BTC USD 82,913.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa Umat Islam Berpecah-belah

lokman1970

Fun Poster
Messages
819
Joined
Jul 22, 2011
Messages
819
Reaction score
259
Points
31
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (An-Najm 53:4)

Dari Auf bin Malik, dia berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda:"Yahudi telah berpecah menjadi 71 golongan, satu golongan di surga dan 70 golongan di neraka. Dan Kristian telah berpecah belah menjadi 72 golongan, 71 golongan di neraka dan satu di surga. Dan demi Allah yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya umatku ini pasti akan berpecah belah menjadi 73 golongan, satu golongan di surga dan 72 golongan di neraka." Lalu beliau ditanya: "Wahai Rasulullah siapakah mereka ?" Beliau menjawab: "Al Jamaah." HR Sunan Ibnu Majah.


Nabi kita telah bagi tahu yang umat islam pasti akan berpecah-belah hingga 73 golongan dan yg masuk syurga hanya 1. Jadi umat islam tak akan bersatu walau macam mana sekali pun atau betapa hebat seseorang pemimpi sekali pun kecuali dizaman Al-Mahdi dan Nabi Isa nanti.

Jikalau manusia bersatu maka Nabi adalah pembohong, tapi tidak....Nabi bercakap atas dasar wahyu.

Jadi perpecahan pasti berlaku kerana merialisasikan apa yg tertulis.

Fahamkan senikata lagu ini:

Aku manusia, pelakon cerita
Di pementasan, alam ciptaannya

Bukan sengaja, melanggar arahan
Kadang terlupa, watak dan peranan
Aku manusia

Gelap malam.. Gelap malam
Pasti terang pasti terang
Sang mentari sang mentari
Pasti datang pasti datang
Kesesatan kesesatan
Perjalanan perjalanan
Rahmat tuhan rahmat Tuhan
Menentukan menentukan
 
tiada keimanan yg tebal spt sahabat2 rasullah.
if semua umat islam benar2 beriman,
palestin tidak spt skrg.
 
sebab itu perkataan 'kalau' adalah satu perkataan yang tidak elok kita sebut2kan..
 
sebab umat islam menghidap penyakit wahan (al-wahn)... #:-S
 
Al-imran

[102]Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

[103]Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah , dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu , maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Al-baqarah

[256]Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[257]Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Surah Luqman

[22]Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
 
Berpecah belah sebab ramai yg mengada2kan yg x der dlm islam... Kalau semua mentafsirkan ayat al quran membawa maksud yg sama dan mengamalkannya secara sama ... Begitu juga hadis ... Maka umat x akan berpecah...
 
Berpecah belah sebab ramai yg mengada2kan yg x der dlm islam... Kalau semua mentafsirkan ayat al quran membawa maksud yg sama dan mengamalkannya secara sama ... Begitu juga hadis ... Maka umat x akan berpecah...

awal agama itu adalah mengenal allah ...kenal allah maka kenal diri mu
 
Back
Top
Log in Register