BTC USD 81,599.7 Gold USD 4,000.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keputusan Pemilihan UMNO

kurang 3 jam leh tau saper plak yg kena... :)):))
 
sedih la aku tgk depa ni...mukriz yg clean tu dpt undi yg paling skit, yg dua ekor ni tinggi lak dpt...Khir ngan masalah penyelewengan kerajaan s'gor dulu, KJ lak ngan masalah politik wang...

Aduh...makin menyampah la aku ngan umno nie..xberubah langsung...

betul3
cinfirm rebah PR13
 
nampaknya bertambah ramai la pemimpin di kalangan umnoi akan melakukan penghijrahan... umno skarang bukan lg mcm dulu .... terbaru bekas pegawai penerangan umno kelantan dan trengganu Abdul Ghani Abdul kadir menyertai PAS slepas melihat parti PAS tetap konsisten sejak ditubuhkan hingga skarang...... marilah smwa sertai PAS... tegakkan Islam
 
tersembam la muhyiddin..

Muhd Taib dahului Muhyiddin?
Mar 26, 09 11:44am
kemaskini 6.43pm Pengundian untuk memilih jawatan tertinggi Umno berakhir jam 3 petang ini - memakan masa kira-kira tiga jam melibatkan lebih 2,500 perwakilan.

Ia diadakan tidak lama selepas para perwakilan berhenti rehat hingga jam 11.45 pagi setelah mendengar ucapan dasar presiden yang tamat setengah jam sebelumnya.

Ramai peminat politik menantikan keputusan persaingan sengit dua penjuru jawatan timbalan presiden antara Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Selain itu, perebutan lapan calon untuk tiga kerusi naib presiden dan 25 kerusi ahli Majlis Tertinggi (MT) mencuri fokus masyarakat.

Perwakilan dua bahagian yang akan menghadapi pilihanraya kecil antara 29 Mac hingga April ini diberikan keutamaan untuk membuang undi sebelum pulang ke Bukit Gantang dan Merbok.

Keputusan dijangka diumumkan lewat malam ini.

Proses pengundian disiarkan secara langsung di televisyen litar tertutup di PWTC, tempat berlangsung perhimpunan agung parti sehingga Sabtu ini.

Selain jawatan-jawatan penting itu, turut dipertaruhkan adalah jawatan pengerusi tetap dan timbalannya.

Difahamkan, para perwakilan cenderung memangkah Muhammad berbanding Muhyiddin, susulan larangan bertanding yang dikenakan kepada seorang lagi calon, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Muhammad dan Mohd Ali dianggap pemimpin yang dekat dengan presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara bagi jawatan naib presiden, kecenderungan perwakilan diramal lebih memihak kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diura-urakan berada di tangga keempat persaingan tersebut.

Sesi perbahasan usul oleh para perwakilan dimulakan jam 3.30 petang dan tamat tiga jam kemudian.

Sekarang para perwakilan dan kumpulan penyokong calon-calon yang bertanding sedang menanti dengan penuh debar keputusan pemilihan.
 
sedih la aku tgk depa ni...mukriz yg clean tu dpt undi yg paling skit, yg dua ekor ni tinggi lak dpt...Khir ngan masalah penyelewengan kerajaan s'gor dulu, KJ lak ngan masalah politik wang...

Aduh...makin menyampah la aku ngan umno nie..xberubah langsung...

:)):)) ini umno bai, saper ckp mukhriz clean.. :eek::eek:
umno mana ada clean :eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register