ShowFx World 2013 di Yekaterinburg
Pada 16 November 2013 yang lalu, sekali lagi persidangan ShowFx World telah berlangsung dengan jayanya di Yekaterinburg, salah sebuah bandar terbesar di Rusia dan pusat bandar bagi Daerah Persekutuan Ural. Yekaterinburg dipilih sebagai tempat berlangsungnya acara pada kali ini kerana statusnya sebagai ibu negara perindustrian di negara tersebut serta merupakan pusat kewangan penting di rantau Eurasian. Selain itu, bandar ini juga memiliki potensi besar dalam bidang ekonomi dan kewangan.
Kali ini, Hotel Atrium Palace menjadi tempat menyambut tetamu persidangan. Tahun demi tahun, ShowFx World telah menarik perhatian lebih banyak peserta baru dan tetamu dari seluruh dunia. Tetapi terdapat satu perkara masih sama- rakan niaga utama acara merupakan salah satu broker terkemuka di dunia iaitu, InstaForex.
Upacara penyampaian anugerah bagi pertandingan kecantikan Miss Insta Asia kali ke-empat yang diadakan secara tahunan turut diadakan di persidangan ini. Para jelitawan dari pelbagai negara bersaing untuk dimahkotakan sebagai ratu cantik dan menyandang gelaran Miss Insta Asia 2013. Pengguna Internet telah memilih enam orang wanita tercantik dan mempersonakan melalui undian dalam talian. Majlis penganugerahan ini menjadi kemuncak bagi persidangan ShowFx World. Ratu cantik pada tahun ini, Svetlana Vilchinskaya, telah dianugerahkan sijil berjumlah $20,000. Dian Kemala dari Indonesia pula dinobatkan sebagai pemenang dalam pencalonan Forex Lady, dan Svetlana Yegorova merupakan pemenang dalam pencalonan Miss Posh, masing-masing telah menerima sejumlah $8,000 dan $3,000.
Pasukan InstaForex ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur ShowFx World serta para peserta dan tetamu acara ini. Kami berharap kita akan bertemu lagi di lain waktu!
InstaForex sentiasa mengikuti perkembangan acara-acara terpenting dunia perdagangan!
http://miss-instaforex-asia.com/ms/