BTC USD 85,567.5 Gold USD 4,140.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenderaan hibrid Proton

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
dn_04.1.jpg

Antara kereta yang menyertai Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Proton 2010 di Stadium Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 27 Nov. – Proton Holdings Bhd. (Proton) akan mengeluarkan 50 hingga 200 model kenderaan berteknologi hibrid dan elektrik bagi kegunaan rasmi kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya mulai Januari tahun depan.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pengeluaran itu merupakan peringkat kedua yang dilakukan Proton dalam usaha membangunkan teknologi kenderaan hibrid dan elektrik sebelum pengeluaran berskala besar untuk pasaran pengguna di negara ini dilakukan.

Katanya, Proton telah mendapat kelulusan Kabinet untuk pengeluaran sejumlah kenderaan tersebut bagi kegunaan kerajaan.

“Peringkat pertama untuk membangunkan kenderaan teknologi ini, kita telah menyertai cabaran Brighton to London Future Challenge di United Kingdom dan memenangi Best Range Extender Electric Vehicle pada 6 November lalu menyaingi beberapa syarikat pengeluaran kenderaan ternama di dunia.

“Untuk peringkat kedua ini, kita akan mulakan pengeluaran berskala kecil kira-kira 50 hingga 200 buah kenderaan menggunakan teknologi ini untuk kegunaan kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Innovation & Family Fest 2010 yang dihadiri lebih 10,000 kakitangan syarikat pengeluar kereta nasional itu di Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Mengenai potensi pasaran kenderaan hibrid di negara ini, Syed Zainal Abidin berkata, pihaknya amat mengalu-alukan lebih banyak insentif kerajaan dalam menggalakkan pengunaan model teknologi seumpama itu.

Katanya, pada dasarnya potensi pasaran bagi kenderaan menggunakan teknologi itu amat tinggi akan tetapi ia hanya melibatkan jumlah yang kecil.

“Kereta hibrid mengikut pasaran ketika ini lebih mahal berbanding kereta biasa. Jadi perlu ada insentif diberikan oleh kerajaan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan ini kerana syarikat pengeluar tidak boleh memberikan subsidi.

“Di United Kingdom sebagai contoh, kerajaan negara itu memberikan rebat 20 peratus kepada pengguna kenderaan sedemikian termasuklah di China yang turut memberikan rebat,” katanya.

Selain rebat, katanya, insentif seperti pengurangan duti, pendaftaran kenderaan dan tempat letak kereta percuma dapat menarik penggunaan kenderaan berteknologi hibrid termasuk penyediaan prasarana lain yang menyokong pasaran kenderaan tersebut.

Terdahulu, Syed Zainal Abidin menyampaikan hadiah wang tunai RM12,000 kepada kumpulan Gruner TF Exponent yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan inovasi apabila berjaya menghasilkan kereta hibrid dalam program itu.

Pertandingan itu diadakan bagi mencungkil bakat, kemahiran serta kreativiti kakitangan Proton dalam penghasilan kenderaan berteknologi hijau yang menggunakan bahan terbuang daripada kilang Proton.

Tempat kedua pula dimenangi oleh kumpulan Innotech 2 manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Evolusi G. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM8,000 dan RM6,400.
 
harap haraplah....selesaikan masalah proton yng skg nie sblum buat hybrid..

ckp ajer waranti...last2 nanti takleh claim...
 
Aku teringin nak beli... Tapi itu la...masalahnya kualiti...
 
mesti harga gila mahal..org kaya je bleh pakai..pastu harga minyak naik lagi sbb sudah ada kereta jimat minyak..org miskin jugak yg kena tanggung beban ni...
 
Kalau ikut kata Tun mahathir, nak jual bawah 100k... Kalau betul, murah... Dgn kete hybrid harga mahal...
 
masalh bkn pada kereta....tapi jaminan dan servisnya...adakah ok?..adakah vip punya?...
sbb bateri hybrid nie klau berjemur tgh panas apa cerita boleh tahan ker?..
 
masalh bkn pada kereta....tapi jaminan dan servisnya...adakah ok?..adakah vip punya?...
sbb bateri hybrid nie klau berjemur tgh panas apa cerita boleh tahan ker?..

Tahun depan depa test kat Msia ... Tgk la camne...
 
pasnie kereta hibrid yg baru diturunkan cukai..akan dinaikkan kembali cukai nyer.....demi menggalakkan jualan kereta keluaran proton dan memaksa rakyat malaysia menggunakan kereta keluaran proton......

proton perbaiki lah ape yg ader sekarang.............mantapkan dulu......bukan semua mampu nak pakai kereta elektrik nie.....rakyat bawahan semua nie pakai kereta proton saga,savvy,persona,gen2,waja,wira pun masalah x selesai2 lg...mcm2 hal....loan utk seatlekan kereta nie pon makan 7-10 tahun....x kan nak tukar kereta letrik yg lg mahal rege nyer??........
 
Last edited:
apa pilihan yg kita ada?
nie je kete hybrid termurah kat Mesia...
:D:D:D:D
 
Back
Top
Log in Register