BTC USD 83,917.6 Gold USD 4,191.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemuliaan Budi Pekerti

AILA2002

Super Active Member
Messages
8,094
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
Kemuliaan Budi Pekerti
Hadith:

RASULULLAH s.a.w. bersabda yang bermaksud: Allah Azzawajalla berfirman, Kemuliaan adalah sarungku dan kesombongan itu adalah selendangku, sesiapa yang mencabut daripadaku salah satu daripada keduanya nescaya Aku akan menyiksanya.

Riwayat Muslim

Huraian Hadith:

1. Segala kepujian dan sifat kebesaran hanya menjadi milik Allah S.W.T. Oleh itu Allah memberi peringatan bahawa tiada sesiapapun dari kalangan makhluk-Nya yang layak memakai mana-mana sifat tersebut melainkan Dia sahaja.

2. Setiap muslim hendaklah sentiasa merendah diri, tawadhuk dan bersikap sederhana. Jangan sekali-kali bersikap buruk dan keji kerana ia adalah sifat iblis dan syaitan laknatullah yang sentiasa menderhaka Allah S.W.T.

3. Sombong maksudnya adalah menolak kebenaran dan menganggap remeh segala yang lain. Orang yang sombong akan merasa dirinya lebih baik, pintar, kaya dan hebat. Contohnya dapat dilihat pada diri Firaun, Qarun dan Abu Jahal yang bersikap angkuh dan tidak mahu menerima kebenaran.

4. Dalam surah Luqman ayat 18 Allah S.W.T. melarang kita daripada bersikap sombong sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Dan janganlah engkau memalingkan muka dari manusia (kerana sombong) dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri".

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
 
Salam semua,

Saya paling benci orang sombong yang tidak berilmu,dah laa sombong,******* pulak tuh.Harap tidak berlaku sesama kita.....sama juga pada yang sombong dgn ilmu yang ada.
 
Yg baik jadikan pedoman....
Yg buruk jadikan sempadan..
 
Salam semua,

Saya paling benci orang sombong yang tidak berilmu,dah laa sombong,******* pulak tuh.Harap tidak berlaku sesama kita.....sama juga pada yang sombong dgn ilmu yang ada.

aku pun gila bengang
 
t.kasih tt Info amat berguna
menginsafi diri sendiri
 
Ingat mengingati sesama kita semoga kita d jauhkan dari penyakit buta hati...,.
 
thanx TT..

for sharing..


=D>=D>=D>​
 
Sebarkan walaupun sepotong ayat......
 
Salam semua,

Saya paling benci orang sombong yang tidak berilmu,dah laa sombong,******* pulak tuh.Harap tidak berlaku sesama kita.....sama juga pada yang sombong dgn ilmu yang ada.

Berilmu dan beramal untuk menghilangkan pekara buruk, baik diri, dan orang sekeliling....
 
Back
Top
Log in Register