kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fadly Samsudin
[email protected]
KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu mempertahankan kekasihnya daripada diganggu kumpulan samseng miang, kepala seorang pengarah syarikat nyaris terbelah dua akibat ditetak sekumpulan remaja bersenjatakan pisau panjang.
Namun, nasib masih menyebelahi lelaki berusia 26 tahun itu apabila sempat mengelak menyebabkan libasan pisau panjang berkenaan tidak kena tepat, sebaliknya hanya mencederakan bahagian tepi kepalanya.
Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa berada dalam sebuah pusat hiburan di Jalan Munshi Abdullah di sini, bersama teman wanitanya untuk berhibur.
Bagaimanapun, kira-kira jam 12.30 tengah malam, mangsa mendapati kumpulan remaja terbabit cuba memikat kekasihnya apabila dengan sengaja membaling gumpalan kertas ke wanita berkenaan.
“Mangsa yang tidak puas hati memandang ke arah kumpulan remaja terbabit, namun mereka tidak mempedulikannya.
“Kira-kira dua jam kemudian, mangsa cuba beredar dari pusat hiburan berkenaan. Ketika itu, seorang daripada remaja terbabit secara sengaja melanggar dan menolak badan mangsa,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang cuba mengenal pasti orang yang melanggarnya bagaimanapun ditolak pula seorang lagi remaja yang sengaja membuat provokasi terhadapnya.
“Ketika itu pengawal kelab malam sempat masuk campur dan menghalau kumpulan remaja terbabit keluar dari pusat hiburan itu bagi mengelak tercetus pergaduhan.
“Namun, sangkaan mangsa perselisihan itu berakhir nyata meleset apabila sejurus mereka berdua melangkah keluar dari kelab malam berkenaan, tiba-tiba kumpulan remaja terbabit muncul sambil memanggil mangsa,” katanya.
Menurutnya, tersentak dengan panggilan dengan nada kurang sopan itu, mangsa bertanyakan punca kumpulan itu tidak puas hati kepadanya.
“Tiba-tiba seorang daripada mereka mengeluarkan pisau panjang sebelum melibas ke arah kepala mangsa. Pada masa sama, beberapa lagi remaja menyerbu sebelum menendang dan memukul mangsa bertubi-tubi.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa hanya mampu menjerit kesakitan sebelum beberapa orang awam datang memberi bantuan,” katanya.
Menyedari kehadiran orang ramai, semua remaja samseng terbabit segera melarikan diri.
“Teman wanita mangsa kemudian membawa kekasihnya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.
“Doktor yang merawat mangsa terpaksa menjahit luka di bahagian kepala mangsa akibat dilibas dengan pisau panjang itu,” katanya.
Mangsa kemudian membuat laporan berhubung perkara terbabit di balai polis berhampiran.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang suri rumah kerugian hampir RM1,500 apabila kenderaannya dipecahkan penjenayah.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa yang berusia 50 tahun meletakkan kenderaannya di kawasan meletak kereta di Jalan Datuk Haji Yusof, di sini.
Mangsa yang ingin mengambil keretanya jam 9 malam terkejut apabila cermin kereta di bahagian penumpang, pecah.
Pemeriksaan mendapati beg kecil milik suaminya yang diletakkan dalam kenderaan terbabit lesap.
Difahamkan, beg kecil terbabit mengandungi pelbagai barang berharga termasuk wang milik suami mangsa.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20090904065533/Article