddin menang timbalan presiden... :-?:-?
 
Yang aku tau menang, najis ehh ehhh sori najib, muhyidin, zahid,apdal-gagap,si keris (shamudin onn) rasanya diorang ni ler yg menang,

pas ni celebrate la diorang, pastu plan bagi2 kontrak kat sponsor...(yg ni aku andaikan saja) sebenarnya diorang sujud syukur, buat Qiamullail dan kuliah subuh keesokan paginya....alhamdulillah (yg ni pun andaian aku gak).....

aku berdoa semoga team kali ni tak punahkan melayu.....dan jadi pembangkang....
 
sumer org najib je..
kcuali kj..
rosak sikit rancangan najib..
 
4b0482acd0c56d7ff4a20a09216480cf.gif



2a33cc85f3dfe1557c1cca81119f7529.gif
 
Back
Top
Log in Register