BTC USD 85,569.5 Gold USD 4,344.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemunculan bebola api misteri cetus tanda tanya

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,859
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,859
Reaction score
290
Points
146
3244609.webp

Rakaman video dan imej objek misteri itu turut menjadi tular di media sosial. - Foto Agensi

TOKYO - Bebola api yang melintasi ruang udara menggemparkan penduduk setempat.

Rakaman video dan imej kejadian misteri yang berlaku di barat Jepun sejurus selepas jam 11 malam (waktu tempatan) pada Selasa itu turut menjadi tular di media sosial hingga ada yang mengaitkannya dengan 'pencerobohan makhluk asing'.

"Saya amat terkejut kerana tidak pernah melihat cahaya putih seperti itu. Ia sangat terang dan boleh dilihat dengan jelas," kata Yoshihiko Hamahata yang memandu di wilayah Miyazaki ketika insiden tersebut berlaku.

Pakar bagaimanapun mendakwa ia merupakan fenomena semula jadi.

Ketua Muzium Angkasa Sendai di wilayah Kagoshima, Toshihisa Maeda berkata, objek itu dipercayai meteor.

"Ia menuju ke Pasifik. Orang ramai mendakwa mereka merasakan udara seperti bergetar dan cahayanya seterang bulan," jelasnya lagi.

Sementara itu, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menjelaskan objek seperti bebola api boleh mencapai ukuran melebihi satu meter.

Difahamkan, objek yang meletup di atmosfera secara teknikal dirujuk sebagai bola api (bolide). - Agensi

 
Back
Top
Log in Register