BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kepala luka selepas bahu dibedah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Azinah menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung insiden yang mengakibatkan kepalanya luka setelah menjalani pembedahan bahu.
< 1 / 3 >
KUALA LUMPUR - Seorang ibu tunggal meminta sebuah hospital kerajaan di sini bertanggungjawab ke atas kesan luka di kepalanya yang dikesan setelah menjalani pembedahan di bahu kanan pada 28 Mac lalu.

Azinah Aziz, 54, berkata, kegagalan pakar perubatan yang merawatnya di jabatan ortopedik hospital berkenaan memberi penjelasan yang munasabah menyebabkan dia merasakan ada perkara yang cuba diselindungi berhubung insiden itu.

Menurutnya, dia khuatir berlaku sesuatu di luar pengetahuannya kerana dia dibius sepenuhnya ketika menjalani pembedahan selama lima jam itu.

“Sebaik sahaja tersedar, saya berasa pedih di bahagian kepala. Jadi, saya minta anak saya melihat bahagian kepala dan didapati bahagian yang pedih itu berdarah.

“Jururawat dan doktor di wad juga memeriksa kepala saya dan mendapati ada kesan bengkak, tapi mereka tak dapat memberikan penjelasan kerana perlu merujuk ke bahagian bedah.

“Namun, sehinggalah saya keluar daripada wad 31 Mac lepas, pihak hospital masih gagal memberi penjelasan. Mereka cuma beritahu ia terjadi mungkin kerana saya terbaring terlalu lama di katil bedah,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Azinah, dia tidak berpuas hati dengan alasan berkenaan kerana sebelum ini pernah menjalani pembedahan tiroid yang juga mengambil masa lima jam, namun tidak pernah mendapat luka sedemikian.

“Saya juga dimaklumkan, ketika pembedahan bahu dijalankan, pakar perubatan terpaksa mengikat kepala saya untuk mengelakkan berlaku pergerakan. Saya rasa perkara ini langsung tidak masuk akal kerana saya memang tak akan bergerak sebab dah dibius sepenuhnya.

“Ujian X-ray juga dijalankan ke atas bahagian kepala, namun mereka masih tidak memberi jawapan yang munasabah,” katanya.

Azinah berkata, disebabkan luka itu juga, dia kini terpaksa menanggung derita apabila sering diserang sakit kepala dan pening-pening sehingga hari ini.

Justeru katanya, dia mahu pihak hospital bertanggungjawab dan membayar ganti rugi disebabkan perkara itu.

“Sehingga hari ini saya menderita kena tanggung kesan daripada kecederaan di kepala ini,” katanya.

Berikutan kejadian itu, dia turut membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara pada 31 Mac lalu.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/kepala-luka-selepas-bahu-dibedah-1.275536
 
jatuh katil ni. kan ada 991 kes jatuh katil

ni yg ke 992, statistik tahun depan baru masuk data tu :p
 
bayar dulu baru sakit pala hilang
 
ni mesti kes cuai saman jangan bagi muka
 
kesian kat akak ni, bahu yang dirawat, kepala yang sakitnya..
 
Back
Top
Log in Register