BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kenali penyakit gout..lelaki lebih berisiko..

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.
Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis langsung tidak munasabah.
Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkan selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor.

Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.
Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.

Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudah Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.

Satu lagi fakta ialah ubat guot sendiri berisiko untuk menyebabkan berlakunya kerosakan buah pinggang.Jadi berhati-hatilah jangan sampai kena penyakit gout ni.
 
ari tuh dengar radio malaysia kelantan, sorang ustaz tuh cakap, "gangster macam mana pun orang tuh , kalau kena gout , terus hilang dia dia punya gangster..."
 
dlm 2 tahun lebih kurang aku sakit kat sendi ibu jari.
baru seminggu ni aku perasan mungkin sbb gout..
aduyai..
 
aku sejak setahun lepas kawin terus kena gout. keturunan.... sejak dari itu, mcm2 suppliment dah try.

gout tak leh sembuh sebab keupayaan buah pinggang utk nyah kan uric acid dah takde.. hilang.

gout cuma blh di atasi dengan kawal pemakanan, dan amik suppliment yang blh neutralkan uric acid tu. masalahnya, suppliment ni... org yg jual claim semua penyakit blh sembuh dengan hanya bersandarkan testimoni dan tiada klinikal prove.

so end up cuba dengan semua benda sehingga kita kata serasi dengan badan,,,,
 
aku sejak setahun lepas kawin terus kena gout. keturunan.... sejak dari itu, mcm2 suppliment dah try.

gout tak leh sembuh sebab keupayaan buah pinggang utk nyah kan uric acid dah takde.. hilang.

gout cuma blh di atasi dengan kawal pemakanan, dan amik suppliment yang blh neutralkan uric acid tu. masalahnya, suppliment ni... org yg jual claim semua penyakit blh sembuh dengan hanya bersandarkan testimoni dan tiada klinikal prove.

so end up cuba dengan semua benda sehingga kita kata serasi dengan badan,,,,

sedihnyaa..
apa nama supplement yg bro makan tu?:-?
 
Kaitan Gout Dengan Penyakit Buah Pinggang

Anda seorang pengidap gout? Tahukah anda bahawa penyakit gout mempunyai kaitan dengan masalah buah pinggang? Jawapannya ialah YA, memang penyakit gout mempunyai kaitan dengan penyakit buah pinggang. Artikel kali ini akan kongsikan dengan anda kaitan diantara dua penyakit tersebut.

Satu kajian yang disiarkan dalam The American Journal of Kidney Disease yang menganalisis kaitan antara penyakit gout dan penyakit buah pinggang, menyimpulkan bahawa gout dan penyakit buah pinggang berkongsi penyebab mekanisme patofisiologi yang sama.

Apakah Gout?

Hiperuricemia, juga dikenali sebagai gout, penyakit yang disebabkan oleh tahap asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik terhasil daripada asas purin yang dipecahkan dan ditukar kepada asid urik. Ini disebabkan oleh pengambilan makanan laut yang berlebihan, kacang, daging yang mengandungi tahap purin yang tinggi. Tahap normal asid urik bagi seseorang individu ialah pada 2-7 mg / dl. Ciri-ciri penyakit gout ialah:

1)mengalami kesakitan yang teramat sangat
2)bengkak
3)kemerahan
4)kehangatan pada sendi.

Apa Itu Penyakit Buah Pinggang?


Penyakit buah pinggang adalah disebabkan oleh kerosakan buah pinggang yang boleh terjadi samada kecederaan buah pinggang akut atau penyakit buah pinggang kronik. Kecederaan buah pinggang akut ialah kehilangan fungsi buah pinggang untuk beberapa jam atau hari yang boleh disebabkan oleh kejutan kepada buah pinggang berpunca daripada jangkitan teruk, halangan kepada aliran air kencing atau kerosakan yang disebabkan daripada pengambilan ubat tertentu atau toksin. Sementara itu, penyakit buah pinggang kronik dicirikan oleh lebih daripada tiga bulan penyakit buah pinggang.

Kaitan Antara Penyakit Buah Pinggang Dan Penyakit Gout

Jika anda mempunyai penyakit gout tahap kronik, ia boleh berkembang menjadi penyakit yang lebih serius kerana kandungan asid urik yang berlebihan di dalam badan anda akan mengeras di dalam tisu dan sendi. Keadaan ini akan menyebabkan fungsi buah pinggang anda menurun dan antara lain boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Menurut satu kajian yang meneliti individu yang mengidap gout dan satu lagi kumpulan yang mengalami kerosakan buah pinggang, 8.6% pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang pernah mengalami penyakit gout. Manakala 13% daripada ujian terhadap mereka yang mengidap penyakit gout juga pernah mempunyai penyakit buah pinggang.
 
Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::
1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb
6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.
9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa..
10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.
11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
14. Elakkan tembikai dan tembikai susu
15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27. Elakkan jering, petai dan kerdas
28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
29.. Elakkan menonton bahan pornografi
30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
33.. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
35. Elakkan sayuran jeruk
36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
37. Elakkan telur masin
38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England
40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
42. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)
43. Kurangkan makanan bersantan
44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

kalau semua nak kena elakkan...memang kempunan la....:(
agaknya ada tak benda yg tak boleh sentuh langsung makanan...
cth nya takkan petai tak boleh jamah lansung...
mesti ada satu benda yg kalau diamalkan berterusan manusia akan
menerima kesan langsung...
 
uklize.png


ada sesiapa yang pernah cuba produk ni tak? macam bagus je..kalau ada yang dah mencuba kongsi la..

kalau nak tahu lebih lanjut pasal produk ni boleh tgk website ni.. http://www.ushine.com.my/index.php?...d=46:u-klize-drops&catid=1:products&Itemid=35
 
Back
Top
Log in Register