BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kepala ayam boleh makan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
21hm08zii.transformed.jpg


Kuala Lumpur: Kepala ayam boleh dimakan kerana ia bukannya najis, demikian kata pendakwah terkenal Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz.
Hassan berkata, selain najis, bulu dan kuku haiwan yang halal juga tidak boleh dimakan kerana bimbang mendatangkan mudarat.

Justeru dalam hal itu, beliau berkata, kepala ayam boleh dimakan sekiranya dibersihkan dan dibuang bulu terlebih dulu.
“Jika ada individu kata makan kepala ayam tidak boleh, kenapa kepala ikan boleh pula?

“Asalkan haiwan itu disembelih dan bukannya dilanggar, selain dimasak dengan cara betul,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial Facebook mengenai sup soto yang mengandungi kepala ayam.

Gambar itu kemudiannya mencetuskan perdebatan hebat antara rakyat tempatan dan negara jiran sama ada kepala ayam boleh dimakan atau tidak.



sumber:http://www.hmetro.com.my/node/116874
 
Back
Top
Log in Register