BTC USD 81,605.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai kena sembelih di bazar ramadhan

kat Perlis klo jual air rm4 melingkup la. kebanyakan peniaga jual rm3. lain la klo air kau special
 
Bazar Ramadan tak semeriah dulu..

17104609367770.jpg
bab ayam golek lelong kalau tak abis tu macam fiction je... 😂
biasa diorang simpan jual esok...end repeat sampai ayam/makanan tu reput...

sorryla aku jarang2 jumpa peniaga bazar ramadhan yang pemurah cam ni...kecuali geng jual air balang yg dah dalam plastik , nk jual balik esok dah tak boleh...yg ni je suka lelong bila nak bukak...

yg jual benda lain very rare...
 
Nak elak kena sembelih, jadilah orang yg lehernya pakai plate tembaga
 
17104260535050.jpg

Sup daging ada telur lalat..

17104861698280.jpg

Menurutnya, selama 25 tahun berniaga di pasar tani dan bazar Ramadan, ia merupakan insiden kali pertama berlaku, dalam masa sama menolak dakwaan sup itu sudah berbau kerana tiada aduan diterima daripada pelanggan lain.

"Saya akui, mungkin silap saya tak perasan ada telur lalat tapi sup gearbox yang dijual kepada pelanggan berkenaan tidak berbau dan masih elok.

"Cuma saya kesal, kenapalah perkara sekecil itu tidak dimaklumkan kepada saya pada masa itu sehingga tular," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Ujarnya, selepas tular gambar sup daging ada telur lalat, ramai kenalan dan pelanggan tetap menghubunginya dan terkejut dengan dakwaan tersebut.
 
Skrg ni kalau x viral silap2 penjual pun x layan org komplen
 
Terbeli ayam golek berbau, ada kesan darah​

OlehMOHD IZZATUL IZUAN TAHIR

15 Mac 2024 03:25pm

2576336.jpg

Hidangan ayam golek yang didakwa sudah berbau dan tidak dimasak sempurna dibeli di sebuah kedai makan di Klang pada Khamis.

KLANG - Hasrat empat sekeluarga menikmati juadah berbuka terbantut apabila ayam golek dibeli di sebuah kedai makan di daerah ini didakwa sudah berbau busuk.

Seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 45, berkata, juadah itu dibeli anak sulungnya berusia 20 tahun kira-kira jam 6.30 petang pada Khamis.

Bagaimanapun menurutnya, mereka sekeluarga yang ingin menikmati lauk berkenaan menyedari makanan itu tercemar sewaktu berbuka puasa.

"Mulanya rasa tak sedap hati kerana terhidu bau kurang menyenangkan dan sebaik berbuka, saya terkejut apabila ayam berasa masam dan masih mempunyai kesan darah," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Siti memberitahu, sebelum ini beliau pernah membeli ayam golek di kedai makan sama pada tahun, namun tidak pernah berlaku kejadian seperti itu.

"Sepatutnya peniaga lebih peka dan jujur soal kualiti makanan yang dijual, apatah lagi sudah berniaga lama," ujarnya yang membeli ayam golek itu pada harga RM26 seekor.

Katanya, kejadian itu diharap tidak kembali berulang kepada pelanggan lain kerana ia boleh menyebabkan keracunan makanan.

"Kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku, lebih-lebih lagi ayam mentah ini mudah dijangkiti bakteria jika terdedah terlalu lama dan tidak dimasak sempurna," jelasnya.

sumber - https://www.sinarharian.com.my/article/654721/khas/ramadan/terbeli-ayam-golek-berbau-ada-kesan-darah
 
Back
Top
Log in Register