BTC USD 85,494.7 Gold USD 4,175.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenangan mengusik Ginjal...

fireuz

Banned
Messages
1,508
Joined
Feb 21, 2009
Messages
1,508
Reaction score
35
Points
35
*** FOREWORD: Kisah ini ada kisah benar yg diceritakan oleh Penaip iaitu aku dengan ikhlas hati dan tenang minda tanpa sebarang hasutan dari mana2 pihak berwajib tempatan mahupun antarabangsa. Segala unsur2 ganas, babak ngeri dan pedih hati, sengal pangkal buah pinggang, dan nyilu gusi berdarah adalah rekaan untuk hiburan semata2, tiada kena mngena dengan jiran tetangga atau kaum kerabat diraja.***

Sepatutnye tajuk thread ni aku nk letak "Kebesaran kalimah Lailla Hai'l Allah".. Tapi kalau aku letak tajuk tu, musti ada berkata2 dalam hati "ahh malas ar baca, mcm da penah baca je citer ni"... Ataupun "Alaa.. da slalu da baca artikel cmni, sok klw ada masa lepas dating, aku baca laa"... ataupun.."mamat ni kompom kopi pes je ni.." atau apa2 la andaian..
kalau CGrian ada baca kat mana2 citer organik ni, penulis nye aku jugak.. sebagai tersebut dalam ayat 187 Surah Ali-Imran,juga oleh sabda Nabi Muhammad SAW : ”Sampaikan ayatku walau sepatah”.. tapi ni aku citer dah berpatah2 daa.. sampai mau patah jari menaip kibot nii.. :))

Ceritanya begini.........

Aku tengok jam di henpon Blekberi yg baru 3 bulan yg aku beli kat pengedar berkepentingan dan berpendidikan serta bersijil yg disahkan SIRIM dari Midvalley menunjukkan Tuesday, 1st June 2010. Masih ada 3 bijik lg keta conti yg belum aku test drive. Ni la keje aku klw balik dari opshor, klw x pegi main kapal terbang kawalan jauh berkawalan keselamatan Securicor, test drive kete yg bertaraf keriakkan tinggi la hobi aku.. Baru je lepas aku test drive Audi Quattro A4, da dapat mesej utk test drive Merc SLK AMG. Nanti la dulu, sebab BMW M5 E60 dengan 489hp yg totap menjadi pojaan hatiku ini nk aku lenjan pepuas. Masuk ni da 18 lap aku belasah kat track ni, tiga kali tukar bumper ngan spoiler. Aku xdulik, bukan aku kena bayar pun.

0.jpg

Tengah syok duk layan lap pada kelajuan 260kmh, henpon Blekberri aku tetiba mendendangkan lagu Lenka berjudul 'Trouble is a friend' menandakan ada mesej baru masuk. Dalam keadaan pemanduan yg penuh kemachoan, sempat aku jeling mesej, rupenye wife aku hantar, pendek je pepantun yg dihantar, "Hubby, meet u @ Serdang Spital". Memang da kami rancang nk pegi melawat seorang kenalan yg sakit kat Spital serdang (xkan nk beli kuih cucuk udang plak kat situ), tp wife aku datang terus dari umah aku kat Kota Damansara ke Serdang, aku plak dek kerana kemalasan tahap gaban kaler biru merancang utk terus ke spital dari umah mak aku kat Banting je, dekat sket. Ini la dinamakan politik berkepentingan peribadi. Aku reply pendek, "C U not in d' ICU"...

Aku pun tekan butang PAUSE, dan matikan XBOX 360 aku, aku postpone jela aku test drive keta2 yg mempunyai kebanggaan dan tahap keriakkan yg tinggi tu lg, aku da letak list, lepas blik dari spital kang, aku nk sambung test drive keta Maserati Spyder 2010 plak. Aku pun bingkas bangun dari kesedapan melingkar atas kusi jati mak aku dengan berkain pelikat la la la, kain pelikat la la la, dan ditemani angin dari pendingin udara terus menerobos ke bawah kain yg mana bebenar menyejukkan dan mnyelesakan lepak time aku. Baru aku tau, ini la diakatakan "Negeri Di Bawah Bayu". Aku capai tuala, cium puteri aku, dan terus masuk bilik air bagi menjalankan misi keamanan PBB (Perut Bunyi Bising).

Setel misi keamanan dan badan da wangi bau Dove, aku capai kunci tenuk aku dan meluru ke Spital Serdang. Masuk lif, dengan tahap kekonfidenan yg tinggi dan tidak berbelah bagi, aku tekan tgkat 8. Sampai je kat sana, wife aku da duk menunggu, da macam nurse yg bawak picagari untuk suntik pesakit diabetis da lagak nya.. Terus kami seiring sejalan menuju ke katil kenalan kami. Aku, seperti lelaki2 stendet tanpa modified, mmg datang ngan tgn kosong, seb baik wife aku sempat beli bebuah apa yg patut kat The Curve sbg buah tgn.. Klw x, kire malu jugak la sket..

Sedang kami tgh duk berborak, tya pasal penyakit kawan kami tu (walaupun aku tau minah tu da naik boring citer benda yg sama kat org yg melawat dia, tu blum citer kat dokter yg dtg merawat dia, kat nes yg tolak stretcher, kat makcik yg duk kat katil sebelah, kat tepon bimbit HTC milik dia, dan juga status hapdet kat pesbuk), tetiba katil yg selang 3 dari kenalan kami ni macam ada emergency je.. Terdengar curtain ditarik bagai nk rak, sttrrreeeeett, ada 2-3 nes yg nerd dtg terkocoh2 ke katil tu, ada yg ada sisa karipap kat mulut lg pun ikut sama.. smua mereka masuk dalam curtain tu.. tak lama lepas tu, 2 org dokter plak mnyusul masuk ke dalam curtain td.. pelik, xkan nk wat meeting kat dalam ward plak, xpun nk bincang strategi formasi futsal kut, manalatau ada tournament lepas habis opis hour ke... omkerajaan kan biasa wat keje2 cmni...

Aku pun dengan sipat kewartawanan dan kebizi bodian pun meninggalkan wife ku ngan teman dia dan try usha line kat katil td.. Dari kejauhan, aku lepak kat hujung katil lg satu yg kosong, kat situ penuh ngan komputer2 dan medical instruments alaf 21, aku pun buat2 tgk machine2 tu lagak service engineer sambil mata2 melirik kat katil td..(sblm aku keje yg skrg ni pun, aku kje sbg medical service engineer and assigned kat spital ni jgk dulu, tu yg makcik cafe kat bwh kenal aku sampai skrg, sbb aku pnah pinjam pen kilometriko dia tapi xpulangkan balik)...

Dari situ, aku nampak dokter td amik defibrillator (alat yg slalu dalam tv tu, yg dokter sapu2, pastu lekap kan dada, pastu org yg sakit tu melantun2).. ada la 3-4 kali gak dokter tu try buat.. pastu aku nampak slow je response makcik tu.. Aku dengar sorang nes dalam tu cakap "makcik..makcik..makcik..", ulang dalam 5 ke 15 kali, tp senyap je org tua tu aku tgk... salah sorg nes tu kluar dari curtain tu nk pegi amik something kut kat bilik nes, masa tu aku cuit bahu nes tu, aku kasitau, "kak long, ajar mengucap kat makcik tu nanti...", "baik bang..".. amboi, berabang2 plak ngan aku, ntah biler aku kawin ngan kakak dia ntah...

Nes yg nerd td masuk balik kat dlm curtain dengan lenggang lenggok kak limah balik umah nye.. 2-3 minit lepas tu, dari kejauhan aku dengar... "makcik, mngucap ye..AsyHadualah Ilahaillallah (sampai habis)".. Kat sini aku melihat kebesaran kuasa Allah, sebanyak 3 kali nes tu td ajarkan kalimah syahadah kat makcik tu, sebanyak 3 kali jugak aku tgk dada makcik tu bergelombang menghadapi sakaratul mautt.. Nampak dengan jelas makcik ni bertarung dengan nyawa, peluh sejuk terus bercucuran keluar dari dahi, dan air mata bergelinangan keluar dari kelopak mata, ternampak dgn jelas kaki makcik tu mengeletik , diikut ke ke atas bhgian pinggang, seumpama sesuatu yg ditarik dengan pedihnye mnyelusuri bhgian2 tersebut, membuatkan aku bebenar insaf, aku membacakan surah Al-Mulk yg terhafal bg dikhususkn kat makcik td utk mempermudahkan dia mghdapai sakaratul mautt..

Kali kedua nes tadi mengajarkan kalimah syahadah, "AsyHadualah Ilahaillallah (sampai habis)".. Dada makcik tadi berombak lg, kali ni lebih kuat dari yg td. aku nmpak mulut makcik td terkumat kamit cuba menitip ayat suci Allah itu tanpa suara. Peluh sejuk terus mengalir keluar menunjukkan betapa sakit nya urusan dia bersama malakatul maut ketika itu.. Tiada mampu atau daya aku dan sekelian makhluk yg hidup sekelilingnya utk membantu, melainkan dengan terus membaca ayatullah dan meminta Allah mempermudah dan mempercepatkan urusan sakarat makcik ni.. Kesakitan dari wajah makcik tu jelas tergambar bagaimana sakitnya ketika nyawa berpisah dari jasad.. Bagaikan pedang yg tajam dihiris di kulit dan daging, kemudian diperah limau.. malah lg hebat dari itu.. Dada yg berombak makin meninggi, erangan makcik itu bagai tidak berpenghujung, kesakitan yg maha hebat, tiada daya atau upaya bagi seorg doktor untuk mengurangkan penderitaan sedemikian rupa... Ya Allah, aku insaf...

Kali ketiga nes tadi mengajarkan kalimah syahadah, "AsyHadualah Ilahaillallah (sampai habis)".. Dada makcik tadi berombak lg, kali ni kurang ombakan nya, dan diikuti dengan perlahan makcik tadi menghembuskan nafas yg dipinjam sementara dari Allah, Si Maha Pencipta ke tempat asalnya... Innalillahi wainnalilahirojiun... Smoga Allah merahmati roh makcik td, dan ditempatkan dengan org2 yg beriman..

Walaupun aku xmngenali dia, dia bukan jiran aku, bukan pembeli kepada keta perdana V6 aku, bukan penjual DVD XBOX 360 aku, bukan makcik yg jual cendol kat simpang menuju ke Morib, bukan sesapa2 dalam idup aku, tp melihat dia mnghadapi sakaratul mautt mbuatkan aku bebenar insaf dan terkesan dalam diri.. tanpa aku sedari, menitik air mata macho aku ke pipi, serentak dgn itu, wife aku menepuk manja bahuku menyebabkan aku tersentak dari lamunan, dan agak terkujat gak la sket waktu tu.. "jom, balik..."..

la-ilaha-illallah-muhammadur-rasullullah.jpg

Sebagai islam, kite harus memahami ungkapan hikmat ini dengan
"Sesungguhnya, pintu taubat akan sentiasa dibuka sehingga tertutup di dalam 2 keadaan dimana,
1) Matahari keluar dari tempat tenggelamnya,
2) Nyawa berada di kerongkong.."

***Pengertian sebenar SYAHADAH***

Ia adalah satu pengakuan dan penjelasan ikrar daripada seorang hamba untuk bertuhankan Allah dan bernaqibkan Nabi Muhammad SAW. Ia adalah garis pemisah antara yang batil dan yang hak. Syed Qutb menjelaskan: Sesunguhnya ciri pertama yang membezakan tabiat (masyarakat Islam) ialah masyarakat yang tegak di atas dasar mengabdikan diri hanya kepada Allah di dalam semua perkara dan semua urusan perhambaan ini dilambang dan dibentuk oleh syahadah, (sesungguhnya tidak ada tuhan yang disembah kecuali Alllah dan sesungguhnya Muhammad SAW itu pesuruh Allah).

Wallahu A'lam...
 
Last edited:
best giler citer ko bro..:)cgrock


:((
 
mmg tangkap tol la cite bro... pinjam stereng bleh?
 
bagus cerita ni bro, saling ingat mengingati
 
Back
Top
Log in Register