BTC USD 86,019.9 Gold USD 4,155.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kemusykilan

Salam Mido. Lama tak nampak. Aku tak 'arif bab agama ni. Tapi kalau bagi duit, dia guna tikam ekoq, tak yah la subahat, tetap dosa gak.
Kalau nak tolong bagi makan anak2 dia masa kesempitan, baik hang hantaq beras, roti etc....... Kalau bagi duit.......!

ada shane...
tq.. kita yg x hustler bab agama nih kena rujuk la pd org yg lebih berilmu..
on d same time, tingkatkan lg ilmu dan amal kita..
InsyaAllah
 
glemer abg mido kita nih... ramai yg rindu tu... hehe..
 
hukum main nombor adalah haram... bagi pinjam untuk tujuan kebaikan adalah halal dan harus.. dan jika anda tahu ianya untuk tujuan keburukan maka anda dikira subahat... maka hukumnya haram... cara bantuan yang terbaik terus belikan barang keperluan dan bagi pada peminjam tu... jika dia menggunakan duit nombor ekor untuk membayar hutang dan anda tahu ianya dari duit nombor maka dikira syubhah..... harap yang lain boleh bantu

saya setuju pendapat tok putih..
dari bagi cash lebih baik beli barang..
karang cash tu pulak di beli benda lain lak..
haru..
sian anak isteri tak cukup makan gara gara judi..
:((:((:((:((
 
Salam..

Sapa yg arif harap dpt jawab..

1.apakah hukum kita bg pinjam kepada seorg yg kaki nombor ekor??
maksud ana, org tu kesempitan wang utk beli keperluan harian keluarga akibat habis duit bermain nombor...

2.dan ana juga ragu2 dgn wang yg dipinjamkan kpd org tu seolah2 nampak ia menggunakan wang pinjaman itu utk menikan nombor plak??

3.dan yg ni ana rasa salah sgt.. si pemain nombor ekor nih
mmg terang2 nk meminjam wang utk menikam dan ana ditawarkan pulangan lumayan sekiranya dia kena...
dia ni slalu kena jugak..


sekian..

klu xtau xpe..
api itu laa..gantikan je duit ngan makanan..itu lebih baik..
 
1.pertama kalau dilihat hukum nombor ekor itu haram.
2.kedua hukum memberi hutang adalah harus.
3.dalam hal ni, si peminjam terang-terang suka bermain nombor.jadi kalau saudara tau yg dia pinjam untuk beli nombor,hukumnya bersubahat dalam hal haram.wallahu a'alam.
 
saya setuju dengan pendapat tok putih, namun harus diketahui kalau dapat duit ekor tu duitnya tu adalah hukumnya HARUS untuk umat ISLAM ambik, kerana ditakuti orang kafir amik buat tokong atau buat maksiat, namun hukum asalnya ialah HARAM main nombor ekor/judi...

betulkan saya jikalau salah yer sahabat2 sekelian.....
 
boleh kalo nak bagi cash..kena buat perjanjian dulu ataupun bersyarat...

1. peminjam kena berjanji untuk tidak berjudi.

2. peminjam juga WAJIB ada pekerjaan yang halal.

3. peminjam juga DIWAJIBKAN datang ke masjid untuk solat 5 waktu sebagai proses pemulihan..

dan lain-lain syarat yang difikirkan patut...
 
saya setuju dengan pendapat tok putih, namun harus diketahui kalau dapat duit ekor tu duitnya tu adalah hukumnya HARUS untuk umat ISLAM ambik, kerana ditakuti orang kafir amik buat tokong atau buat maksiat, namun hukum asalnya ialah HARAM main nombor ekor/judi...

betulkan saya jikalau salah yer sahabat2 sekelian.....


niat tidak menghalalkan cara..

kalo gittu..jom kita rompak bank..kalo orang Islam tak rompak dikhuatiri kafir yang rompak untuk buat kuil...

takkan gitu pulak..huhu..
 
niat tidak menghalalkan cara..

kalo gittu..jom kita rompak bank..kalo orang Islam tak rompak dikhuatiri kafir yang rompak untuk buat kuil...

takkan gitu pulak..huhu..

errrr, camni tuan kuhik, saya pernah diberitahu oleh satu tok guru tu, ada kes camni, ada satu mamat main nombor ekor, pastu kena....pastu kebetulannya dia dah bertaubat nasuha....

dia tanya la, apa hukum duit tu, tok guru tu cakap, harus ambik...maknanya kena amik jugak duit tu, cuma tak boleh la main judi pastu....huhu....betulkan saya ye tuan kuhik....
 
Back
Top
Log in Register